Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

30 November 2011

'Pas tidak mungkin ganti UMNO tetapi DAP mungkin ganti Pas'

" DAP bercakap mengenai Islam, Pas mengiyakan sahaja. Pemimpin DAP menyebut dua tiga patah ayat al-Quran walaupun salah, Pas mempertahankan. Pemimpin DAP menggelar dirinya Khalifah Umar Abdul Aziz, Pas memberi pengiktirafan.
"Pemimpin DAP berceramah, penyokong Pas bertakbir. Tetapi apabila Pas menyebut tentang Negara Islam, pemimpin DAP lah yang pertama sekali mengecam Pas. Dan apabila dikecam, Pas diam seribu bahasa. Apa maknanya ini? Maknanya, DAP lah yang memberi definisi kepada Islam yang dianuti oleh Pas,"

KUALA LUMPUR 29 Nov. - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi amaran kepada orang Melayu bahawa Pas sama sekali tidak boleh menggantikan UMNO sebaliknya yang berlaku ialah DAP menggantikan Pas.
Malah, Timbalan Presiden UMNO itu mengingatkan orang Melayu jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP yang hanya mahukan mereka menjadi kuda tunggangan untuk menjaga kepentingan cauvinis parti tersebut.
"Ketika umat Islam bangkit bersatu mempertahankan akidah umat daripada diruntuhkan oleh kumpulan yang berniat jahat, DAP dan konco-konconya, bertubi-tubi mempersenda umat Islam.
" DAP bercakap mengenai Islam, Pas mengiyakan sahaja. Pemimpin DAP menyebut dua tiga patah ayat al-Quran walaupun salah, Pas mempertahankan. Pemimpin DAP menggelar dirinya Khalifah Umar Abdul Aziz, Pas memberi pengiktirafan.
"Pemimpin DAP berceramah, penyokong Pas bertakbir. Tetapi apabila Pas menyebut tentang Negara Islam, pemimpin DAP lah yang pertama sekali mengecam Pas. Dan apabila dikecam, Pas diam seribu bahasa. Apa maknanya ini? Maknanya, DAP lah yang memberi definisi kepada Islam yang dianuti oleh Pas," tegas beliau.
Beliau membangkitkan perkara itu ketika merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam ini.
Dalam ucapan bertajuk 'Menunjangi Survival Bangsa: Suatu Jihad' itu, Muhyiddin seterusnya mengingatkan orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah pengkhianat bangsa.
Kata beliau: "Janganlah jadi pembelot seperti Si Kitol. Janganlah jadi seperti tikus membaiki labu. Janganlah jadi seperti Pak Kaduk, menang sorak, kampung tergadai. Janganlah sudah terhantuk, baru tengadah.
"Jangan sampai nasi menjadi bubur. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. DAP sudah pasti bukanlah parti untuk orang Melayu dan bumiputera."
Mengenai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula, tegas Timbalan Presiden UMNO itu, parti tersebut ketandusan agenda untuk orang Melayu dan Islam.
PKR, kata beliau, adalah sebuah parti ultraliberal yang tiada asas moral dalam perjuangannya.
"Jika tidak, masakan orang yang sedang dibelenggu krisis kredibiliti yang serius terus diangkat memimpin parti itu secara tidak demokratik. Mana mungkin kedudukan agama, bangsa dan negara boleh dijaga oleh PKR jika yang diangkat menjadi pemimpin pun bergelumang dengan masalah kredibiliti.
"Ringkasnya, PKR sebuah parti yang amat tenat. Hampir kesemua pengasas parti ini telah meninggalkan parti dan menyokong UMNO," katanya.
Menarik perhatian sekali lagi mengenai Pas, Muhyiddin berkata, untuk menutup kegagalan parti itu mempertahankan kesucian Islam, Pas mengemukakan pula agenda Negara Berkebajikan.
"Kini, mereka mengatakan konsep Negara Islam tidak disebut dalam al-Quran, yang ada hanyalah Negara Berkebajikan.
"Malang bagi Pas kerana setelah puluhan tahun memperjuangkan Negara Islam, tetapi akhirnya mengatakan konsep Negara Islam tiada dalam al-Quran. Maknanya, selama ini PAS membohongi umat Islam dengan perjuangan palsu mereka," katanya.
Dalam soal ini, kata beliau, Pas sendiri tidak mampu menyediakan bekalan air bersih di Kelantan, justeru masakan mereka kini berangan-angan pula hendak mewujudkan Negara Berkebajikan.
" Slogan Negara Berkebajikan hanyalah helah politik Pas untuk menutup kelemahan sendiri kerana tergadainya matlamat untuk mendirikan negara Islam.
"Apa yang penting bagi Pas, slogan Negara Berkebajikan boleh diterima oleh DAP," katanya.

29 November 2011

Setianya Azmin Kepada Anwar Ibrahim


Kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali bahawa jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, parti itu akan ‘merobohkan tembok penjara’ untuk membebaskannya, menceritakan banyak perkara.
Ia dengan sendiri memberitahu pemikiran orang yang menuturkannya yakni Azmin berada pada tahap mana.
Lebih teruk apabila kita melihatnya dari aspek perundangan – apakah kenyataan sebegitu membantu mendaulatkan undang-undang negara? Jika itu pegangan Azmin dan itu juga pendirian PKR, amatlah malang kepada mereka yang memberi sokongan kepada Azmin dan parti tersebut.
Apa yang jelas, kenyataan itu bertitik tolak daripada keangkuhan berpolitik Azmin sehingga membuatkannya melanggar apa sahaja demi kepuasan hati yang bagi Awang beliau terlalu banyak bernaung di bawah ketua pembangkang tersebut.
Semua sedia maklum, perbicaraan kes liwat Anwar sudah berada pada peringkat akhir dan Mahkamah Tinggi. Biarlah orang yang arif membuat keputusan. Sama ada Azmin atau sesiapa sahaja, terimalah apa juga keputusan mahkamah kelak.
Dalam apa juga percaturan kita, tanpa mengira bidang apa sekalipun, janganlah kita mudah hilang arah dan pedoman dalam kehidupan bernegara.
Negara kita mempunyai undang- undang dan siapa lagi yang bertanggungjawab mendaulatkannya jika bukan kita selaku rakyat! Dan, semua orang tertakluk kepada undang-undang negara ini dan ia perlu dihormati.

24 November 2011

Kebebasan Bersuara - Untungnya duduk di Malaysia

 

 Betapa beruntungnya dapat duduk di bumi bertuah Malaysia ini. Kerajaan yang ada di bawah parti Barisan Nasional mengamalkan sikap kebebasan bersuara. Tu pun masih ada lagi puak-puak yang mengatakan kerajaan Barisan Nasional tidak mengamalkan kebebasan bersuara, tidak demokrasi dan macam -macam lagi fitnah , umpat keji dilontarkan kepada kerajaan.

Tapi rasanya elok juga pihak kerajaan mengambil pendekatan yang sama sepertimana negera Thailand lakukan.

Ampon dipenjara 20 tahun kerana hina Raja Thailand

BANGKOK 23 Nov. - Mahkamah Thailand hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun ke atas seorang lelaki kerana menghantar mesej berunsur penghinaan terhadap raja negara ini.
Menurut mahkamah jenayah Bangkok, Ampon Tangnoppakul, 61, didapati bersalah kerana menghantar mesej-mesej sedemikian kepada setiausaha peribadi bekas Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva pada Mei 2010.
"Mahkamah mendapati tertuduh bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun," kata peguamnya, Anon Nampa sambil menambah anak guamnya mempunyai tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan. KLIK

23 November 2011

Bersatu Kerana Bola Atau Akidah Umat Islam

“MEREKA tidak menghormati kamu, mereka tak hormat bendera kita, mereka tak hormat Raja kita dan mereka tak hormat ibu bapa kita. Kalau kamu benarkan ini terjadi, maka kamu adalah pengecut. Kamu sebagai rakyat Malaysia mesti ajar mereka.
“Kita berjaya tewaskan mereka bukan sekali tapi dua kali di hadapan penyokong fanatik mereka. Kita tunjukkan pada mereka macam mana nak lakukannya.”
Itulah ungkapan kata-kata pembakar semangat Ong Kim Swee kepada skuad Harimau Muda kita untuk berdepan dengan pemain Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta dalam final bola sepak Sukan SEA Ke-26 kelmarin.

Itu kata-kata semangat yang diluahkan oleh jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee.. Dalam bab perlawanan akhir bola sepak sukan SEA antara Malaysia dengan Indonesia , semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama,bangsa dan parti politik bersatu memberi sokongan kepada pasukan Harimau Muda.
Tapi di mana hilangnya semangat yang sama,perasaan yang sama apabila melibatkan masalah akhlak,moral dan akidah umat Islam dihina dicaci.

Pengedar Gigi Palsu dikehendaki di Kelantan


Patut la ramai sangat orang Kelantan pakai gigi palsu..rupa-rupanya reput dek minum air wali selipar nik aziz bertahun-tahun lama nya...kesiannya

22 November 2011

Dapatkan Coli Percuma di Kelantan


                                    KESAN karat pada pinggan makan disebabkan penggunaan air tidak bersih di Rantau Panjang, Kelantan.


 Kalau rakyat Malaysia nak dapat e-coli percuma datang la ke Kelantan, banyak disediakan untuk anda semua..

Malaysia Boleh...Hidup BN

Pemain-Pemain Malaysia meraikan kejayaan memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA XXVI selepas menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi. – Bernama

Tak sia -sia kerajaan BN memberikan peruntukkan yang besar untuk kemajuan sukan negara kita.....Malaysia Boleh Hidup BN

21 November 2011

Hebatnya rakyat kelantan


Kerajaan Pas Kelantan digesa mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah kualiti air yang digunakan oleh rakyat di negeri ini kerana ia mengancam kesihatan dan nyawa pengguna.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kualiti air amat penting kerana ia boleh mencetuskan penyakit berjangkit yang membahayakan manusia.
Beliau berkata, Kerajaan Pas Kelantan juga perlu memastikan kualiti air yang dibekalkan kepada rakyat di negeri ini sama dengan negeri-negeri lain kerana bukti saintifik menunjukkan ia jauh ketinggalan.
"Di Kelantan ada dua isu air, pertama kualiti air, kedua bekalan air ada atau tidak. Kualiti air penting kerana ia memberi kesan kepada kesihatan dan mencetuskan pelbagai penyakit.
"Kalau kita lihat statistik Jabatan Kesihatan negeri, penyakit-penyakit berpunca daripada air di Kelantan cukup tinggi, sudah pasti ia menyebabkan penyakit tertentu akan merebak. Kita minta pihak berkenaan supaya mengambil tindakan segera, kalau nasi sudah jadi bubur tiada guna lagi," katanya.
Laporan Khas Mingguan Malaysia hari ini melaporkan data rasmi Panduan Industri Air Malaysia 2011 mengenai bekalan air bersih di seluruh negara mendapati Kelantan menduduki tempat paling bawah sehingga dilabelkan sebagai negeri yang memiliki air kurang selamat dan berisiko.
Kementerian Kesihatan menerusi uji kaji berasingan bagi tempoh 2008-2010 juga mendapati air di negeri itu mengandungi arsenik, merkuri, mangan dan plumbum, iaitu logam berat yang kesemuanya boleh memudaratkan kesihatan termasuk mengakibatkan kanser.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, perkhidmatan air adalah di bawah kuasa kerajaan negeri dan ia sewajarnya diselesaikan sejak sekian lama.
"Kalau libatkan pelajar sekolah lagi susah, mereka terdedah kepada penyakit dan kalau berlaku di sekolah ia boleh merebak dengan senang.
"Air ialah tanggungjawab kerajaan negeri, harap mereka ambil tindakan dengan segera kerana telah ada bukti saintifik mengenainya," katanya.

Terjaminkah Islam Dibawah Pakatan Pembangkang ?



DI bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN), rakyat tetap diberi kebebasan beragama. Peruntukan untuk kaum-kaum lain beribadat tidak diketepikan malah ditambah.
BN yang diterajui UMNO menghormati corak pengamalan agama lain. Ini rekod yang dipegang sejak merdeka. Namun akhir-akhir ini, ada beberapa hal yang mencabar kesatuan pemikiran umat Islam. 

UTUSAN: Datuk Seri fikir apakah cabaran yang ditempuh oleh umat Islam di Malaysia ketika ini?

JAMIL KHIR: Kita melihat ada beberapa hal yang mencabar kekuatan dan kesatuan umat Islam. Yang lebih besar daripada itu adalah kesatuan fikrah atau pemikiran umat Islam. Lihat soal murtad yang berlaku sehingga timbul keresahan besar umat Islam di negara ini sehinggakan rata-rata yang ambil kesimpulan wajar umat Islam bersatu di bawah satu payung untuk pertahankan akidah umat Islam sehingga lahirnya perhimpunan yang dikenali Perhimpunan Sejuta Umat.
Walaupun tak perlu bincang soal besar dan kecil tapi sudah sampai rasa ketidakpuasan hati sehingga timbulnya idea perhimpuan itu. Tetapi Alhamdullillah, umat Islam ambil hikmah pendekatan yang demokrasi. Saya lihat hasil itu dan kita mula fikir mengenainya balik.

Tetapi adakah ada usaha tertentu untuk menghukum atau mengekang pihak yang cuba memurtadkan umat Islam?
Ini kita kena ucapkan terima kasih kepada generasi dulu yang telah mewujudkan enakmen bagi menyekat mereka yang ingin memurtadkan ini. Sebenarnya telah pun wujud enakmen sejak tahun 1980 lagi.
Misalnya, beberapa negeri telah mempunyai undang-undang yang dinamakan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam. Undang-undang ini diwujudkan bertujuan untuk mengawal dan menyekat pengembangan doktrin dan kepercayaan agama bukan Islam di kalangan orang yang menganuti agama Islam demi menjamin kehormatan dan kesucian Islam.
Negeri-negeri yang telah menguatkuasakan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam ialah:
Terengganu (Enakmen Bil. 1 Tahun 1980) yang berkuat kuasa pada 1 April 1986, Kelantan (Enakmen Bil. 11 Tahun 1981) pada 1 Januari 1987, Selangor (Enakmen No.1 Tahun 1988) pada 8 Julai 1988, Melaka (Enakmen No.1 Tahun 1988) pada 1 Januari 1990 dan Kedah (Enakmen Bil. 11 Tahun 1988) yang berkuat kuasa pada 1 Oktober 1988.
Negeri-negeri lain pula ialah Pahang (Enakmen No.5 Tahun 1989) berkuat kuasa pada 1 Mac 1990, Johor (Enakmen No.12 Tahun 1991) pada 23 April 1992, Negeri Sembilan (Enakmen No.9 Tahun 1991) pada 5 April 2007 dan Perlis (Enakmen No.6 Tahun 2002) yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2007.

Apa pandangan Datuk Seri tentang isu Seksualiti Merdeka?

Ia jauh menyimpang daripada norma kehidupan manusia. Dalam erti kata lain, ‘merdeka’ yang saya boleh terjemahkan adalah kebebasan untuk amalan seksual seperti lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT). Kita patut cepat berganding bahu untuk mengekangnya dan bukannya menyokong atas sifat kerana mereka ini macam ditinggalkan. Sebaliknya, kita bantu bawa mereka pulang ke pangkal jalan. Bukannya memperakukan amalan mereka pula.
Realitinya, dalam Perlembagaan negara, kita tak benarkan termasuk Sekyen 377 (a),(b), (c) dan (d) yang tidak benarkan berlaku perhubungan lelaki dengan lelaki dan sebagainya yang saya nampak di hujung terowong itu adalah untuk memadamkan Seksyen 377 ini. Nanti akhirnya pula hilang sekatan perundangan dan kelak timbullah pula kebebasan yang dilaungkan oleh golongan tersebut.

Tentang soal ibadah korban haji baru-baru ini, mengapa pula ada pihak yang pertikaikan?

Soal korban ini harus semua fahami bahawa ia suatu tuntutan ibadah dalam Islam. Kita perlu menghormati antara satu sama lain. Dalam konteks agama misalnya sebelum ini tidak pernah ditimbulkan soal-soal seperti itu dan ‘tertimbul’ ini pun adalah kesan sebab kita umat Islam tidak bersatu.
Saya lihat konsep penyatuan dan konsep yang kita laung-laungkan selama ini iaitu Gasasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, dengan pegangan agama dijalankan secara berwasatiyyah (kesederhanaan) yang bermakna sederhana di sini bukan dalam erti kata yang tak kaya dan tak miskin ataupun tak jahat sangat. Tetapi ia dalam konteks kita berbuat sesuatu yang pengertiannya cari untuk dunia dan akhirat. Ia semacam kita nak mati esok (akhirat) dan cari untuk dunia yang seakan-akan kita akan hidup selama-lamanya. 

Bagaimana pula dari segi komitmen UMNO itu sendiri untuk memastikan kedudukan Islam itu tidak diganggu-gugat?

Sejak kita merintis kemerdekaan 54 tahun lalu, ramai yang barangkali hanya mengambil sikap sambil lewa mengenai sumbangan UMNO. Kita lihat betapa parti keramat UMNO pertahankan agama ini dalam konteks negara kita Malaysia.
Sejak dahulu lagi UMNO mengambil pendekatan penuh dan hikmah. Hari ini kita punyai sebanyak 22,000 masjid dan surau di seluruh negara. Ada yang berharga RM100 juta, RM50 juta dan sebagainya. Dan sudah tentu masjid-masjid ini tidak berdiri di situ tanpa ada pihak yang merancang dan menguruskannya.
Masakan kita dapat lihat ada 14,000 imam-imam yang kita bayar bergaji secara bulanan, ada elaun untuk mereka lagi. Masakan juga kita lihat ada guru-guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang mendidik anak-anak kita sebagai modal insan pada masa akan datang. Kita bentuk dengan pendidikan agama sekali. Begitu juga dengan pendikan sekolah dan sebagainya seperti 34,000 guru KAFA telah kita gajikan. Ini merupakan usaha berterusan UMNO tanpa rasa penat dan jemu.
Demikian juga dengan kelahiran Tabung Haji (TH) yang bukan hanya terlibat sebagai entiti yang menghantar jemaah haji saban tahun sehingga mendapat pujian Kerajaan Arab Saudi, malah dunia melihat ia sebagai contoh unggul dalam melaksanakan ibadah haji.
Ini semua hasil daripada garapan kepimpinan UMNO yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional (BN). Tabung Haji kini bergerak lebih lagi merentasi bidang ekonomi dan kini dikenali sebagai billion company dan bukannya million company. Tahun sudah sahaja kita capai keuntungan RM1.3 bilion dan beri dividen dan bonus sebanyak 5.5 peratus, ditambah 2.5 peratus untuk zakat.
Lihat pula kelahiran institusi agama yang lain seperti Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) yang ada Ar-Rahnu (pajak gadai berasaskan syariah) yang menerajui gadaian Islam sehingga boleh beri keuntungan kepada penyimpannya dan pemegang sahamnya. Ini merupakan sistem yang menjadi contoh kepada dunia luar.

17 November 2011

Hudud PAS : Kerajaan Kelantan Main Wayang Lagi

 Penantian banyak pihak untuk melihat hukum hudud dilaksanakan dalam masa terdekat di negeri ini mungkin tidak kesampaian kerana Kerajaan Pas Kelantan masih mengkaji beberapa aspek, terutama cara pelaksanaannya.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, biarpun Enakmen Hudud telah diluluskan pada 1993, tetapi ia tidak dapat dilaksanakan kerana ada pendapat mengatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda terlebih dahulu.
Justeru, katanya, sebuah jawatankuasa perlu ditubuhkan untuk melihat semula perkara tersebut supaya ia dapat dilaksanakan.
“Isu sekarang kita bukan hendak tengok enakmen, tetapi daripada segi pelaksanaan, sebab dahulu kita berhenti (untuk melaksana) disebabkan perlu ada pindaan Perlembagaan tetapi dalam tempoh kebelakangan ini ada pandangan bahawa hudud boleh dilaksanakan tanpa meminda Perlembagaan. Jadi kita hendak tengok benda baharu ini.( Dah pecah tembelang Pas yang selama ini tuduh Umno yang halang hudud dilaksanakan.)
“Mesyuarat pertama Jawatankuasa Teknikal Hudud akan bincang banyak perkara, termasuk persediaan kita. Mungkin selepas itu kita bentuk jawatankuasa kecil untuk buat kajian dan kumpul maklumat baru serta membuat rumusan sama ada boleh laksana atau tidak.
“Proses ini panjang, mungkin setahun atau dua tahun lagi untuk melaksanakannya,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan pelaksanaan hukum hudud di negeri ini.
Pada 24 Oktober lalu, Kerajaan Pas Kelantan bersetuju membentuk jawatankuasa teknikal pelaksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.
Mohd. Amar yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud berkata, pihaknya akan menghantar surat pelantikan ahli jawatankuasa terlibat dalam masa terdekat.
“Minit mesyuarat pelantikan ahli jawatankuasa tersebut baru disahkan dalam mesyuarat Exco hari ini dan surat pelantikan tersebut akan dihantar dalam minggu ini.
“Mesyuarat pertama jawatankuasa akan diadakan dalam masa terdekat. Bagaimanapun saya difahamkan Ahmad telah mengosongkan tarikh sesuai untuk mesyuarat tersebut,” katanya.
Dalam pada itu, beliau meminta bukan Islam yang tidak memahami hukum hudud supaya berhenti bercakap mengenainya kerana ia boleh mengelirukan dan mencetuskan ketegangan.

Najib Semakin Glamour

 Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meningkat dengan mantap sejak 2009, tetapi yang sebaliknya berlaku kepada tiga pemimpin utama pembangkang, demikian menurut kajian oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Selain daripada Najib, kajian terhadap populariti lima personaliti kepimpinan di Malaysia yang dijalankan oleh Unit Kajian Media dan Pilihan Raya UIAM menunjukkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terus kekal popular walaupun berundur pada 2003.
Sementara itu, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, menyaksikan populariti mereka merosot.
Prof. Datuk Syed Arabi Idid daripada Jabatan Pengajian Komunikasi UIAM, mengetuai kajian itu dari Mac 2008 hingga Julai 2011 bersama penyelaras penyelidikan, Azrul Hisyam Wakichan.
Satu sampel rambang purata 1,500 responden terdiri pengundi Melayu, Cina dan India dari seluruh negara ditanya mengenai kepuasan mereka terhadap kualiti kepimpinan kelima-lima pemimpin itu.
Kajian itu menunjukkan peningkatan dalam populariti Najib adalah hasil usaha berterusan beliau untuk mendekati hati rakyat dan memimpin negara ke arah masa depan yang lebih cerah.
“Kajian ini dengan jelas menunjukkan responden Melayu, Cina dan India kini menerima Datuk Seri Najib,” katanya.
Pada Oktober 2008, 35 peratus responden Melayu, 33 peratus Cina dan 41 peratus India menunjukkan yang mereka puas hati atau sangat puas hati dengan Najib, tetapi menjelang Julai 2011, penerimaan masing-masing meningkat kepada 59 peratus, 45 peratus dan 62 peratus.  KLIK

16 November 2011

Negara Berkebajikan UMNO/BN - Beban Rakyat Dikurangkan..

Khatijah Mohamad (kiri) melayan pelanggannya yang membeli makanan mengikut Menu Rakyat 1 Malaysia semasa pelancarannya di Restoran Kak Jah Marang. -

Kedah Sejahtera : PAS Roboh Surau Bina Shoping Kompleks

Bangunan Madrasah Salihiah Kanchut di Jalan Tambang Badak, Alor Setar Kedah bakal dirobohkan untuk dibina Plaza Tunku Yaacob. – utusan/ Kamal Basir

 
BANYAK kali sudah saya menulis mengenai sikap hipokrasi dan munafik orang kita, iaitu orang Melayu beragama Islam di negara ini. Cakap tak serupa bikin. Matlamat menghalalkan cara. Akhirnya yang rugi ialah bangsa itu sendiri.
Apabila terkena di atas batang hidung sendiri semua senyap. Ya, semuanya yang salah menjadi betul. Sehinggakan Madrasah Salihiah Kanchut, Alor Setar berusia lebih 100 tahun, yang diumumkan oleh kerajaan Pas Kedah mahu dirobohkan, pun menjadi betul.
Semua orang senyap sunyi. Hanya 30 orang sahaja kariah yang berdemo. Tiada perbincangan dalam blog. Tiada kata-kata yang menuduh kerajaan Pas Kedah zalim, mahazalim, mahafiraun kerana mahu merobohkan sebuah madrasah – rumah suci umat Islam untuk dijadikan sebuah kompleks beli-belah.
Apa kata sekiranya kerajaan Kedah yang mahu merobohkan madrasah itu ialah Kerajaan Barisan Nasional (BN)? Saya rasa akan ada pak-pak lebai Pas yang sanggup tidur di atas jalan bagi mempertahankan madrasah itu.
Kini, tiada apa-apa berlaku. Malah kerajaan negeri pimpinan ustaz Azizan pula berkata siapa yang menentang ‘projek pembangunan’ itu dengan merobohkan madrasah itu sebagai orang bingai, atau tak reti bahasa atau dalam bahasa Inggeris yang bersopan ignorant atau jahil.  KLIK