Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

22 Mei 2014

Rafizi Kantoi Akui Menipu Pasal GST Akan Naikkan Harga Barang???

Beliau mengakui 40 barangan keperluan asas termasuk tepung, beras dan gula dikecualikan cukai.

Cuma dasar otak pembohong dia tetap cuba untuk meracuni fikiran rakyaat kononnya barang2 tersebut tetap akan mengalami kenaikan harga walaupun tidak dikenakan GST atas sebab pengangkutan bakal dikenakan cukai gst begitu juga dengan kedai2 makan yang mempunyai perolehan RM 500,000.00 setahun atau lebih. Iaitu lebih kurang RM 42 ribu sebulan.

Apa yang tidak diberitahunya.... Pengangkutan telah sedia dikenakan cukai SST. 

Juga warong2 nasi lemak dan nasi campur di tepi2 jalan dan kedai2 makan biasa tidak dikenakan GST.

Juga beliau sengaja melupakan bahawa kedai2 makan franchise seperti Mc Donald, A&W, KFC, Pizza Hut dan restoran2 mewah yang lain sememang nya dikenakan cukai SST sehingga 10% + 5%.

Belajar sekolah tinggi2....Sayang iIlmu yang ada bukan digunakan untuk mengajar orang ramai dan mendapatkan pahala berterusan...."Bertengkek-tengkek" sepatah kata orang nogohri.....sebaliknya digunakan untuk menipu rakyaat.... 
 

09 Mei 2014


 


 
 
Kuala Lumpur, 06 Mei. Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Teresa Kok Suh Sim semalam mendakwa bahawa Barisan Nasional serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi punca kesusahan masyarakat cina didalam negara ini. Beliau mendakwa segala dasar yang dibawakan oleh BN yang kononnya telah berjaya membantu kejayaan masyarakat Cina di negara ini adalah tidak benar.
Beliau menyifatkan bahawa kerajaan BN dan Datuk Seri Najib sengaja mengabaikan masyarakat cina di negara ini kerana segala dasar yang dibuat oleh kerajaan adalah sama sekali tidak membantu masyarakat cina. Beliau juga berkata kerajaan BN serta Datuk Seri Najib tidak berlaku adil terhadap masyarakat cina dalam pentadbirannya.
Adun Seputih itu mendakwa kerajaan BN menjadi pernyebab pendidikan kaum cina di negara ini semakin mundur kerana peruntukkan yang disalurkan tidak adil. Beliau juga mendakwa kekurangan sekolah cina dan juga kekurangan tenaga pengajar menyebabkan masyarakat cina di negara ini ketinggalan serta susah untuk mendapatkan pelajaran yang sempurna. Beliau berkata perkara ini sepatutnya ditangani oleh kerajaan BN sejak dahulu lagi.
“Najib seharusnya tahu, bahawa hingga ke saat ini, banyak masalah yang telah lama dihadapi dalam pendidikan masyarakat Cina tidak diselesaikan.
“Dengan peruntukan tidak adil, kekurangan sekolah dan guru-guru. Isu ini sudah lama dihadapi sekolah-sekolah rendah Cina serta sudah berulang kali dibangkitkan pimpinan pembangkang, kumpulan dan komuniti Cina. Namun tidak diselesaikan kerajaan walaupun sudah memegang kuasa selama beberapa dekad,” katanya dalam satu kenyataan.

Teresa yang pernah beberapa kali ditahan dibawah Akta Hasutan juga mendakwa isu tersebut menjadi punca masyarakat cina semakin hari semakin ramai yang mengambil keputusan untuk berhijrah ke luar negara bagi mendapatkan pendidikan yang lebih sempurna. “Bukan lagi satu rahsia bahawa faktor utama yang menyebabkan aliran keluar begitu ramai masyarakat Cina ke luar negara adalah berpunca dari kebimbangan mereka tentang kekurangan peluang pendidikan adil di institusi pengajian tinggi."

08 Mei 2014

Berita Panas!! 4 Ahli Parlimen PAS Akan Sertai PKR Hari Ini


Sumber memaklumkan bahawa kerusi Parlimen PKR akan bertambah menjadi 34 setelah 4 orang ahli Parlimen PAS menyertai parti tersebut hari ini bagi mengelakkan kehilangan faedah sebagai penyokong Pakatan Rakyat di Parlimen setelah  PAS dijangka keluar dari Pakatan Rakyat berhubung isu hudud yang dibantah hebat oleh PKR dan DAP.
Bagi yang tidak tahu, kebanyakkan ahli Parlimen Pakatan Rakyat diberi jawatan pengarah dengan bayaran lumayan dalam syarikat-syarikat milik kerajaan negeri Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.
Aku telah memperolehi nama semua ahli Parlimen berkenaan, tapi atas sebab-sebab tertentu terpaksa menangguhkan untuk menyiarkan nama-nama mereka sementara menunggu mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat (badan tertinggi dalam Pakatan Rakyat), membuat keputusan mengenai kedudukan PAS petang ini.

Dijangkakan, lebih ramai ahli Parlimen PAS yang lain akan turut menyertai jejak langkah 4 orang rakan mereka ini terutama dari kalangan mereka yang berfahaman liberal.  Maklum sajalah, bukan semua ahli Parlimen ini menyokong perlaksanaan hudud yang diputuskan PAS untuk Kelantan.
Majoriti daripada mereka belum terlibat pun dengan politik ketika kerajaan PAS Kelantan meluluskan enakmen hudud dan qisas negeri Kelantan pada tahun 1993.  Adalah tidak adil mereka dipaksa untuk menyokong enakmen undang-undang yang wujud lebih 21 tahun dulu!!
Tapi dalam masa yang sama, mereka juga terikat dengan PAS.  Maka itu, jalan keluar paling baik ialah dengan keluar dari parti tersebut dan menyertai PKR atau DAP.  Jalan itu adalah lebih selamat kerana tidak perlu menceraikan isteri (lelaki) atau minta cerai (perempuan) dengan talak tiga seperti yang dipersetujui semasa dilantik menjadi calon dulu, kalau memilih untuk menjadi ahli parlimen bebas.
Sekurang-kurangnya, DAP dan PKR masih lagi sebahagian dari parti pembangkang serta menentang UMNO.
Apa pun, perkembangan ini adalah cukup menarik untuk dinantikan bersama-sama.  Kita berharap dengan  keluarnya PAS dari Pakatan Rakyat petang ini dan majoriti besar ahli Parlimennya menyertai PKR atau DAP, dapat menyelesaikan kemelut berkaitan hudud yang seakan tidak nampak penghujungnya.
 

07 Mei 2014

Hudud Pas Kelantan tidak sama dengan Hukum Hudud Negara Brunei






 
BANDAR SERI BEGAWAN - BRUNEI. Kerajaan Brunei mengharamkan penggunaan 19 perkataan, termasuk ALLAH dan masjid, oleh orang bukan Islam di negara itu.

Brunei Times melaporkan, pengharaman itu berkuat kuasa bulan ini di bawah Kod Penal Syariah.
Lain-lain perkataan diharamkan adalah azan, baitullah, al-Quran, fatwa, firman ALLAH, hadis, haji, hukum syarak, Ilahi, kaabah, kalimah syahadat, kiblat, imam, mufti, mukmin, solat dan wali.
Pegawai Undang-Undang Syariah Kanan Unit Undang-Undang Islam Hardifadhillah Mohd Salleh berkata, Kod Penal Syariah juga diguna pakai kepada bukan Islam, termasuk kesalahan berzina dengan pasangan Islam, minum arak di tempat awam dan khalwat dengan pasangan Islam.
“Jika sabit kesalahan, hukuman adalah denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau satu tahun penjara. Bagi pesalah zina yang dilakukan oleh seorang Muslim yang sudah berkahwin dan yang sudah berkahwin tetapi bukan Islam, kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman rejam sampai mati jika kesalahan itu dibuktikan oleh pengakuan  atau kesaksian empat saksi,” katanya.
Menurutnya, mana-mana pihak yang menghasut lelaki atau wanita Islam bercerai atau tidak menjalankan kewajipan terhadap pasangan masing-masing, boleh dikenakan denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau penjara setahun.
“Mana-mana ibu atau bapa beragama Islam yang ikhlas menyerahkan anak mereka dipelihara oleh orang bukan Islam, boleh dikenakan denda sehingga B$20,000 (RM52,000) dan atau penjara lima tahun,” katanya.
SINARHARIAN

Video Panas!!!! pengundi hantu dan black out mainan PKR

Bekas AP Temerloh SUDAH BERSATU dengan DAP?