Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

20 November 2014

Dulu Karpal Singh kini Gobind Singh pula buli PAS



KUALA LUMPUR: PAS ditadbir seorang lelaki bernama Abdul Hadi Awang dan mengatasi sesiapa sahaja dalam parti itu kata Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) DAP Kebangsaan, Gobind Singh Deo.
Gobind berkata kerana dikuasai oleh seorang individu menyebabkan PAS sering tidak sehaluan dengan DAP dan PKR dalam beberapa isu.

Katanya, rakyat berharap agar pemimpin Pakatan Rakyat akan bersatu hati untuk membina parti alternatif kepada Barisan Nasional (BN).

"(Rakyat) berharap bahawa pemimpin dalam Pakatan akan bersatu hati dan fikiran bersama-sama demi membina parti alternatif yang boleh memimpin negara ini menggantikan BN.
"Kami bukan menjatuhkan Hadi secara peribadi, tetapi daripada apa yang kami perhatikan sebelum ini, jelas PAS ditadbir oleh seorang lelaki, namanya Hadi.

"Beliau sahaja boleh mengatasi sesiapa saja dalam parti itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas kenyataan Presiden PAS itu bahawa terpulang kepada dirinya untuk hadir ke mesyuarat atau tidak, Gobind berkata ia memberi gambaran sikap "tidak hormat" kepada rakan dalam Pakatan Rakyat.

Gobind turut menyanggah kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berhubung isu ketidakhadiran Abdul Hadi dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Puchong itu berkata DAP hanya menggesa Abdul Hadi hadir dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat demi kebaikan gabungan parti pembangkang itu.
"Beliau (Mohd Amar) nampaknya tidak faham perkara mudah. Jika tidak ada pertemuan yang bermakna, kewujudan Pakatan Rakyat hanya sekadar khayalan. Ini bukan isu kecil. Ini isu yang cukup serius. Ia melibatkan (kerjasama) dalam Pakatan.

"Kami dalam DAP telah beberapa kali mengulangi bahawa sekiranya Pakatan Rakyat mahu berfungsi untuk berjaya, mesti mempunyai usaha serius dari semua parti komponen yang terlibat.
"Jadi tidak salah meminta beliau (Hadi) hadir dalam mesyuarat, jika keputusan yang hendak diputuskan demi masa depan Pakatan Rakyat," katanya

Semalam Mohd Amar dilapor mengingatkan DAP supaya tidak mencampuri urusan dalaman PAS dan mengalu-alukan parti itu meninggalkan Pakatan jika tidak senang dengan parti Islam itu.
Timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan itu juga berkata DAP tidak perlu mencari jalan menggunakan "isu kecil" untuk menyingkirkan PAS dari gabungan parti pembangkang itu. 

18 November 2014

Pemansuhan Akta Hasutan Tidak Jejas Hak Melayu ?



KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Pemansuhan Akta Hasutan 1948 tidak akan menjejas empat perkara sensitif termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh keistimewaan orang Melayu dan bumiputera.

Setiausaha Agung Persatuan Hak Asasi Manusia (Proham) Datuk Dr Denison Jayasooria berkata oleh itu, orang Melayu tidak perlu khuatir kerana empat perkara berkenaan iaitu kedudukan istimewa Melayu dan bumiputera (Perkara 153), Kedudukan Raja-Raja Melayu (Perkara 181), Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan (Perkara 152) dan Hak-Hak Kewarganegaraan (Bahagian III) akan terus terpelihara.

"Bahkan pembentukan akta baharu yang dicadangkan kerajaan seperti Akta Keharmonian Nasional tidak sesekali menyentuh keempat-empat perkara itu," katanya kepada pemberita selepas Perbincangan Meja Bulat Mengenai Akta Hasutan 1948 di Universiti Malaya pada Isnin.

Perbincangan meja bulat itu disertai bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Mohamed Zaman Khan Rahim Khan, Pengerusi Proham Datuk Kuthbul Zaman dan Pengerusi Jawatankuasa Peguam-Peguam Muda Nasional (JPMN) Majlis Peguam Malaysia Syahredzan Johan.

Mengulas gesaan Majlis Perundingan Melayu (MPM) agar pemansuhan atau penambahbaikan Akta Hasutan 1948 dirujuk kepada Majlis Raja-Raja, Dr Denison yang juga moderator dalam perbincangan itu, berkata ia tidak sepatutnya timbul kerana hanya pindaan beberapa perkara dalam Perlembagaan Persekutuan memerlukan persetujuan majlis berkenaan.

"Mengikut Perkara 159 (5) Perlembagaan Persekutuan, hanya pindaan kepada empat perkara sensitif orang Melayu yang perlu dirujuk kepada Majlis Raja-Raja sedangkan Akta Hasutan 1948 hanyalah akta 'biasa' yang hanya digubal di Parlimen," katanya.

Terdahulu, Zaman Khan dalam perbincangan itu sekali lagi menegaskan bahawa Akta Hasutan perlu dikekalkan bagi mengelak mana-mana pihak cuba menyemarakkan sentimen kebencian antara kaum dan agama.

"Saya tidak mahu generasi akan datang membesar dalam persekitaran yang penuh pergaduhan kerana masing-masing terlalu bebas menyuarakan kebencian mereka," katanya.

Kerajaan sebelum ini bercadang memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan menggantikannya dengan akta baharu dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.

14 November 2014

DAP Pulau Pinang semakin rakus jual tanah negeri.

Nampaknya, semakin banyak pekung busuk ahli politik ini dan Kerajaan negeri didedahkan.


Anda baca :

Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) mendakwa keputusan Kerajaan DAP Pulau Pinang menjual tanah seluas 48 hektar (102 ekar) di Bayan Mutia­ra kepada sebuah syarikat pemaju pada harga yang sangat murah menyebabkan negeri ini ‘hilang’ hasil sebanyak RM800 juta.
Sambil mendakwa urusan berke­naan berlangsung dalam keadaan meragukan dan mempunyai unsur ‘skandal’,Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid ketika sidang akhbar menggesa Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi penjelasan terperinci.

Sebelum itu, sewaktu sesi perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah (BN- Teluk Bahang)mendedahkan tanah berkenaan dijual pada harga RM240 bagi sekaki persegi.

Katanya, harga itu jauh berbeza jika dibandingkan dengan harga jualan sebuah syarikat swasta yang memiliki tanah bersebelahan dan menjualnya pada nilai RM420 sekaki persegi.


Urus niaga oleh kerajaan negeri berlangsung pada 25 Julai 2011 dan syarikat swasta itu pula menjual lebih awal iaitu pada Mei tahun sama. Jadi, mengapa harga tanah itu jadi murah,” katanya di sini hari ini. CERITA PENUH