Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

31 Julai 2009

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) memang terkenal dengan kezalimannya. Ia membawa daki karat memisahkan isteri dan suami, ayah dan anak-anak, merosakkan tali persaudaraan dan ikatan persahabatan : INI KATA DARI HATI PERUT PAKATAN PEMBANGKANG .[ klik sini ]

matkelubi kata ;

betul semua tu
Hanya tinggal beberapa jam daripada sekarang akan berlaku pertembungan dua kelompok penunjuk perasaan “pro dan anti” ISA pada 1 Ogos ini.
-Ramai yang beranggapan demonstrasi 1 Ogos ini tidak sewajarnya berlaku namun kedegilan mereka nampaknya cuba mengatasi undang-undang dan arahan polis yang mengharamkan perhimpunan ini.
-Cuba bayangkan apa akan berlaku sekiranya dua kumpulan ini bertembung, bukan sahaja kerosakan harta benda yang bakal berlaku tetapi adalah tidak mustahil peristiwa yang lebih teruk dan tidak diingini akan menjadi lipatan sejarah negara.
-Rata-rata rakyat Malaysia menyokong ISA malah mereka faham dan sedar bahawa ISA baik untuk mereka dan negara. Namun segelintir ahli politik menjadikan rakyat sebagai alat untuk menentang ISA.
- Akta itu bukan menahan individu tertentu berlandaskan fahaman politik sebaliknya lebih kepada pendekatan melindungi keselamatan negara dan ketenteraman awam.
-Biarpun ancaman komunis sudah berakhir, kita masih memerlukan ISA bagi menangani ancaman keselamatan kumpulan pengganas atau militan, pelampau agama atau yang boleh menggugat ketenteraman awam sehingga menjejaskan ekonomi.
-Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 29/07/2009 memaparkan terdapat satu ceramah terbuka yang amat berbahaya.
"Mereka mengadu-dombakan mengenai isu penghapusan ISA ini. SMS yang dihantar oleh seorang rakan itu berbunyi lagi: Ramai penduduk di sekitar kawasan yang tidak dapat lari daripada mendengar apa yang diucapkan... yang kesemuanya berbentuk tohmahan, hasutan dan kecaman terhadap orang Melayu sama ada secara terus atau tidak, jelas hanya menjemput masalah".
-‘‘DAP dan PKR patut ingat hak orang Melayu yang menduduki sekitar kawasan tersebut. Bukan semuanya terdiri daripada penyokong mereka. Mereka berasa tersinggung kerana yang diperlekeh adalah bangsa Melayu, pemimpin Melayu dan kerajaan pimpinan Melayu.’’
-Jelas di sini DAP memainkan sentimen perkauman dan kaum masing-masing kini mahu menunjukkan kekuatan.
-ISA masih relevan dan sememangnya penting untuk menghentikan ketegangan kaum dan ancaman lain.
-Kita berharap pihak berkuasa dapat bertegas dengan perkembangan yang tidak sihat ini.
-Wahai penunjuk perasaan atau pedemontrasi jalanan, ingatlah kepada keluarga anda yang tersayang. Janganlah kamu berada di lokasi terbabit pada 1 Ogos 2009).