Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

13 November 2009

KERAJAAN SELANGOR GAGAL BANTU RAKYAT

SHAH ALAM 12 Nov. - Kerajaan negeri Selangor didakwa gagal melaksanakan pembangunan dan membantu rakyat di kawasan kampung sebaliknya mereka lebih banyak berpolitik.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Ismail Sani berkata, pentadbiran kerajaan negeri tidak menyelesaikan permasalahan rakyat sejak mula mentadbir pada Mac tahun lalu.
Katanya, sepanjang tempoh mentadbir, kerajaan negeri sehingga ke peringkat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) tidak membuat apa-apa perubahan kecuali dalam soal menukar individu untuk mengisi jawatan dalam JKKK.


"Apa kerajaan negeri hari ini buat kepada pembangunan kampung di Selangor kerana banyak rungutan diterima bahawa kerajaan negeri tidak berbuat apa-apa di kawasan mereka.
"Sebagai contoh, dalam soal balai raya, kerajaan negeri tidak pernah bantu. Yang bantu ialah Kerajaan Pusat melalui peruntukan yang disalurkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP).
"Jadi, soalnya mana peruntukan kerajaan negeri, kenapa peruntukan negeri tidak disalurkan untuk masyarakat di kampung. Apa kerajaan negeri buat," katanya.


Beliau berkata demikian dalam soalan tambahan kepada Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Asli dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari ketika sesi soal jawab sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Ismail yang mewakili Barisan Nasional (BN) berkata, sehingga ke hari ini perhatian kerajaan
negeri di kawasan kampung lebih banyak melibatkan pengambilalihan balai raya tetapi tidak menjalankan usaha-usaha pembaikan ke atas bangunan berkenaan
.


Apakah dikata kerajaan pakatan pembangkang mentadbir negeri-negeri yang mereka menangi dalam pilihanraya 12 ditadbir dan diuruskan dengan baik. Tetapi jika dalam ceramah mereka, mereka kata bermacam-macam bantuan yang diberikan, itu cuma omong kosong. Bagitu juga negara kebajikan yang dilaungkan oleh pemimpin mereka tetapi tidak ada yang boleh dibuat cuma berpolitik sepanjang masa. Sedarkah
terus bersama BN yang mempu melaksanakan agenda membantu rakyat di dalam negara ini.

1 ulasan:

  1. Salam bro, pakatan pembangkang cuma pandai mengkritik, memfitnah, menghina sahaja...... sebenarnya mereka hampas dalam mentadbir negara......

    BalasPadam