Pengikut
wajib tolak
30 Disember 2011
Anwar Ibrahim Takde Telor, Penakut..
Anwar Ibrahim sudah semakin terdesak. Satu gerakan yang digelar Bebaskan Anwar 901 dirancang demi kepentingan peribadinya. Penyokong tegar akan berhimpun di perkarangan Mahkamah bagi menakut-nakutkan hakim yang akan membuat keputusan pada 9 Januari 2011 nanti.
KUALA LUMPUR 29 Dis. - Perjalanan atau keputusan sebarang kes berkaitan perundangan negara tidak boleh diubah dan disangkal dengan cara berdemonstrasi, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
Beliau berkata selain memikirkan tanggungjawab kepada masyarakat, mereka yang ingin berdemonstrasi juga perlu sedar tindakan sedemikian tidak akan mempengaruhi dan menggetarkan pihak mahkamah dalam membuat keputusan.
"Demonstrasi tidak mampu mengubah aliran atau aluran perundangan negara, jika itu yang mereka tuntut, maka kenegaraan kita akan hancur," katanya mengulas mengenai ura-ura bahawa pihak tertentu cuba mengadakan demonstrasi sempena keputusan mahkamah berhubung kes liwat melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari depan.
Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan program Istana Budaya tahun 2012 di Istana Budaya di sini hari ini, Rais berkata, seharusnya pihak yang berkenaan menerima hakikat dan menjadikan kes seorang bekas Menteri Besar yang didapati bersalah oleh mahkamah baru-baru ini sebagai rujukan bahawa keputusan perundangan tidak terbatas kepada golongan tertentu sahaja.
"Jadi barangsiapa yang terkena pada masa depan, mereka atau beliau-beliau harus terima sebagai hakikat...takkan dengan mengadakan demonstrasi jalanan maka semua hakim takut," kata Rais.
Beliau berharap masyarakat memberi dokongan kepada pembuat keputusan seperti Peguam Negara dan barisan hakim supaya tidak gentar membuat keputusan berdasarkan undang-undang yang telah sama-sama dihormati, didirikan dan dilaksanakan sekian lama.
"Tinggal lagi jika mereka masih hendak berdemonstrasi itu adalah tujuan politik, bukan dalam bidang perundangan tanah air," katanya. - BERNAMA
23 Disember 2011
22 Disember 2011
Hassan Ali Keluar Parti ... Sedia Bersama NGO , UMNO
Bagi parti UMNO dari dulu kini dan selamanya berjuang untuk 3 perkara yang menjadi asas perjuangan yang dikatakan oleh Datuk Hassan Ali..
i - Mempertahankan hak - hak bangsa Melayu dan Bumiputera.
ii- Mempertahankan dan memperkasakan kesucian Agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia.
iii- Mempertahankan kuasa dan institusi raja-raja.
“Yang jelas adalah perjuangan saya mempertahankan Islam, bangsa Melayu dan institusi raja-raja.”
"Bagi saya ketiga-tiga ini merupakan landasan yang sangat penting dari dulu sampai sekarang,” - Datuk Hassan AliApa ditunggu lagi wahai datuk Hassan Ali.. Hanya UMNO yang mampu merealisasikan perjuangan sebenar.
KUALA LUMPUR 22 Dis. – Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata beliau tidak kisah jika digugurkan daripada jawatan tersebut serta tidak dipilih semula untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana berpegang teguh kepada prinsip perjuangannya.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastuktur dan Kemudahan Awam Selangor itu berkata: “Yang jelas adalah perjuangan saya mempertahankan Islam, bangsa Melayu dan institusi raja-raja.”
"Bagi saya ketiga-tiga ini merupakan landasan yang sangat penting dari dulu sampai sekarang,” katanya dalam program Soal Jawab TV3 yang dikendalikan oleh Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Datuk Ahmad A. Talib yang disiarkan malam tadi.
Menyentuh mengenai PAS, Anggota Dewan Undangan Gombak Setia itu berkata jawatankuasa pusat parti itu kini lebih ramai dianggotai oleh profesional iaitu sebanyak 65 peratus berbanding golongan ulamak yang kini hanya 35 peratus.
Untuk itu beliau berharap anggota parti dapat meletakkan kembali kedudukan ulamak sebagai barisan kepimpinan parti.
Ini adalah kerana golongan ulamak dilihatnya mampu membawa PAS kembali ke landasan perjuangan berdasarkan prinsip Islam, katanya.
Ditanya sama ada beliau akan meninggalkan PAS berikutan perubahan ini, Hasan berkata: “Saya akan bersama apa jua gerakan berunsur politik atau tidak yang dapat mempertahankan Islam, orang Melayu dan institusi raja. - BERNAMA
20 Disember 2011
Nik Abduh Derhaka Pada Nik Aziz - Salah Umno Juga Ke ?
Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz hari ini membidas kartun drnot yang disiarkan di dalam Harakah keluaran terbaru kerana menghina bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa.
Beliau berkata, Harakah sepatutnya perlu lebih beretika, berakhlak serta tahu cara untuk membina serta mendamaikan dan bukan bertindak memecah atau meruntuhkan.
Pada masa sama, beliau turut membidas kritikan serta tuduhan secara terbuka oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali terhadap dua pejuang Islam iaitu Nasharuddin dan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang berkali-kali menyatakan kesetiaannya kepada parti itu.
‘‘Saya menolak (bidas) kartun drnot dalam Harakah cetakan terbaru yang menghina kekanda saya, Ustaz Nasharuddin. Harakah mesti beretika, berakhlak dan tahu untuk membina dan mendamai, bukan memecah dan meruntuh.
‘‘Saya turut menolak (bidas) temuramah Setiausaha Agung Pas yang mengkritik dan menuduh secara terbuka dua pejuang Islam ini yang telah berkali-kali menyatakan kesetiaannya kepada parti. Tunggulah dulu dua pejuang itu masuk UMNO jika betul-betul nak tunjuk hero menjaga Pas. Jika tidak, ia hanya tuduhan yang memecahkan,’’ katanya.
Beliau berkata demikian dalam status terbaru laman sosial Facebooknya hari ini.
Isu membabitkan kedua-dua pemimpin Pas itu mula tercetus apabila tersiarnya kenyataan Ketua Penerangan Pas Selangor, Saari Sungib di dalam beberapa blog yang menyatakan kemungkinan besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu akan digugurkan.
19 Disember 2011
Anwar ibrahim Penakut
PULAU PINANG 18 Dis. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba mencari alasan untuk tidak menyahut cabaran Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya bersumpah bagi membuktikan dakwaannya bekas Perdana Menteri itu pernah menulis surat kepada Bank Dunia bagi meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999.
Menurutnya, perbuatan tersebut tidak perlu dilakukan kerana dakwaan yang dibuatnya adalah berdasarkan fakta dan laporan tahunan yang dikeluarkan oleh Bank Dunia sendiri.
"Untuk apa bersumpah? Ini soal rasuah, soal jenayah. Jawapannya bukan dengan bersumpah.
"Kita tahu hukum mufti. Ini bukan soal sumpah, soalnya bagi keterangan," katanya ketika ditemui pemberita di Konvensyen Pembangunan Ummah Pulau Pinang, di sini hari ini.Semalam, Dr. Mahathir mencabar Ketua Pembangkang itu bersumpah dengan memegang al-Quran bagi membuktikan bekas Perdana Menteri tersebut pernah menulis surat kepada Bank Dunia untuk meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999 seperti yang didakwa.
Dr. Mahathir berkata, beliau tidak pernah berbuat demikian sebaliknya menolak permintaan daripada Bank Dunia yang datang untuk menawarkan bantuan.
Anwar memberitahu, permintaan supaya surat yang dimaksudkan itu ditunjukkan pula, dianggapnya sebagai satu perangkap.
"Bukti ada, fakta pun ada. Nak cari surat yang dihantar oleh kerajaan, ini hanya helah saja. Mana saya ada simpan fail atau surat itu.
"Kalau saya bawa keluar nanti kena dakwa atas Akta Rahsia Rasmi (OSA) pula. Nanti Tun Dr. Mahathir dakwa saya pula," ujarnya.
16 Disember 2011
9 Januari 2012 Mahkamah Akan Dirobohkan Oleh Penjilat Anwar Ibrahim
Pada 9 Januari 2012 nanti rakyat Malaysia akan menyaksikan sejarah awal tahun akan berlaku. Mahkamah akan dirobohkan oleh penjilat-penjilat Anwar ibrahim yang dipercayai akan membuat onak, keganasan dan tunjuk perasaan sehingga akan ' merobohkan ' Mahkamah.
KUALA LUMPUR - Nasib Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diketahui pada 9 Januari depan kerana Mahkamah Tinggi di sini, akan membuat keputusan akhir terhadap kes tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Peguam Anwar, Karpal Singh dan Ketua Pendakwaan, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, masing-masing selesai berhujah di akhir kes pembelaan, semalam.
Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah lantas menetapkan tarikh berkenaan yang akan menentukan sama ada Anwar bebas atau disabitkan kesalahan, seterusnya dipenjarakan.
Jika sabit kesalahan, hukuman mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang dipertuduhkan ke atas Anwar itu boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.Pada 7 Ogos 2008, Anwar, 64, mengaku tidak bersalah meliwat Mohd Saiful, 26, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini, antara 3.10 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008. KLIK
KUALA LUMPUR - Nasib Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diketahui pada 9 Januari depan kerana Mahkamah Tinggi di sini, akan membuat keputusan akhir terhadap kes tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Peguam Anwar, Karpal Singh dan Ketua Pendakwaan, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, masing-masing selesai berhujah di akhir kes pembelaan, semalam.
Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah lantas menetapkan tarikh berkenaan yang akan menentukan sama ada Anwar bebas atau disabitkan kesalahan, seterusnya dipenjarakan.
Jika sabit kesalahan, hukuman mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang dipertuduhkan ke atas Anwar itu boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.Pada 7 Ogos 2008, Anwar, 64, mengaku tidak bersalah meliwat Mohd Saiful, 26, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini, antara 3.10 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008. KLIK
Langgan:
Catatan (Atom)