Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

15 Februari 2012

Nik Aziz Bakal Disingkirkan Sepertimana Hassan Ali Kerana Mengkritik Anwar Ibrahim .

                                    



Demi perpaduan dalam Pakatan Rakyat, penulis menggesa Nik Aziz dan Majlis Syura Ulama PAS memohon maaf kepada Anwar dengan kadar yang segera.  Hal ini tidak sepatutnya diperbesarkan lagi kerana penjelasan demi penjelasan telah diberikan Anwar melalui pelbagai saluran media dalam Pakatan Rakyat.

Jika Nik Aziz gagal mengemukakan permohonan maaf kepada Anwar, penulis menggesa PAS mengambil tindakan sewajarnya ke atas Nik Aziz, walaupun penulis sedar kedudukkannya sebagai Mursyidul Am kelihatan agak ’mustahil untuk disentuh’.

Penulis bukan mencadang tapi sekadar mengingatkan sahaja, jika PAS boleh ‘melanggar’ semua peraturan disiplin parti tersebut untuk menyingkirkan Datuk Dr. Hasan Ali dengan serta merta kerana mengeluarkan kenyataan mengkritik Anwar dan kes fitnah  liwat yang dihadapinya, kenapa tidak pemimpin lain PAS yang mengambil tindakan yang hampir sama?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan