Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

11 Jun 2013

KANTOI !!! ANWAR IBRAHIM DITOLAK BULAT-BULAT OLEH PEMIMPIN PAKATAN PEMBANGKANG ??? WAJIB BACA !!!


Walaupun pakatan pembangkang berjaya menambahkan kerusi parlimen di Dewan Rakyat dan juga Dewan Undangan Negeri,kemenangan mereka semakin tidak bermakna.Ini kerana setiap parti di dalam PR kini mahu menunjukkan taring dan kekuatan masing-masing.Yang paling terserlah kepimpinan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin de facto PR semakin terhakis disebabkan kemelut perebutan kuasa dan pengaruh di kalangan pemimpin.Senario ini membongkar sikap sebenar pemimpin-pemimpin pembangkang apabila mereka sudah mendapat lebih pengaruh dan kuasa dalam pilihan raya.Kekuatan yang mereka perolehi seolah sekarang sudah bertindak balas dan memakan diri mereka sendiri.Semakin kuat pengaruh,semakin kuat pula kelemahan yang muncul di tengah-tengah kemegahan kekuasaan yang mereka capai.Polemik penolakan keputusan PRU13 yang memihak kepada Barisan Nasional belum lagi reda. Anwar masih dengan khayalannya bahawa kemenangan pembangkang telah dicuri oleh BN sekaligus menafikan beliau untuk menjadi Perdana Menteri, mungkin untuk selama-lamanya. 
Janji yang dibuat bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun dengan mantan Naib Presiden Indonesia sebagai orang tengah telah dimungkiri tanpa perasaan bersalah atau pertimbangan moral sebagai seorang pemimpin politik.Mungkin jauh di sudut hati yang kelam dan hitam,Anwar berkata kepada dirinya, 'Persetan semua janji yang dengan Najib ataupun rakyat. Yang maha penting aku mesti jadi PM walau apa pun yang terjadi,sekali pun aku terpaksa lihat negara ini hangus terbakar dek sengketa politik.’ Kemelut di Selangor di mana Pas telah menyerah bulat-bulat haknya menjadi Menteri Besar kerana muncul sebagai parti yang sekutu pembangkang yang paling banyak memenangi 15 kerusi DUN setanding dengan Dap masih jauh dari selesai.Rasa tertipu dan tersisih yang dirasai Azmin Ali selaku pengerusi PKR negeri kerana tidak dapa jawatan Menteri Besar juga tidak akan dapat diubati dalam masa terdekat.Setelah setiausaha agung, Saifuddin Nasution Ismail dilantik sebagai pegawai politik di pejabat Menteri Besar kini Dap pula mahu calonnya, Teresa Kok dilantik ke jawatan yang sama. 

Alasan Dap sebagai parti yang menang jumlah kerusi DUN lebih satu daripada PKR sepatutnyalah pertimbangan tersebut diberi. Maklumlah PKR,Pas,Dap mengamalkan konsep sama rata sama rasa. apa yang seorang dapat yang seorang lagi perlulah mendapat nikmat yang sama.Pada 15 Jun depan Anwar akan mengakhiri siri jelajah anti-SPRnya di Kuala Lumpur.Mungkin ini juga akan menandakan tamatna riwayat politik beliau setelah tindakannya di sanggah oleh Pas dan Dap sendiri.Umpamanya Dewan Ulama Pas mengatakan mereka tidak menyokong perhimpunan haram 505 malah menerima baik keputusan PRU13 yang memberi mereka kemenangan yang lebih besar di Kelantan.Dap pula mahu memboikot sesi taklimat kepada semua ahli parlimen sebelum persidangan pertama parlimen ke-13 dirasmikan oleh DYMM SPB Yang Di-pertuan Agong pada 24 Jun depan.Ada pula puak kiri di dalam Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Chegubard dan peguam Haris Ibrahim yang mahu semua ahli parlimen pembangkang memboikot terus uapacara mengangkat sumpah jawatan di Dewan Rakyat. 
Sanggupkah 89 ahli parlimen pembangkang duduk di luar pagar bangunan Parlimen sementara urusan mengendalikan pentadbiran kerajaan berjalan rancak dengan perbahasan isu-isu penting bersangkutan kepentingan negara dan rakyat ??? Dalam pada itu imej Anwar sebagai bakal Perdana Menteri pertama pembangkang yang sebelum ini diangkat dan disanjung bagaikan nak rak kini mula susut dan dipertikaikan pula oleh pihak sama mendewa-dewakan satu ketika dulu.Akhbar-akhbar Cina seperti Sin Chew mula bersuara mempersoalan samada Anwar kini mempunyai kriteria yang sesuai dan cocok untuk menjadi Perdana Menteri.Kata media Cina,jika pada usia 66 tahun gagal menjadi Perdana Menteri, apakah pada umur 71 pada PRU14 akan datang,Anwar masih bertenaga dan mempunyai keupayaan intelek yang tidak terjejas oleh masa dan keadaan ??? Dap seolah-olah sengaja menimbulkan pertanyaan ini seolah-olah sebagai satu mesej tersirat kepada Anwar bahawa masa beliau sudah tiba untuk terus hilang daripada dunia politik.Apatah lagi media Cina memainkan sentimen janji yang dibuat oleh Anwar untuk bersara dan menjadi tenaga pengajar jika beliau kalah dalam pilihan raya kali ini.
RENUNG-RENUNGKAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan