Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

03 Februari 2014

PRK Kajang : Yuktes mahu lawan Anwar


Yuktes Vijay


TIDAK sampai setengah jam selepas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan untuk bertanding di kerusi N25 Pilihan raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang, Pengasas Take The Lead, Yuktes Vijay mengumumkan hasrat untuk mencabar beliau.
Anak muda berusia 25 tahun itu tidak gentar untuk bertanding dengan calon yang lebih berpengalaman dan berpengaruh itu. Ini kerana apa yang penting bagi Yuktes adalah memberi keadilan kepada rakyat.
“Apa yang berlaku sekarang adalah perebutan kuasa dalam parti yang menggunakan duit rakyat.
"Pilihan raya kecil ini menggunakan duit rakyat, duit saya! Ini tidak masuk akal, saya mahu gunakan duit tersebut dikembalikan kepada rakyat,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.
Jelas Yuktes, beliau yakin akan kalah malah mungkin hilang wang pertaruhan semasa PRK tersebut namun apa yang penting adalah mencabar Anwar yang juga pernah menjadi bossnya dahulu.

Teresa Kok hina orang melayu. Mana KDN?


PRK DUN Kajang: Tiong Lai VS Anwar Ibrahim ?


Mohamed Mustafa Ishak, Liow Tiong Lai

KUALA LUMPUR 2 Feb. - Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang adalah medan terbaik untuk MCA meraih semula sokongan kaum Cina dan menjadikan pertarungan itu sebagai luar biasa dengan mencipta kejutan mengalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sehubungan itu, peluang tersebut perlu digunakan sepenuhnya oleh kepemimpinan baharu MCA melalui strategi mahu menang iaitu dengan meletakkan Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai calon agar kaum Cina selaku pengundi penentu dapat melihat iltizam parti itu.
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, MCA perlu berani mempertaruhkan Tiong Lai memandangkan tokoh tersebut dilihat paling layak kerana memiliki kredibiliti dan mesra rakyat.
Meskipun mengakui Anwar mempunyai pengaruh serta sudah teruji dalam banyak pilihan raya, tetapi jika Tiong Lai menjadi lawannya nanti, tidak mudah bagi Ketua Pembangkang itu untuk menang kerana MCA mempunyai pengaruh tersendiri di Kajang.
“Syaratnya MCA perlu masuk gelanggang dengan strategi untuk menang. Jangan jadikan pilihan raya kecil ini hanya pelengkap acara. Jadikan peluang ini sebagai batu loncatan kepada MCA untuk membuktikan bahawa parti itu sudah berubah dan bersedia untuk memberi khidmat terbaik.
“Calon mestilah tokoh nasional. Maka, individu paling layak ialah Tiong Lai sendiri kerana beliau mempunyai kredibiliti dan bersikap mesra rakyat. Sebagai Presiden MCA yang baharu inilah peluang untuk beliau menguji pengaruhnya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pilihan Raya Kecil DUN Kajang terpaksa diadakan semula hanya tujuh bulan selepas pilihan raya umum disebabkan tindakan bekas wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh meletak jawatan tanpa sebarang alasan bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding.
Dalam pada itu, Mohamed Mustafa berkata, Tiong Lai perlu mencontohi jiwa besar bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang menolak kerusi selamat dan memilih menentang Penasihat DAP, Lim Kit Siang di Gelang Patah demi kebaikan Barisan Nasional (BN).
“Jika Abdul Ghani berani menentang Kit Siang meskipun mengetahui sentimen pengundi Cina ketika itu, sikap sama perlu Tiong Lai tunjukkan. Ketika ini beliau bukan menteri dan sebarang keputusan jika tidak berpihak kepada BN tidak menjejaskan kedudukan sebagai ahli Parlimen.
“Sebaliknya, jika kejutan berjaya dilakukan, Tiong Lai akan disanjung dan diiktiraf sebagai Presiden MCA yang bukan sahaja berjaya menggagalkan cita-cita besar Anwar, tetapi apa yang lebih penting mentransformasikan semula MCA menjadi sebuah parti yang berpengaruh," katanya.
Mengenai gerak kerja kempen, Mohamed Mustafa menjelaskan, MCA perlu menggembleng sepenuh kekuatan termasuk menggunakan kepakaran serta pengaruh bekas-bekas presidennya yang masih aktif dan diterima baik rakyat seperti Datuk Seri Ong Ka Ting.
Pada masa sama, kata beliau, bekas-bekas Presiden MCA juga perlu mencontohi sifat terpuji bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang terus bekerja keras membantu menguatkan kembali UMNO sejak 2008 kerana dalam banyak perkara sentuhan veteran masih relevan.