Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

30 April 2014

HUDUD : Hanya Umno sahaja yang sokong Pas


MACHANG 25 April - Kerajaan Pas Kelantan menyambut baik kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menegaskan bahawa kerajaan Pusat tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT.
Sambil bersyukur dengan kenyataan itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, perkembangan tersebut amat positif dan diharap akan dapat memberikan laluan yang lebih mudah kepada Pas untuk melaksanakan hukum hudud di negeri ini.
"Pas harap kenyataan Perdana Menteri itu akan memudahkan kita apabila membentangkan usul rang undang-undang persendirian pada sidang Dewan Rakyat nanti.
"Kita juga berharap dengan kenyataan Perdana Menteri ini sebagai suatu jaminan bahawa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) terutamanya UMNO akan menyokong Pas apabila usul rang undang-undang itu dibentangkan nanti," katanya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan