Pengikut
wajib tolak
30 Mei 2014
29 Mei 2014
27 Mei 2014
23 Mei 2014
22 Mei 2014
Rafizi Kantoi Akui Menipu Pasal GST Akan Naikkan Harga Barang???
Beliau mengakui 40 barangan keperluan asas termasuk tepung, beras dan gula dikecualikan cukai.
Cuma dasar otak pembohong dia tetap cuba untuk meracuni fikiran rakyaat kononnya barang2 tersebut tetap akan mengalami kenaikan harga walaupun tidak dikenakan GST atas sebab pengangkutan bakal dikenakan cukai gst begitu juga dengan kedai2 makan yang mempunyai perolehan RM 500,000.00 setahun atau lebih. Iaitu lebih kurang RM 42 ribu sebulan.
Apa yang tidak diberitahunya.... Pengangkutan telah sedia dikenakan cukai SST.
Juga warong2 nasi lemak dan nasi campur di tepi2 jalan dan kedai2 makan biasa tidak dikenakan GST.
Juga beliau sengaja melupakan bahawa kedai2 makan franchise seperti Mc Donald, A&W, KFC, Pizza Hut dan restoran2 mewah yang lain sememang nya dikenakan cukai SST sehingga 10% + 5%.
Belajar sekolah tinggi2....Sayang iIlmu yang ada bukan digunakan untuk mengajar orang ramai dan mendapatkan pahala berterusan...."Bertengkek-tengkek" sepatah kata orang nogohri.....sebaliknya digunakan untuk menipu rakyaat....
Cuma dasar otak pembohong dia tetap cuba untuk meracuni fikiran rakyaat kononnya barang2 tersebut tetap akan mengalami kenaikan harga walaupun tidak dikenakan GST atas sebab pengangkutan bakal dikenakan cukai gst begitu juga dengan kedai2 makan yang mempunyai perolehan RM 500,000.00 setahun atau lebih. Iaitu lebih kurang RM 42 ribu sebulan.
Apa yang tidak diberitahunya.... Pengangkutan telah sedia dikenakan cukai SST.
Juga warong2 nasi lemak dan nasi campur di tepi2 jalan dan kedai2 makan biasa tidak dikenakan GST.
Juga beliau sengaja melupakan bahawa kedai2 makan franchise seperti Mc Donald, A&W, KFC, Pizza Hut dan restoran2 mewah yang lain sememang nya dikenakan cukai SST sehingga 10% + 5%.
Belajar sekolah tinggi2....Sayang iIlmu yang ada bukan digunakan untuk mengajar orang ramai dan mendapatkan pahala berterusan...."Bertengkek-tengkek" sepatah kata orang nogohri.....sebaliknya digunakan untuk menipu rakyaat....
21 Mei 2014
19 Mei 2014
16 Mei 2014
14 Mei 2014
12 Mei 2014
09 Mei 2014
Kuala Lumpur, 06 Mei. Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Teresa Kok
Suh Sim semalam mendakwa bahawa Barisan Nasional serta Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi punca kesusahan masyarakat cina
didalam negara ini. Beliau mendakwa segala dasar yang dibawakan oleh BN
yang kononnya telah berjaya membantu kejayaan masyarakat Cina di negara
ini adalah tidak benar.
Beliau menyifatkan bahawa kerajaan BN dan Datuk Seri Najib sengaja
mengabaikan masyarakat cina di negara ini kerana segala dasar yang
dibuat oleh kerajaan adalah sama sekali tidak membantu masyarakat cina.
Beliau juga berkata kerajaan BN serta Datuk Seri Najib tidak berlaku
adil terhadap masyarakat cina dalam pentadbirannya.
Adun Seputih itu mendakwa kerajaan BN menjadi pernyebab pendidikan kaum
cina di negara ini semakin mundur kerana peruntukkan yang disalurkan
tidak adil. Beliau juga mendakwa kekurangan sekolah cina dan juga
kekurangan tenaga pengajar menyebabkan masyarakat cina di negara ini
ketinggalan serta susah untuk mendapatkan pelajaran yang sempurna.
Beliau berkata perkara ini sepatutnya ditangani oleh kerajaan BN sejak
dahulu lagi.
“Najib seharusnya tahu, bahawa hingga ke saat ini, banyak masalah yang
telah lama dihadapi dalam pendidikan masyarakat Cina tidak diselesaikan.
“Dengan peruntukan tidak adil, kekurangan sekolah dan guru-guru. Isu ini
sudah lama dihadapi sekolah-sekolah rendah Cina serta sudah berulang
kali dibangkitkan pimpinan pembangkang, kumpulan dan komuniti Cina.
Namun tidak diselesaikan kerajaan walaupun sudah memegang kuasa selama
beberapa dekad,” katanya dalam satu kenyataan.
Teresa yang pernah beberapa kali ditahan dibawah Akta Hasutan juga
mendakwa isu tersebut menjadi punca masyarakat cina semakin hari semakin
ramai yang mengambil keputusan untuk berhijrah ke luar negara bagi
mendapatkan pendidikan yang lebih sempurna. “Bukan lagi satu rahsia
bahawa faktor utama yang menyebabkan aliran keluar begitu ramai
masyarakat Cina ke luar negara adalah berpunca dari kebimbangan mereka
tentang kekurangan peluang pendidikan adil di institusi pengajian
tinggi."
08 Mei 2014
Berita Panas!! 4 Ahli Parlimen PAS Akan Sertai PKR Hari Ini
Sumber memaklumkan bahawa kerusi Parlimen PKR akan bertambah menjadi 34
setelah 4 orang ahli Parlimen PAS menyertai parti tersebut hari ini bagi
mengelakkan kehilangan faedah sebagai penyokong Pakatan Rakyat di
Parlimen setelah PAS dijangka keluar dari Pakatan Rakyat berhubung isu
hudud yang dibantah hebat oleh PKR dan DAP.
Bagi yang tidak tahu, kebanyakkan ahli Parlimen Pakatan Rakyat diberi
jawatan pengarah dengan bayaran lumayan dalam syarikat-syarikat milik
kerajaan negeri Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.
Aku telah memperolehi nama semua ahli Parlimen berkenaan, tapi atas
sebab-sebab tertentu terpaksa menangguhkan untuk menyiarkan nama-nama
mereka sementara menunggu mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat
(badan tertinggi dalam Pakatan Rakyat), membuat keputusan mengenai
kedudukan PAS petang ini.
Dijangkakan, lebih ramai ahli Parlimen PAS yang lain akan turut
menyertai jejak langkah 4 orang rakan mereka ini terutama dari kalangan
mereka yang berfahaman liberal. Maklum sajalah, bukan semua ahli
Parlimen ini menyokong perlaksanaan hudud yang diputuskan PAS untuk
Kelantan.
Majoriti daripada mereka belum terlibat pun dengan politik ketika
kerajaan PAS Kelantan meluluskan enakmen hudud dan qisas negeri Kelantan
pada tahun 1993. Adalah tidak adil mereka dipaksa untuk menyokong
enakmen undang-undang yang wujud lebih 21 tahun dulu!!
Tapi dalam masa yang sama, mereka juga terikat dengan PAS. Maka itu,
jalan keluar paling baik ialah dengan keluar dari parti tersebut dan
menyertai PKR atau DAP. Jalan itu adalah lebih selamat kerana tidak
perlu menceraikan isteri (lelaki) atau minta cerai (perempuan) dengan
talak tiga seperti yang dipersetujui semasa dilantik menjadi calon dulu,
kalau memilih untuk menjadi ahli parlimen bebas.
Sekurang-kurangnya, DAP dan PKR masih lagi sebahagian dari parti pembangkang serta menentang UMNO.
Apa pun, perkembangan ini adalah cukup menarik untuk dinantikan
bersama-sama. Kita berharap dengan keluarnya PAS dari Pakatan Rakyat
petang ini dan majoriti besar ahli Parlimennya menyertai PKR atau DAP,
dapat menyelesaikan kemelut berkaitan hudud yang seakan tidak nampak
penghujungnya.
07 Mei 2014
Hudud Pas Kelantan tidak sama dengan Hukum Hudud Negara Brunei
BANDAR
SERI BEGAWAN - BRUNEI. Kerajaan Brunei mengharamkan penggunaan 19
perkataan, termasuk ALLAH dan masjid, oleh orang bukan Islam di negara
itu.
Brunei Times melaporkan, pengharaman itu berkuat kuasa bulan ini di bawah Kod Penal Syariah.
Lain-lain
perkataan diharamkan adalah azan, baitullah, al-Quran, fatwa, firman
ALLAH, hadis, haji, hukum syarak, Ilahi, kaabah, kalimah syahadat,
kiblat, imam, mufti, mukmin, solat dan wali.
Pegawai
Undang-Undang Syariah Kanan Unit Undang-Undang Islam Hardifadhillah
Mohd Salleh berkata, Kod Penal Syariah juga diguna pakai kepada bukan
Islam, termasuk kesalahan berzina dengan pasangan Islam, minum arak di
tempat awam dan khalwat dengan pasangan Islam.
“Jika
sabit kesalahan, hukuman adalah denda sehingga B$4,000 (RM10,400)
dan/atau satu tahun penjara. Bagi pesalah zina yang dilakukan oleh
seorang Muslim yang sudah berkahwin dan yang sudah berkahwin tetapi
bukan Islam, kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman rejam sampai mati
jika kesalahan itu dibuktikan oleh pengakuan atau kesaksian empat
saksi,” katanya.
Menurutnya,
mana-mana pihak yang menghasut lelaki atau wanita Islam bercerai atau
tidak menjalankan kewajipan terhadap pasangan masing-masing, boleh
dikenakan denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau penjara setahun.
“Mana-mana
ibu atau bapa beragama Islam yang ikhlas menyerahkan anak mereka
dipelihara oleh orang bukan Islam, boleh dikenakan denda sehingga
B$20,000 (RM52,000) dan atau penjara lima tahun,” katanya.
SINARHARIAN
Langgan:
Catatan (Atom)