Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

22 Ogos 2014

Majlis Syura Pas Tetap Tolak Wan Azizah Calon MB Selangor

 

KUALA TERENGGANU – Pas tidak bersetuju menerima pemimpin wanita sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu, namun keputusan meletakkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah kerana menghormati tahaluf siyasi dalam PR.

Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas Pusat, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh menegaskan, nama Dr Wan Azizah bukan dicadangkan Pas sebaliknya diangkat oleh PR terutama PKR dan DAP dan selaku rakan pakatan, pihaknya menghormati suara majoriti itu dengan tidak menolak nama dicadangkan kedua-dua parti terbabit.

Menurutnya, suara Pas hanya satu pertiga sedangkan dua pertiga lagi adalah suara daripada PKR dan DAP yang perlu diambil kira.

Satu pertiga daripada Pas, satu pertiga daripada PKR dan satu pertiga DAP. Oleh sebab dua parti (PKR dan DAP) itu mencadangkan Dr Wan Azizah ini sebagai calon menteri besar maka dia jadi suara majoriti.

“Tetapi Pas tetap dengan pendirian bahawa kita cadang dua nama, satunya (Dr Wan Azizah) sebab ambil daripada muafakat tersebut, kita tidak tolak kerana itu (suara majoriti) PR tetapi pegangan Pas sebagaimana yang saya tegaskan tadi,” katanya kepada media di Majlis Aidilfitri Pas Terengganu di sini, semalam.

Selain Dr Wan Azizah, Pas turut mencadangkan nama lain iaitu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Berhubung pemilihan wanita sebagai pemimpin, Nik Zawawi memberitahu terdapat dua keadaan dalam Islam berdasarkan wilayah ‘ammah (lingkungan umum) dan wilayah khosoh (lingkungan khas).

Jelasnya, wilayah khosoh seperti pelantikan exco dan wakil rakyat dalam kalangan wanita dibenarkan dalam Islam walaupun ada mazhab tidak membenarkannya seperti Mazhab Hambali.

“Dia tidak benarkan wanita terlibat dalam kepimpinan kerana kelemahan semula jadi.

“Wilayah ‘ammah (pelantikan wanita sebagai pemimpin tertinggi) ini jumhur ulama tolak kerana wanita ini lemah dan apa yang berlaku di dalam tahalluf siyasi ini Majlis Syura Ulama hatta Pas Pusat sendiri kita tidak menerima kepimpinan daripada wanita. Itu perlu kita faham,” katanya.

Mengulas lanjut, pihaknya tiada hak untuk membatalkan keputusan parti lain namun selagi mempunyai ruang membuat keputusan, beliau menegaskan bahawa Pas tetap mengatakan wanita tidak sesuai menjadi menteri besar.

Beliau turut memberitahu Pas telah pun menasihati rakan pakatan terutama PKR berhubung pemilihan wanita berdasarkan kepimpinan Islam, namun pihak tersebut hanya berdiam diri.

Nasihat Pas seolah-olah tidak didengari apabila PKR bersama-sama DAP tetap mencadangkan calon tunggal iaitu Dr Wan Azizah sebagai menteri besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


“Dia masih pertahankan atas nama presiden parti. Jadi, itu di luar bidang kuasa kita dan kita telah bagi kedudukan dalam agama.. dan itu memang kerja kita.

"Dalam PR ini, apa jua keadaan sekalipun kita banyak menasihati. Soal didengari atau tidak adalah isu yang lain. Pada Pas, kita dapat menyempurnakan kewajipan kita,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

20 Ogos 2014

Pendedahan Dokumen Rahsia Langkah Kajang. WAJIB BACA!!!!!

 

 

 

 

 







DR Zuhdi Bakal Dipecat Pas ?

ZUHDI PULAK TIBAI PAS PUSAT , TERLALU IKUT TELUNJUK KEPENTINGAN ANWAR

- Pucuk pimpinan Pas perlu memiliki sikap negarawan dengan meletakkan kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pakatan pembangkang.
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki (gambar) berkata, Pas sebagai sebuah parti Islam sepatutnya berfikir di luar kotak dan bukannya melihat dari sudut pertembungan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) atau antara Pas dan UMNO.
Menurut beliau, kecenderungan pimpinan tertinggi Pas menelaah situasi krisis perebutan jawatan Menteri Besar Selangor dan situasi politik yang lain melalui kerangka pemikiran yang sempit adalah mengejutkan.
"Lebih sembilan bulan kepentingan rakyat Selangor dan kebajikan mereka dikebelakangkan kerana agenda PKR dan peribadi Anwar.
"Mengapa tidak ramai pimpinan pakatan pembangkang yang berani tegur kecenderungan politik PKR dan Anwar yang mementingkan agenda parti dan individu," katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebook beliau hari ini.
Kelmarin, Jawatankuasa Pas Pusat membuat keputusan untuk mencadangkan nama Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Keputusan tersebut mengejutkan banyak pihak kerana ia menolak pendirian Majlis Syura Ulama Pas yang sebelum ini mempertahankan pentadbiran Abdul Khalid.
Mohd. Zuhdi memberitahu, pakatan pembangkang seharusnya memikirkan pula tentang bagaimana mereka boleh berpolitik untuk kepentingan rakyat dan negara.
Beliau menambah, rakyat Selangor telah diheret dalam kemelut politik yang tidak berkesudahan khususnya melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan isu air yang dipolemikkan.
"Akibatnya, kelancaran pentadbiran kerajaan negeri yang disenangi rakyat terganggu dan merencatkan inisiatif pegawai-pegawai kerajaan yang berdedikasi untuk menjaga kepentingan rakyat," ujarnya.
 
Terima Kasih SUMBER

13 Ogos 2014

20140807 Pendedahan Zuhdi mengenai isu Whatsapp

Zaid : Anwar Ibrahim Perlu Mengaku Buat Kesilapan Bodoh

 


PETALING JAYA: Pemimpin PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli perlu mengakui bahawa mereka membuat kesilapan bodoh dalam melancarkan ‘Langkah Kajang’, kata Datuk Zaid Ibrahim.

“Sebaliknya, untuk menyembunyikan sikap tidak bertanggungjawab mereka, mereka melancarkan serangan peribadi (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) yang tidak pernah didengari sebelum ini. Mereka mahu perang pergeseran ini dan memalukannya kepada rakyat menyebabkan beliau melepaskan jawatannya.

“Sesungguhnya ini bukanlah politik matang dan bermoral yang diperkatakan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini – ini adalah sebaliknya. Tetapi ini adalah gaya politik tipikal Anwar dan Rafizi, yang telah menarik banyak sokongan dari DAP akhir-akhir ini,” tulis Zaid dalam blognya, The Zaidgest.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini juga berkata Khalid harus tahu bahawa kedudukannya sebagai menteri besar bergantung kepada berapa banyak sokongan yang mampu diperolehi daripada wakil rakyat Selangor.

Beliau berkata salah satu cara untuk menunjukkan sokongan itu adalah dengan memanggil undi percaya.
“Dalam usaha untuk memberi kesahihan kepada pemerintahannya Khalid kemudiannya terpaksa ke Istana – seperti kebanyakan ahli-ahli politik Malaysia lakukan apabila dalam kesusahan dan berkata Sultan memperkenan beliau meneruskan jawatannya.

“Khalid perlu bersikap ‘gentleman’. Beliau harus berani untuk meminta undi percaya di mana kesahihan dapat ditonjolkan. Jangan tergesa-gesa pergi ke istana untuk mendapatkan bantuan, kerana akhirnya pemimpin hanya boleh membuat tuntutan legitimasi daripada rakyat,” kata Zaid, yang merupakan bekas ahli PKR.

Beliau berkata jika tidak ada kepastian tentang mandat, terutamanya apabila kedua-dua pihak mendakwa mereka mempunyai sokongan rakyat, maka perkara yang betul untuk dilakukan ialah mengadakan pilihan raya yang baharu.

“Jika Anwar lebih menghormati pandangan rakyat Selangor dan sekutu-sekutunya sendiri dalam Pakatan mengenai perkara ini dia tidak akan cuba untuk menggantikan Khalid di pertengahan penggal apabila mandat untuk mentadbir hanya diberikan baru-baru ini pada pilihan raya umum ke-13.

“Jika menyingkirkan Khalid adalah penting kepada kelangsungan politik Pakatan, mintalah PAS meninggalkan Pakatan kerana tidak bersetuju dengan rakan-rakan gabungan mereka. Mengapa memanjangkan perbalahan dalaman yang tidak masuk akal ini?.”

Zaid berkata Khalid dan Anwar perlu menghentikan kemelut ini dan menamatkan persengketaan mereka dengan segera – Mstar


11 Ogos 2014

Jawatan MB Selangor : PAS paling layak jadi MB

Kenapa ultra kiasu sangat marah kepada MB Selangor? Jawapannya, mudah. MB hari ini tidak menguntungkan mereka. Sebab itu, mereka mahu ia segera ditukarkan agar nafsu serakah mereka tercapai.
Sama juga isu Kidex dan Lynas. Kerana mereka begitu menentang? Kerana yang banyak terlibat adalah mereka.
Bina kubur di kawasan berdekatan dengan mereka tidak boleh. Tetapi bina kubur berdekat perumahan Islam tidak mengapa. Pergilah beberapa kawasan negeri Johor. Di situ ada banyak bukti.
Di Masai misalnya, jalan raya terpaksa menjadi bengkok kerana memberi laluan kepada satu dua kubur ultra kiasu tidak ketahuan tuannya. Begitu juga dengan rumah ibadat. Keadaan di Melaka, lagi kelakar. Kenapa jadi sebegini?
Sudah beberapa kali keadaan ini dihadapi oleh umat Islam. Akhirnya semuanya dialihkan bagi laluan pembangunan. Siapa yang lebih bertoleransi dalam semua hal ini?
Apa juga yang melibatkan kepentingan mereka akan ditentang habis-habisan. Tetapi jika kena pada orang Islam, tak de masalah. Mereka buat tidak tahu.
Setakat ini, Selangor telah ditadbirkan dengan baik oleh Khalid, lebih baik dari zaman UMNO lagi. Kenapa mereka begitu marah? Kerana MB hari ini rasional, tidak terlalu berpolitik, tetapi lebih memikirkan kepentingan rakyat. Inilah negarawan yang sebenar, bukan negasawan.
Jikapun diganti dengan calon lain,  sudah tentu calon itu bukan datang dari PKR tetapi adalah PAS. PAS lebih berwibawa dan layak. Kenapa ultra kiasu langsung tidak mencalunkan PAS? Adakah kita masih buta?
Terdapat ramai ADUN-ADUN PAS anak Selangor yang berkaliber untuk menjadi MB Selangor, terutamanya rakan sekampus saya, Salehin Mukyi. Selangor tidak memerlukan orang luar untuk menjadi MB. Lainlah kalau anak-anak Selangor tidak layak.
Kenapa saya berkata sedemikian? Pertama, dari segi bilangan kerusi, kerusi PAS lebih banyak daripada ultra kiasu. Sudah sampai masanya, amanah ini diserahkan kepada PAS. Persoalannya, kenapa ultra kiasu tidak mahu berikan? Mereka tidak pernah percaya kepada PAS. Peliknya, kenapa PAS terlalu mempercayai mereka?
Jangan terlalu bersangka baik, terutama kepada musuh yang sudah jelas menentang Islam. Tidak mustahil jika suatu hari nanti mereka menikam dari belakang.
Jangan banding keadaan di Kedah dan Kelantan. Senario politik dua negeri ini berbeza. PAS sudah lama bertapak di sini. Ikutkan hati, satu kerusipun tidak perlu diberikan kepada ultra kiasu. Tetapi, kenapa PAS masih memberi laluan? Sudah tentu atas nama kawan dan sepakatan. Maka hormatilah keputusan itu.
Kedua, dari segi moral dan akhlak, sudah tentu orang PAS mempunyai lebih kredit. Calon PAS sudah terkenal dengan akhlak mulia dan lebih memenuhi  ciri-ciri kepemimpinan Islam berbanding ultra kiasu.
Kebanyakan ADUN PAS jarang yang kontroversi. Latar belakang mereka baik. Kalau adapun yang sedikit kontroversi, hanya beristeri lebih daripada satu. Hak lain, boleh dikatakan terkawal. Keluarga mereka terjaga. Prinsip perjuangan jelas.
Ketiga, PAS adalah parti yang paling kanan dalam Pakatan ultra kiasu. Parti ini berjaya mentarbiyyah ahlinya supaya jangan terlalu mengejar dunia. Sebab itu, PAS sukar sekali untuk dibeli.
Berbanding dengan parti lain, jika tidak ada dana luar yang membantu, sudah lama ia bungkus.
Tanya parti ultra kiasu, berapa banyak sumbangan yang diterima daripada jutawan mereka? Ini tidak termasuk sumbangan luar. Berbanding PAS, berbekalkan air liur dan semangat ahlinya, PAS survive. Sehingga kini PAS jarang goyah, walau apa jua taufan yang melanda.
Sama ada PAS terkeluar daripada Pakatan atau sokongan pengundi terhakis, bukan saja ia mengancam beberapa MP PAS seperti Parit Buntar, Kota Raja, Sepang, Pokok Sena dan lain-lain, MP ultra kiasu juga akan terjejas seperti Kuala Kedah, Gombak, Pandan dan lain-lain.
Menurut Subky Latif, adakah PAS campur tangan atas urusan rumah tangga PKR? Tidak mudah untuk mengatakan PAS campur tangan dalam urusan parti lain. PAS tidak kisah apabila PKR menggantikan Khalid sebagai ketua PKR Selangor atau pemilihan parti itu tidak menyokong Khalid. Tetapi Menteri Besar adalah urusan bersama. PAS mesti tahu dan dirundingi apabila MB hendak digantikan kerana di bawah MB itu ada exco PAS. Setakat ini keputusan itu adalah sebelah pihak. Ia dimaklumkan saja kepada PAS.
Apabila ultra kiasu menolak percubaan PAS hendak membawa usul persendirian hudud ke Parlimen, maka PAS tetap mengekalkan sikapnya untuk terus dengan Pakatan dan tidak pernah mencerca penolakan itu. Kenapa ultra kiasu begitu bernafsu apabila PAS tidak bersetuju dengan tindakan mereka?
Akhirnya, jika ditakdirkan ultra kiasu berjaya ke Putrajaya, apakah PAS akan diberikan jawatan Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri? Jauh panggang dari api. Ultra kiasu tidak pernah percaya kepada mereka yang memperjuangkan Islam untuk memerintah.
Peliknya, PAS nampak bahaya itu. Kenapa masih berada dalam Pakatan? Inilah realiti politik. Sesuatu yang sukar dijangka...
 

05 Ogos 2014

Pakatan Rakyat Kedah Pecah Belah Gara-Gara Krisis MB Selangor

 


Krisis Pakatan Rakyat (PR) Kedah kini semakin memuncak apabila perang mulut Ketua Penerangan PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dan Ketua Penerangan PKR Kedah, Dr Azman Ismail berhubung kemelut yang menyelebungi PKR Kedah selepas pendedahan pedas di Facebook awal minggu lepas.
Biarpun Azman cuba untuk mempertahankan PKR Kedah namun alasan yang diberikannya tidak sedikit pun mencerminkan kecerdikannya sebagai pemimpin apabila tidak disertakan bukti berbanding pendedahan Muhammad Sanusi sebelum ini.
Ketua Penerangan PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pendedahannya yang dikeluarkan di media sosial itu adalah benar dan berdasarkan pengalaman yang dilaluinya sendiri.
Menurutnya, hanya individu yang mempunyai pengalaman dan merasai keperitan ‘menjaga’ PKR semasa zaman pemerintahan PAS di Kedah mampu menceritakan kebenaran situasi pada ketika itu.
“Ini bukan fiksyen, saya lalui sendiri. Saya tahu segalanya siapa yang lompat parti, sebab apa, dan satu dunia tahu cerita ini.
“Kalau depa (mereka) tak tahu baik duduk diam, jangan cakap kita fiksyen, jangan dok perlekeh kita pula terutama terhadap Presiden PAS.
“Ini baru sedikit saya cerita, ada banyak lagi perkara dalaman yang terjadi melibatkan parti itu (PKR), tapi tidak mengapalah saya tak mahu dedahkan lagi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Muhammad Sanusi yang juga bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah berkata, PKR di negeri ini perlu memperkemaskan parti mereka sebelum membuat teguran atau mengkritik komponen PR yang lain terutama PAS.
“Kalau depa (mereka) matang, pi (pergi) bagi elok dulu parti depa, perkemaskan dulu jentera mereka, bagi ada kredibiliti calon-calon, kemudian baru boleh bertengkar (kritik) dengan parti kita (PAS). Cerita penuh