Pengikut
wajib tolak
30 September 2014
29 September 2014
26 September 2014
EXCO Selangor : Pas dikhianati PKR
Senarai baharu Exco Selangor
- Nik Nazmi Nik Ahmad
- Amirudin Shari
- Dr Daroyah Alwi
- Ganabatirau Veraman
- Datuk Teng Chang Khim
- Ean Yong Hian Wah
- Elizabeth Wong
- Iskandar Abdul Samad
- Dr Ahmad Yunus Hairi
- Zaidy Abdul Talib
Senarai diatas adalah hasil perbincangan Azmin Ali bersama pakatan rakyat. MB Selangor ini menyatakan bahawa speaker dewan akan dibincangkan dengan PAS dan perlantikan akan dilakukan seawal November ini.
- Nik Nazmi Nik Ahmad
- Amirudin Shari
- Dr Daroyah Alwi
- Ganabatirau Veraman
- Datuk Teng Chang Khim
- Ean Yong Hian Wah
- Elizabeth Wong
- Iskandar Abdul Samad
- Dr Ahmad Yunus Hairi
- Zaidy Abdul Talib
Senarai diatas adalah hasil perbincangan Azmin Ali bersama pakatan rakyat. MB Selangor ini menyatakan bahawa speaker dewan akan dibincangkan dengan PAS dan perlantikan akan dilakukan seawal November ini.
24 September 2014
11 September 2014
08 September 2014
Mana pemimpin PAS bila Presiden diserang PKR DAP
Pada saat Anwar melancarkan "Langkah Kajang" tiada sesiapa pun yang
bertempik dan melalak menyalahkan Anwar bertindak secara bersendirian.
Padahalnya, segala yang telah berlaku di Selangor pada hari ini adalah
berpunca daripada Anwar. PAS tidak bersalah dan Naib Ketua Kesatuan
Ulama Dunia juga tidak bersalah. Yang bersalah ialah Anwar Ibrahim -
KETUM PKR.
KUALA LUMPUR 7 Sept. - DAP serta Parti
Keadilan Rakyat (PKR) bertindak 'menyerang' Datuk Seri Abdul Hadi Awang
secara terbuka berikutan pendirian tegas Presiden Pas itu yang menolak
Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.
Malah, beberapa pemimpin DAP khususnya Tony Pua yang diketahui cukup
rapat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bertindak cukup
celupar apabila mempersoal sejauh mana kehebatan Abdul Hadi dengan
mengaitkan kegagalan Pas mempertahankan Terengganu dan Kedah.
Di pihak PKR, 'serangan' ke atas Presiden Pas dimulakan Setiausaha
Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail apabila beliau menyifatkan
sokongan rakyat kepada Pas semakin merosot di bawah pimpinan Abdul Hadi.
Dakwanya, keadaan itu terbukti jika melihat kepada pengaruh Pas di
Terengganu, Kedah dan Perak yang menyaksikan Barisan Nasio-nal (BN)
berjaya merampas kembali pucuk pimpinan negeri. Tidak cukup dengan
Saifuddin, turut sama 'menyerang' Abdul Hadi
ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad apabila
beliau yang baru dianggap setahun jagung dalam dunia politik secara
lantang mengarahkan Pre-siden Pas itu menarik balik kenya-taannya yang
mendakwa Wan Azizah sebagai tidak berkebolehan.
Persoalannya kini apakah akan ada pemimpin-pemimpin kanan Pas selain
daripada kumpulan ulama bangkit mempertahankan Presiden Pas tersebut
yang sedang diserang sebegitu rupa ataupun mereka yang dikenali sebagai
puak 'Anwarinas' itu hanya membisu membiarkan Abdul Hadi keseo-rangan.
Tony Pua menerusi Facebook-nya berkata, kenyataan Abdul Hadi yang
merujuk kepada ketidakupayaan Wan Azizah itu dibuat oleh seorang lelaki
yang gagal mempertahankan Terengganu selepas hanya berupaya untuk
menjadi Menteri Besar negeri itu hanya sepenggal. "Lelaki yang enggan
menggantikan Menteri Besar Kedah (merujuk kepada
Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak) meski pun telah terlantar selama
berbulan-bulan di hospital," katanya yang kemudian mendapat lebih 1,000
sokongan rakan Facebooknya sebagaimana dipetik, hari ini. Tidak cukup
dengan Tony Pua, Naib Pengerusi DAP Selangor, Teng Chang
Khim juga menghangatkan suasana apabila meminta Abdul Hadi menilai
kemampuan beliau sebagai Presiden Pas terlebih dahulu sebelum bertindak
mempersoal kewibawaan Wan Azizah.
"Biar fakta yang bercakap. Abdul Hadi adalah Menteri Besar apabila
Pas kehilangan kuasa di Terengganu dan beliau merupakan Presiden Pas
ketika parti itu hilang kuasa di Kedah. Itu adalah rekod kemampuan
beliau," katanya sinis. Sementara itu, seperti juga Nik Nazmi, Ketua Penerangan Wani-ta PKR,
Azura Aziz juga tampil mengecam Abdul Hadi tetapi beliau bertindak lebih
jauh apabila menyifatkan Presiden Pas tersebut sebagai mengkhianati
pakatan pembangkang. "Siapa dia untuk mengatakan bahawa Wan Azizah tidak mampu? Dia cuba
meletakkan tiga nama daripada Pas dan bukannya apa yang telah
dipersetujui semasa mesyuarat pakatan rakyat. Jika dia tidak berpuas
hati dengan gabung-an pakatan, dia harus meninggalkan parti," katanya. SUMBER
04 September 2014
Kemelut MB Selangor : PKR Derhaka Titah Sultan Selangor
KUALA
LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini
mengeluarkan surat kepada PKR menitahkan parti itu mengemukakan lebih
dua nama bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri
Besar, selain Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Penerimaan surat terbabit disahkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan penjelasan lanjut mengenainya akan dibuat hari ini, selepas ulasan awalnya malam tadi ditarik balik.
Penerimaan surat terbabit disahkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan penjelasan lanjut mengenainya akan dibuat hari ini, selepas ulasan awalnya malam tadi ditarik balik.
03 September 2014
Kemelut MB Selangor : Pas mungkin akan jadi MB
Pesuruhjaya Pas Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, nama-nama wakil rakyat itu dihantar kepada pucuk pimpinan parti untuk dipersetujui sebelum dipersembahkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
"Di peringkat Selangor kita telah serah beberapa nama kepada pusat dan terpulang kepada Pas Pusat nama-nama yang mereka nak berikan kepada Sultan.
"Kita sendiri tidak dimaklumkan siapa calon yang dipilih (oleh Pas Pusat) dan kita terima siapa sahaja yang dicalonkan mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pada 26 Ogos lalu, Sultan Selangor menangguhkan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sehingga menteri besar baharu dilantik.
SUMBER
02 September 2014
Langgan:
Catatan (Atom)