Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

03 Disember 2014

Pemuda UMNO Pulau Pinang cabar Lim Guen Eng

KENYATAAN MEDIA
PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI PULAU PINANG

ISU PERJUDIAN, PELACURAN DAN PUSAT HIBURAN YANG BEROPERASI SECARA HARAM DI PULAU PINANG

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri menyokong kenyataan yang telah dibuat oleh Y.Bhg Datuk Mohd Zaidi semasa berucap di Persidangan Agung UMNO baru baru ini. 
Beliau telah membangkitkan isu penguatkuasaan sebagai isu utama yang menyebabkan Pusat Perjudian, Pelacuran dan Pusat Hiburan masih berleluasa di negeri ini.

Pemuda UMNO Negeri juga ingin mengulangi cabaran Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang. 
Jika beliau berjaya menunjukkan lokasi premis Perjudian, Pelacuran dan Pusat Hiburan, Ketua Menteri Pulau Pinang harus meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Pemuda UMNO juga akan memperlihatkan 5 lagi lokasi pusat sebegini kepada Ketua Menteri dan akan meminta beliau menyahut cabaran Y.Bhg Datuk Zaidi.

Kami menyedari pelbagai usaha telah dilakukan oleh Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mereka komited dalam menjalankan operasi bagi membenteras kegiatan haram itu dan buktinya beberapa serbuan telah dilakukan terhadap premis judi dan Pusat Hiburan sepanjang tahun ini.

Antara kejayaan PDRM dalam membenteras gejala ini ialah pada 22 Nov yang lalu, PDRM telah berjaya memberkas 15 wanita warga asing yang berkhidmat sebagai tukang urut dibeberapa buah Pusat Refleksologi haram di Kawasan Bandar Baru Farlim. Selain daripada itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi telah membuat kenyataan di Bernama yang disiarkan pada 5 November lalu dimana sejumlah 6,771 mesin judi tidak berlesen dirampas dalam operasi polis di negeri ini sejak Januari hingga 31 Okt 2014. Tahniah PDRM Negeri Pulau Pinang.

Ini jelas terbukti kegiatan haram ini benar-benar berlaku di negeri Pulau Pinang yang ditadbir oleh regim DAP dan menjadi persoalan mengapakah pengusaha kegiatan haram ini berani untuk menjalankan perniagaan di negeri ini.

Timbul juga persoalan adakah Ketua Menteri Pulau Pinang tidak pernah mengetahui wujudnya kegiatan haram berkenaan di negeri ini ataupun dia hanya sekadar menutup mata dan sengaja tidak mempedulikan dengan apa yang berlaku disebalik aktiviti di negeri naungannya

Laporan media dan statistik yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negeri itu jelas menunjukkan dakwaan mengenai kegiatan haram itu benar-benar berlaku di negeri ini seperti yang dibangkitkan Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi dan Ketua Menteri Pulau Pinang wajib menarik balik ungkapan ‘penipuan terkeji' yang dilemparkan kepada Datuk Mohd Zaidi.

Dalam usaha membanteras kegiatan haram di negeri ini, Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang bersedia menawarkan kerajasama dengan pihak PDRM untuk menggempur dan melumpuhkan aktiviti perjudian haram, pelacuran dan pusat hiburan haram. Kami bersedia menjadi mata dan telinga kepada pasukan PDRM bagi membanteras aktiviti haram dari terus berleluasa di negeri ini.

Pemuda UMNO bimbang sekiranya kegiatan haram berkenaan tidak dibendung dengan serius ianya akan mencetuskan pelbagai masalah kepada masyarakat

Kami juga menggesa kepada semua masyarakat agar memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk menyalurkan maklumat sekiranya mengetahui berlaku kegiatan haram di mana-mana kawasan di negeri ini.



Rafizal Abd Rahim,
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Negeri Pulau Pinang

2 Disember 2014
                                                                       SUMBER 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan