Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

10 Mac 2015

Tuan Ibrahim Tuan Man Bakal Presiden PAS ?

PAS Kota Baharu Calonkan Tuan Ibrahim Jawatan Presiden PAS
PAS kawasan Kota Baharu mencalonkan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi jawatan Presiden PAS pada Muktamar Tahunan Ke-61 PAS Pusat, Jun depan.
Yang Dipertua PAS kawasan itu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata pencalonan Tuan Ibrahim itu dibuat atas keyakinan bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mempertahankan jawatan presiden pada muktamar berkenaan.
Abdul Hadi yang kelihatan uzur lebih layak dilantik sebagai Mursyidul Am PAS kerana tanggungjawab tersebut lebih ringan berbanding jawatan presiden, kata Wan Abdul Rahim pada sidang media di Kota Baharu, Isnin malam.
Wan Abdul Rahim berkata pencalonan Tuan Ibrahim itu dicapai pada Mesyuarat Agung PAS kawasan Kota Baharu, juga Isnin malam.
Ketua PAS kawasan itu, bagaimanapun berkata bagi jawatan lain seperti timbalan presiden dan naib presiden, pihaknya tidak mengemukakan pencalonan bagi mengelak berlaku kontroversi.
Jawatan Mursyidul Am PAS kosong berikutan penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia akibat kanser prostat pada 12 Feb lepas.
–BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan