Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

07 Februari 2012

Hassan Ali kata PAS Parti ' Pak Turut ' ..

 





TEMERLOH 6 Feb. - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, beliau terpaksa berjuang dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mempertahankan akidah umat Islam apabila Pas tidak mahu memperjuangkan isu tersebut.
Katanya, parti itu yang sebelum ini menjadikan Islam agenda utamanya sejak 50 tahun lalu, kini lebih berminat untuk menduduki Putrajaya daripada berjuang menegakkan hukum Islam.
Jelasnya, Pas sanggup bersekongkol dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP walaupun DAP secara jelas menentang penubuhan negara Islam yang berlandaskan prinsip undang-undang Islam.
"Pas sudah jauh terpesong hingga menjadi parti 'pak turut' kepada DAP dan PKR serta tidak berani berbuat-apa apa sedangkan DAP melakukan pelbagai perkara bertentangan dengan perjuangan Pas.
''Sehubungan itu, saya menyeru umat Islam supaya menyokong perjuangan JATI yang akan ditubuhkan pada 21 Februari ini tanpa mengira fahaman politik. Saya mengalu-alukan mereka yang ingin menyertai JATI walaupun mereka ahli UMNO, Pas, PKR mahupun orang Islam yang berada dalam DAP.
''Perjuangan JATI bukan berasaskan politik tetapi berjuang semata-mata atas nama Islam," katanya ketika berucap pada Majlis Bicara Ummah di Dewan Tun Razak, di sini hari ini.
Menurut Hasan, cita-cita pakatan pembangkang adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah republik dan menghapuskan kuasa Raja-Raja Melayu jika menang Pilihan Raya Umum Ke-13, tidak akan menjadi kenyataan.
Jelasnya, niat mereka untuk mengubah Perlembagaan negara tidak semudah disangka kerana perlu mendapat persetujuan Raja-Raja Melayu terlebih dahulu untuk menghapuskan kuasa Raja dan keistimewaan orang Melayu.
Katanya, Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu jelas termaktub hak keistimewaan orang Melayu dan raja-raja tidak boleh diusik.

02 Februari 2012

Buku Jingga Tak Sesuai di Kedah , Biar Betul Ni..

 

Seorang lagi pemimpin Pas yang mungkin menerima nasib yang sama macam Dato Hassan Ali.



ALOR SETAR 1 Feb. – Datuk Seri Azizan Abdul Razak ternyata tidak gentar dengan kritikan sekutu Pas iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mengenai tindakan beliau tidak mematuhi apa terkandung dalam Buku Jingga yang dikeluarkan pakatan itu.
Ia terbukti apabila hari ini, Menteri Besar Kedah itu secara terbuka berkata, pelaksanaan apa yang terkandung dalam buku itu yang juga manifesto Pakatan Pembangkang bergantung kepada kesesuaian sesuatu negeri.
Sehubungan itu beliau menegaskan, terdapat perkara-perkara dalam buku manifesto berkenaan yang perlu ditangguh pelaksanaannya sehingga suasana mengizinkan dengan mengambil kira keadaan politik dan masyarakat setempat.
“Kita menghormati Buku Jingga tetapi ada benda-benda yang kadang-kadang kita boleh guna sekarang dan yang tak boleh lagi sebab setiap negeri itu ada masalah tertentu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darulaman di sini.
Sebelum ini Azizan dikritik oleh pemimpin kedua-dua parti itu kerana didakwa tidak mematuhi apa yang terkandung dalam Buku Jingga berhubung isu penggantungan lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) baru-baru ini.
Ia memandangkan mereka membuat tafsiran bahawa Azizan yang juga Pengerusi KUIN mengambil tindakan berlandaskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) manakala dalam Buku Jingga dicadang dimansuhkan jika pembangkang memerintah negara.
Mengulas lanjut, Azizan berkata, tindakan tidak mematuhi sebahagian kandungan Buku Jingga bukan bererti beliau menolak buku tersebut tetapi berpendapat janji-janji dalam buku itu lebih sesuai dilaksanakan jika pakatan pembangkang memerintah negara.
“Sebagai contoh, dalam al-Quran, hukum mencuri adalah potong tangan tetapi terdapat juga kes pada zaman dahulu pencuri tak dipotong tangan kerana tahun itu berlaku kebuluran, jadi maknanya tak melaksanakan hukum itu bukan bererti menolak al-Quran tetapi mengambil kira suasana untuk memberi keadilan,” jelasnya.
Justeru, beliau telah menghubungi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pada masa sama akan menghantar pegawainya ke Kuala Lumpur untuk menjelaskan isu penggantungan pelajar KUIN itu kepada Pas Pusat.
Sementara itu, kata Azizan, terserah kepada pucuk pimpinan Pas Pusat sama ada memilih beliau bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 atau sebaliknya.
Pesuruhjaya Pas negeri itu berkata, jika Pas Pusat tidak mahu beliau bertanding lagi menjadi calon pilihan raya maka beliau akan akur dan berhenti daripada memegang jawatan.
“Itu hak Pas Pusat dan pemimpin di atas, kalau tak beri bertanding maka saya berhenti tetapi selagi saya di sini maka saya buat kerja macam biasa,” katanya.