Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

12 Disember 2013

Tiada projek 1MST di Gambang




KUANTAN 11 Dis. - Kerajaan negeri tidak akan membenarkan pelaksanaan projek 1Malaysia Spiritual Tourism City (1MST) yang diuar-uarkan bakal dibina di Gambang di sini.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kerajaan negeri juga telah membatalkan kelulusan tanah yang didakwa sebagai lokasi projek tersebut kepada sebuah syarikat pada 2 Oktober lalu.
Kata beliau, pembatalan itu dibuat kerana syarikat yang diberikan kelulusan iaitu Waras Mekar Sdn. Bhd. (Waras Mekar), tidak memulakan projek pembangunan bercampur melibatkan perumahan dan perniagaan seperti yang dipersetujui selepas dua tahun tanah berkenaan diluluskan.
"Syarikat berkenaan juga tidak menjelaskan bayaran premium tanah sebanyak RM20 juta seperti yang tertakluk di dalam syarat-syarat kelulusan.
"Desas-desus di media sosial yang mengaitkan kejadian banjir besar yang melanda negeri ini dengan kelulusan projek 1MST adalah tidak benar sama sekali.
"Walaupun perkara ini telah dijelaskan beberapa kali, masih ada sesetengah pihak cuba mengaitkannya dengan kejadian banjir," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Adnan berkata, Waras Mekar sebenarnya telah mencari rakan kongsi bagi memulakan projek pembangunan bercampur di Gambang selepas mendapat kelulusan pada Mei 2011.
"Salah sebuah syarikat yang dirundingi Waras Mekar ialah Enchant Acres Sdn. Bhd. (Enchant Acres), dengan tujuan untuk pembangunan bercampur.
"Belumpun apa-apa persetujuan dicapai, Enchant Acres telah membuat iklan untuk mewujudkan 1MST dan menjual lot-lot dengan tujuan mewujudkan satu tanah perkuburan untuk orang-orang bukan Islam khususnya orang Cina," jelasnya.
Katanya, Enchant Acres juga telah mengutip wang daripada bakal pembeli lot-lot kubur dan wujud beberapa unsur penipuan.
"Pihak kerajaan negeri menerima aduan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang bahawa beliau menerima aduan daripada ramai orang yang telah membuat pembayaran membeli lot-lot kubur.
"Ini jelas satu penipuan yang dilakukan oleh Enchant Acres dan pihak Waras Mekar telah pun membuat laporan polis," katanya.

02 Disember 2013

Perkara Yang Perlu Anda Ketahui Apa Yang Terjadi Selepas Jeff Ooi Melafazkan Permohonan Maaf Semalam

 

 

Sejak semalam kita tahu bahawa Jeff Ooi meminta maaf diatas kata-katanya sebelum ini yang menghina kakitangan MPPP dengan panggilan kucing kurap. Permohonan maaf tersebut dibuat majlis konvesyen DAP Pulau Pinang semalam. 
Tetapi ada satu benda yang mungkin anda tidak tahu disebalik permohonan maaf tersebut. Yang dia minta maaf kerana Karpal Singh itu satu hal. Ada lagi satu hal yang mungkin tidak diketahui ramai. 
Sekarang mari RBF beritahu…
Sebaik sahaja Jeff Ooi melafazkan permintaan maafnya semalam, dia telah diboo oleh cina-cina DAP dalam majlis itu. Dia diboo oleh cina-cina DAP dalam majlis tersebut kerana memohon maaf kepada kakitangan MPPP yang berbangsa melayu. 
Itulah wajah sebenar cina-cina DAP. Mereka rasa satu penghinaan apabila orang mereka terpaksa memohon maaf kepada orang melayu. Begitulah tebalnya sikap anti dan benci kepada melayu dikalangan cina-cina DAP. 
Jika mereka sokong tindakan Jeff Ooi memohon maaf untuk menjernihkan keadaan sudah tentu mereka tepuk tangan, bukan mengeboo.
Saya tidak bercakap kosong…saya tidak membuat fitnah…saya menulis berdasarkan bukti yang diberikan pihak mereka sendiri. Lihatlah dibawah….


Ini berita asal yang dikeluarkan malaysiakini tengahari semalam. Saya dah jangka apa yang akan berlaku, sebab itu saya print screen dan simpan. 


Ini komen yang sempat dihantar oleh seorang hamba Allah yang bernama Encik Rbf dalam berita diatas. Nampaknya apa yang saya jangka menjadi kenyataan. Selepas 2-3 jam saya buka balik malaysiakini dan saya lihat berita tersebut telah ditukar tajuk dan kandungannya. Lihat dibawah…


Anda perhatikan yang didalam kotak hitam. Masa dan wartawan yang menulis adalah orang yang sama dengan berita yang disiarkan sebelum itu. Lihat sini
Selama ini malaysiakini mengatakan mereka pelapor berita yang adil, yang saksama, yang beretika dan sebagainya. 
Nah ! 
Sekarang apa cerita ?
Apakah ini beretika ? 
Apa-apa pun malaysiakini telah mengesahkan bagaimana sifat perkauman cina-cina DAP yang begitu tebal, sifat anti melayu yang kuat. Sehinggakan orang mereka minta maaf kepada orang melayu pun kena sorak….kena boo…. 
Terima kasih malaysiakini….
 

Video : Pendedahan Ustaz Kazim memang ahli Pas.