Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

14 September 2009

BONUS...SESUAI KE UNTUK PENJAWAT YANG MENSABOTAJ KERAJAAN?

Ada kalangan kakitangan kerajaan yang bersikap membenci kerajaan dan ada yang sanggup menyertai perarakan anjuran pembangkang.Setengahnya juga ada yang membantah secara diam dengan mengundi pembangkang. Namun, apabila kerajaan membayar bonus atau sebarang sagu hati mereka tidak menolaknya.Malah, MK yakin ada kalangan mereka yang turut mendesak untuk mendapatkan bonus atau saguhati lain.Apakah bagi mereka ‘halal’ mengambil bantuan itu sedangkan mereka menentang dan mensabotaj pelbagai usaha kerajaan bagi memajukan rakyat?Apakah mereka menyumbang kepada kerajaan apabila menjadi penentang dan berusaha menggagalkan sebarang usaha kerajaan?Seramai 860,000 kakitangan awam kumpulan sokongan akan mendapat bantuan khas kewangan membantu mereka menghadapi Aidilfitri dan sesi persekolahan akan datang.Kerajaan mengumumkan , pembayaran bantuan khas kewangan itu sebanyak RM500.Bayaran itu akan dibuat dua kali iaitu RM250 sebelum Aidilfitri dan bakinya pada Disember ini.MK mempersoalkan perkara ini kerana dalam sistem pembayaran bonus atau sagu hati, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mempersoalkan sama ada seseorang itu menentang atau menyokong kerajaan.Sedangkan dalam syarikat swasta, pembayaran bonus dan ex-gratia dibayar mengikut pencapaian seseorang, kecuali bonus yang ditetapkan melalui perjanjian bersama. Yang kurang menyumbang kepada syarikat pastilah mendapat pembayaran kurang.Tetapi tidak dengan kerajaan. Yang malas, ponteng, berniaga di luar, sakit berpanjangan dan yang menentang kerajaan pun mendapat habuan yang sama.Tahun lepas, 2 juta kakitangan awam negara ini menerima bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 dalam pembentangan Bajet 2009 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataannya di Kuala Lumpur baru-baru ini menegaskan implikasi kewangan kepada 860,000 kerajaan bagi bayaran tersebut adalah sebanyak RM430 juta.Keputusan itu diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dalam kumpulan itu terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan persediaan persekolahan hujung tahun ini.Melihat kepada apa yang dilakukan oleh kerajaan ini, wajarkah kerajaan dilihat zalim dan tidak adil?Baru-baru ini, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) merayu kerajaan menimbangkan ‘duit raya’ atau bonus kepada penjawat awam dalam pengumuman Bajet, Oktober ini.Menurut presidennya, Omar Osman, pihaknya bersetuju jika Elaun Sara Hidup (COLA) tidak dapat dinaikkan memandangkan keadaan ekonomi yang lembap ketika ini.“Tetapi tetapi kita harap biarlah dalam musim perayaan nanti kira-kira 1.2 juta penjawat awam di negara ini menikmati ’duit raya’,” katanya.Malah, Omar dilaporkan memberitahu, perbincangan mengenai bonus itu telah diadakan menerusi dalam mesyuarat tertinggi kongres tersebut dan dibincangkan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).Jadi kepada penjawat kerajaan khususnya kepala penentang kerajaan, wajar mereka berfikir sejenak, apakah adil mereka menerima bantuan berkenaan?Memanglah tidak akan nada perkataan terima kasih daripada mereka. Seperti biasa mereka akan mengatakan itu tugas kerajaan untuk menjaga kepentingan kakitangannya.Juga apakah ‘rezeki mereka halal’ apabila mengambil habuan berkenaan?Sedangkan hakikatnya mereka tidak menyumbang secara maksimum malah ada yang mensabotaj pula kepada usaha kerajaan memaju dan menstabilkan negara.Tetapi bagaimana dengan kerajaan negeri yang diperintah pembangkang, apakah mereka juga akan memberikan habuan seperti ini?Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang – apakah mereka akan melakukan sama?

5 ulasan:

  1. Mereka yang menentang tapi gaji,bonus dan apa saja diberi-kebas..ibarat orang berkahwin tapi suami atau isteri tak pernah betul..tapi tak bercerai-cerai pun sebab katanya ada masa baik....macam masa terima bonuslah...

    BalasPadam
  2. Kawan nak tanya Mat Kelubi, kenapa pokok kelubi batang dan daunnya berduri ?

    Dan kawan nak tanya satu lagi, kalau tuan bekerja dengan sebuah syarikat, tuan dibayar gaji kerana bekerja dengan syarikat tersebut, contohnya, tuan kerja dengan Petronas, tetapi tuan mempromosikan minyak Shell kepada orang ramai. Adilkah tuan kepada Petronas yang membayar gaji tuan ?

    Kalau tuan bersikap begitu, bermakna tuan tidak amanah dalam menjalankan tugas. Apa hukumnya orang yang tidak amanah ?

    BalasPadam
  3. terima kasih bro YG

    yang pertama,sebab sebagai pelindung /kekebalan/kejantanan

    yang ke2, memang tak patut la wat mcm tu .kita mencari rezeki halal untuk menanggung anak isteri untuk mencari keredhaan n keberkatan . hukumnya menjadi haram pada seseorang yang tidak amanah yang tidak jujur terhadap kebaikan yang majikan telah bagi.mereka ini dikategorikan sebagai orang yang tak tau bersyukur n tak kenang budi.dalam alquran ada menyebut; yang bermaksud, 'Allah mengajar kita membalas kebaikan orang dengan kebaikan pula '[ Ayat 60, Surah Al Rahman ]

    kesimpulan yang MK nak katakan , klu dah diri tu tak boleh menyokong kerajaan yang memberi kita kerja pakat2 la berenti .

    BalasPadam
  4. terima kasih bro YG

    yang pertama,sebab sebagai pelindung /kekebalan/kejantanan

    yang ke2, memang tak patut la wat mcm tu .kita mencari rezeki halal untuk menanggung anak isteri untuk mencari keredhaan n keberkatan . hukumnya menjadi haram pada seseorang yang tidak amanah yang tidak jujur terhadap kebaikan yang majikan telah bagi.mereka ini dikategorikan sebagai orang yang tak tau bersyukur n tak kenang budi.dalam alquran ada menyebut; yang bermaksud, 'Allah mengajar kita membalas kebaikan orang dengan kebaikan pula '[ Ayat 60, Surah Al Rahman ]. ingatlah 'sesiapa yang tak berterima kasih sesama manusia dia tak mengsyukuri nikmat Allah ' .

    kesimpulan yang MK nak katakan , klu dah diri tu tak boleh menyokong kerajaan yang memberi kita kerja pakat2 la berenti .

    BalasPadam
  5. Salam,
    Sepatutnya yang tidak menyokong kerajaan itu tidak layak bekerja dengan kerajaan dan tak layak mendapat sumbangan hari raya yang dibayar oleh kerajaan. Mereka kuruf nikmat dan tak tahu berterima kasih.

    BalasPadam