Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

04 September 2009

Sultan Selangor titah MB selesai isu Kuil

Mat Kelubi bersyukur kerana Sultan Selangor telah pun menitahkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyelesaikan segera isu cadangan pembinaan kuil di Seksyen 23, Shah Alam.
Penduduk pula sudah tentu mengharapkan Menteri Besar itu segera bertindak mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut agar ia tidak mengganggu-gugat keharmonian hidup mereka.
Isu tersebut tidak boleh dibiarkan berterusan tanpa usaha segera menyelesaikannya kerana ia terdedah dan mudah dieksploitasi oleh pihak-pihak tertentu bagi menimbulkan ketegangan kaum yang akhirnya akan merugikan semua pihak.
Dalam menangani hal ini, apa yang perlu ialah Menteri Besar hendaklah mengambil kira respons penduduk selain pandangan pelbagai pertubuhan terhadap idea pembinaan kuil di situ – yang rata-rata membantah kerana lokasinya tidak sesuai.
Pendekatan itu sudah tentu akan banyak membantu ke arah penyelesaian yang boleh diterima dengan senang hati terutama oleh penduduk di sekitar kawasan berkenaan.
Mat Kelubi cukup yakin menerusi pendekatan yang mengambil kira pandangan masyarakat terbanyak, isu terbabit akan dapat diselesaikan secara baik tanpa menjejaskan keharmonian kaum.

1 ulasan:

  1. Mereka kan sengaja mencipta isu supaya suasana rakyat menjadi tegang. Kerana mereka cari yang sebaliknya.
    Bijaklah Tuanku kalau cepat campur tangan. Sebab bila sampai jadi rusuhan matlamat hujung mereka kedudukan istana juga akan terlibat.

    BalasPadam