Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

12 Januari 2010

Segera gugurkan tuntutan guna kalimah Allah



KINI bola di tangan para pemimpin gereja. Rakyat sedang menunggu reaksi mereka terhadap ketegangan agama ekoran tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh Gereja Roman Katolik.
Mereka perlu membuat keputusan bijak dengan segera. Beberapa pemimpin Kristian sudahpun meluahkan permintaan agar Gereja Roman Katolik mengugurkan tuntutan berkenaan.
Keharmonian dan keamanan negara yang dikecapi selama ini tidak boleh digadaikan. Siapa yang beroleh nikmat jika akhirnya negara ini huru-hara dan sesama penganut agama diselimuti prasangka tebal.
Tentu sekali walaupun kita mengamalkan demokrasi, yang meletakkan kebebasan di tempat istimewa, tetapi ada batas dan hadnya. Ada perkara yang tidak boleh diselesaikan melalui mahkamah, salah satunya ialah soal agama.
Lebih-lebih lagi agama Islam di negara ini sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia mempunyai kedudukan istimewa yang tidak boleh diganggu-gugat terutama sekali yang melibatkan soal akidah dan kesucian Islam.
Agama Islam pula terletak di bawah bidang kuasa Raja-raja Melayu dan perkara berkaitan dengannya tentu sekali tidak wajar dibicarakan di Mahkamah Sivil.
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pun telah memutuskan larangan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain pada Mei 2008. Sebelumnya iaitu 16 Mei 1986, Jemaah Menteri memutuskan empat perkara khusus iaitu kalimah Allah, solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan penggunaannya oleh bukan Islam.
Kebimbangan umat Islam seharusnya difahami kerana sekiranya kalimah Allah dibenarkan digunakan dalam ajaran Kristian, ia mendatangkan pelbagai implikasi membahayakan umat Islam negara ini pada masa depan.
Lebih elok, tidak perlulah ditunggu campur tangan Majlis Raja-raja seperti saranan banyak pihak. Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang disampaikan melalui Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa semalam amat jelas dan tegas.
Titah Sultan Selangor supaya semua pihak di negeri itu berpegang teguh dengan pendirian mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain kecuali Islam mudah untuk difahami.
Sebenarnya, model dialog dengan semangat saling hormat menghormati selama ini terbukti berjaya. Isu sensitif seperti soal tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain yang pernah ditimbulkan sebelum ini, boleh diselesaikan secara dialog.
Dengan dialog, konflik dapat diselesaikan tanpa menimbulkan ketegangan dan kekacauan umum. Tiada tempat ibadat yang dibakar.Tiada siapa yang marah. Tiada siapa yang cedera. Ini kerana, sudah jelas isu ini tidak boleh diselesaikan melalui mahkamah.
Inilah semangat dan pendekatan yang seharusnya diambil oleh pemimpin gereja. Semangat seperti ini setelah menyaksikan reaksi umum, tentu sekali boleh meningkatkan kerukunan dan keselamatan negara serta meredakan ketegangan yang timbul.
Fahamilah suasana di Malaysia. Jangan samakan dengan negara jiran, Indonesia umpamanya yang membenarkan agama lain menggunakan kalimah Allah.
Peringatan tokoh Kristian Sabah, Datuk Clarence Bongkos Malakun yang menyarankan agar tuntutan itu ditarik balik yang kemudian disambut positif oleh banyak pihak, wajar dipertimbangkan segera.
Ingatan beliau: ''Kalau mana-mana pihak menang isu itu di mahkamah, mesti ada satu pihak lagi yang tidak berpuas hati dan isu ini akan berpanjangan. Jalan terbaik ialah gugurkan tuntutan."

Mat Kelubi kata ;

mari kita umat Islam sama2 berdoa agar dibuka hati dilembutkan hati para penganut agama kristian. jangan ikut cara nik aziz doa untuk pecah perut.

1 ulasan:

  1. Bro, kalau nak gugur, gugurlah nangka, jangan tertimpa di dahan pauh.... kalau nak tidur tidurlah mata, jangan terungat orang yang jauh......... sokong desak Herald gugurkan........

    BalasPadam