Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

24 Ogos 2011

Khalid Ibrahim Menderhaka lagi


Kenyataan akhbar Penubuhan Majlis Penasihat Syura

ADALAH saya dititah oleh D.Y.M.M. Sultan Selangor merujuk kepada kenyataan yang terdapat dalam media cetak, media elektronik dan media alternatif pada hari ini 23 Ogos 2011 berhubung dengan Penubuhan Majlis Penasihat Syura oleh Kerajaan Negeri Selangor.

D.Y.M.M. Sultan Selangor amat terkejut dan menitahkan kepada saya membuat penjelasan tentang pendirian Baginda mengenai isu kenyataan tersebut, yang menyatakan D.Y.M.M. Sultan Selangor menitahkan atau mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menubuhkan Majlis Penasihat Syura adalah sama sekali tidak benar.

Apa yang berlaku ialah Y.A.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim, Dato' Menteri Besar Selangor telah menyembah maklum kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor mengenai hasrat beliau untuk memanggil dan berjumpa dengan pihak pengurusan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) bagi mendapatkan penjelasan berhubung dengan isu pemeriksaan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di gereja tersebut pada hari Rabu, 3 Ogos 2011 yang lalu. Beliau bercadang untuk membawa bersama Sahibus Samahah Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor.

D.Y.M.M. Sultan Selangor tidak menghalang hasrat Y.A.B. Dato' Menteri Besar Selangor memanggil pihak gereja bersama-sama dengan Sahibus Samahah Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor, tetapi Baginda menasihatkan supaya Y.A.B. Dato' Menteri Besar Selangor menjemput sekali Sahibus Samahah Timbalan Mufti Selangor untuk memberi nasihat bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan hukum hakam syariah dan tidak menyentuh sama sekali isu pemeriksaan gereja oleh JAIS.

Oleh yang demikian, isu tentang D.Y.M.M. Sultan Selangor menitahkan atau menasihatkan Kerajaan Negeri Selangor menubuhkan Majlis Penasihat Syura adalah tidak benar. Pendirian D.Y.M.M. Sultan Selangor berkaitan dengan Majlis Penasihat Syura ataupun berbentuk dialog berkaitan agama, tidak pernah diperkenankan kerana Negeri Selangor telah mempunyai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Dato' Haji Mohamad Munir Bani

Dato' Lela Bakti Setiausaha Sulit

kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor

Matkelubi : Pastikan rejim ini kalah dalam pilihanraya ke 13...hidup Umno/Bn


23 Ogos 2011

Kelantan dah jadi SERAMBI BUANG BAYI......

Sebuah sekolah menengah agama berasrama di Pasir Pekan, Tumpat Kelantan, gempar apabila seorang pelajarnya melahirkan bayi lelaki dalam tandas asrama sekolah berkenaan semalam.

Kejadian itu disedari kira-kira jam 10 pagi oleh seorang kakitangan sekolah yang terdengar tangisan bayi ketika sedang mengambil keretanya tidak jauh dari asrama itu dan kemudian memanggil rakannya untuk membuat pemeriksaan.

Mereka kemudiannya memeriksa setiap bilik asrama dan terkejut dengan penemuan seorang bayi lelaki masih bertali pusat di hujung kaki seorang pelajar perempuan.

Kalau benda ni berlaku di Melaka atau Pahang.., confirm puak-puak PAS akan belasah UMNO dan kerajaan cukup-cukup..

Tapi malangnya bila benda ni berlaku di Kelantan.., senyap habis puak-puak tu kehilangan kata..

Pengikut-pengikut PAS kata Kelantan adalah serambi Mekah.. Kononnya kat Kelantan tu dihuni oleh manusia yang semuanya baik-baik dan mulia belaka..

Ada jugak artis yang kata Kelantan adalah tempat terbaik untuk belajar jadi umat Islam.., kat negeri lain tak boleh belajar Islam..

So.., bila jadi isu sosial macam ni, pengikut-pengikut PAS termasuklah Nik Aziz mesti akan kata ini adalah salah kerajaan dan UMNO..

Sebab apa? Sebab benda ni jadi di Kelantan.. Mana boleh umat di Kelantan buat perkara jahat.. Tambah-tambah pulak pelajar yang belajar agama...

Ni lah persepsi yang dimainkan oleh Pok ni dan PAS selama ni.. Umat Islam di Kelantan tu bagus dan terpuji sebab berada dibawah pemerintahan Islam PAS..

Padahal.., sama je manusia di Kelantan tu dengan di negeri-negeri lain beb.. Itu realitinya..


http://mediapermatangpauh.blogspot.com/



16 Ogos 2011

Pelik kerajaan Pas nak bina lebuh raya tol


HAIRAN juga saya apabila kerajaan Pas Kelantan akan membina lebuh raya bertol. Adakah Utusan Malaysia melaporkan berita yang tidak benar?

Dalam riuh rendah untuk menghapuskan tol di Lebuh Raya Utara Selatan semasa kempen pilihan raya lepas, kini mereka akan membina lebuh raya bertol pula di Kelantan yang telah ditadbir selama 20 tahun.

Mana slogan Hapuskan Tol yang dilaung-laungkan oleh pemimpin dan penyokong Pas.

Macam mana ini Tok Guru, cakap tak serupa bikin. Negara kebajikan macam mana ini! Buatlah lebuh raya tersebut untuk kebaikan rakyat Kelantan, tapi tak perlulah bayar tol.

Harap Tok Guru dapat keluarkan fatwa mengenai tol pula. Sedikit demi sedikit Pas terpaksa ‘menjilat ludah’ mereka kembali.

FAUZI ASMARA

Guar Chempedak, Kedah

11 Ogos 2011

Kisah 12 Orang Islam di Pemeriksaan JAIS


PENDAHALUAN

kisah ini adalah penjelasan lengkap mengenai operasi pemeriksaan 12 orang islam di gereja yang dijalankan pada 2 ogos 2011 beralamat di dewan 3, damansara utama methodist church (dream center) jalan 13/1,seksyen 13 ,46700 petaling jaya ,selangor de.

LATAR BELAKANG

pemeriksaan dibuar berdasarkan maklumat awam yang mendakwa berlakunya jemputan beberapa orang islam ke majlis berbuka puasa yang dinamakan 'thanksgiving diner program itenary' seperti alamat di atas.

tindakan berdasarkan seksyen 10 enakmen jenayah syariah (negeri selangor) tahun 1955 iaitu menghina atau menyebabkan dipandang hina agama islam.

siasatan juga dibuat mengikut enakmen agama bukan islam (kawalan perkembangan di kalangan orang islam ) negeri selangor tahun 1988.

program ini disyaki bertujuan untuk menyambut orang islam berbuka puasa dan meraikan thanksgiving.

operasi ini disertai oleh 13 pegawai penguatkuasa agama jabatan agama islam selangor dibantu oleh sepasukan polis diraja malaysia seramai 20 orang daripada IPD petaling jaya dan sea park.

PERLAKSANAAN OPERASI

taklimat dibuat di pejabat jais pada jam 8.40 malam

bergerak ke lokasi dan tiba jam 9.30 malam.

tiba di lokasi keadaan di kawasan tersebut adalah tenang dan anggota terus bergerak ke dewan 3.

jam 9.45 anggota masuk ke dewan. 100 orang ada di dalam dewan.

semasa pemeriksaan, kelihatan seorang pemuda telah melakukan pengucapan awam di atas pentas, di depan tetamu yang hadir.

anggota didatangi oleh wanita bernama tag 'sofea' dan meminta anggota membuat perbincangan di luar dewan.

anggota pdrm dan jais yang tela memasuki dewan diminta keluar sambil diberi arahan untuk menghormati majlis tersebut kerana dihadiri oleh beberapa orang kenamaan. selain itu, mereka menyatakan bahawa tempat tersebut adalah tempat persendirian dan mereka mempunyai hak ke atas kawasan.

sedikit pertelingkahan berlaku antara anggota dan penganjur.

anggota telah meminta buku pendaftaran peserta program untuk memeriksa kehadiran orang islam di majlis tersebut. pada awalnya, penganjur memberitahu tiada orang islam hadir di majlis tersebut.

maklumat pendaftaran diperolehi tanpa kerjasama dari penganjur. anggota akhirnya memperolehi tentatif program. terdapat di dalam tentatif tersebut nyanyian lagu 'alhamdulillah dan allahuakbar'.

terdapat juga satu borang kuiz islam yang disyaki diedarkan kepada peserta yang hadir.
sementara itu, anggota yang menjaga ointu dibelakang premis mendapati beberapa orang yang disyaki orang islam cuba dibawa keluar oleh penganjur melalui pintu belakang.

setelah berbincang selama hampir sejam, mereka bersetuju untuk membenarkan pemeriksaan dibuat selepas majlis tamat dan pemeriksaan ke atas individu dibuat selepas peserta keluar dari dewan.

12 ORANG ISLAM YANG DIKENALPASTI

1) nadeane binti che mohd salleh (sofea) .
ic 79xxxx-01-6094

2) muhammad khairul dhillon bin abdullah
ic 69xxxx-08-6039

3) ina reima fitriza binti mahadzir
ic 85xxxx-71-5018

4) ade andrian putra bin mahadzir
ic 94xxxx-02-5609

5) nea reima mareana binti mahadzir
ic 90xxxx-02-5778

6) rasyidah binti abd razak
ic 77xxxx-01-5908

7)nur umrah binti abd razak
ic 95xxxx-01-6002

8) mohd haslan bin bob hasnan
ic 80xxxx-10-5045

9) faridah binti abdul rahman
ic 71xxxx-12-5478

10) nur al ashikin bt shaikh dawood
72xxxx-10-5072

11) faridah bt abdul latep
ic 72xxxx-71-5256

12) sahrunida bt assad
ic 81xxxx-08-6246

terdapat ibu bapa yang beragama islam membawa anak-anak kecil.

ELEMEN YANG MENIMBULKAN SYAK

jemputan secara tertutup walaupun peserta yang ingin hadir itu di kalangan orang yang bukan islam.

peserta islam (3 orang) dibawa keluar jalan belakang secara senyap.

nyanyian 'alhamdulillah dan allahuakbar' dilakukan di tempat yang tidak sepatutnya (gereja).

soalan kuiz islam yang diberikan kepada peserta yang hadir.

majlis tersebut disyaki bertujuan untuk menarik orang islam kerana terdapat ciri-ciri tarikan seperti ;

- bunga manggar diletakkan di pintu masuk dewan.

-baju yang dipakai oleh bukan islam adalah baju kebaya,kebangsaan dan kurung.

-cebisan soalan kuiz yang dikoyakkan oleh penganjur.

-majlis diadakan di premis kristus.

-salah seorang peserta ditanya lisan oleh anggota penguatkuasa berhubung agamanya. jawapannya 'i believe in god'.

FAKTA TAMBAHAN

tiada serbuan dilakukan oleh anggota, sebaliknya rundingan.

(sebarkan fakta in kepada seluruh umat islam di malaysia ) PENTING !

08 Ogos 2011

Ulama Pas Sokong JAIS


Tiada gunanya kewujudan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sekiranya jabatan tersebut tidak dapat melaksanakan tanggung jawabnya mencegah umat Islam di negeri Selangor daripada melakukan perkara bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menyokong sekiranya tindakan JAIS menyerbu gereja di Damansara Utama berdasarkan peraturan dan undang-undang Islam kerana JAIS berhak bertindak sedemikian.

Sebelum berlaku insiden tidak diingini, tindakan itu adalah pencegahan awal sepatutnya dilakukan. Kegiatan berkaitan dengan agama Islam adalah di bawah jabatan agama itu sendiri, dan jikalau JAIS tidak dapat bertindak di atas maklumat yang diberikan orang ramai.

Maka tidak ada guna adanya jabatan berkenaan...!!? Jais bertindak mestilah mendapat maklumat orang ramai, itu adalah peringkat pertama dalam usaha pencegahan. Hendak mendapatkan maklumat daripada polis, itu bukan kerja polis,” katanya.

Umat Islam sepatutnya memilih berada di masjid atau surau untuk bertarawih dan mengerjakan amalan dituntut Allah. Mereka sepatutnya berada di rumah, masjid atau surau. Bukan di rumah ibadat orang bukan Islam kerana itu boleh mendatangkan kecurigaan dan keraguan katanya.

Walaupun diizinkan berbilang agama tetapi sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai agama Islam sebagai: agama rasmi. Ada pihak tidak faham makna kebebasan beragama, sebab itu mengeluarkan kenyataan tidak sepatutnya.

Dalam pada itu, beliau juga menyokong tindakan dan kenyataan Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, Datuk Hasan Ali berhubung isu itu kerana beliau berhak berbuat demikian.


Bersatulah Umat Islam...


Menyambung bicara saya mengenai Ibrahim Ali minggu lalu. Segelintir ultra kiasu dalam parti komponen Barisan Nasional begitu anti dengan beliau. Misalnya, seorang perwakilan dalam Mesyuarat Agong MIC ke 65 membawa seekor katak, bagi tujuan menghina Ibrahim Ali atas tindakannya selama ini. Ini belum termasuk kenyataan Presiden MIC yang baru dilantik menjadi menteri penuh, mengancam akan keluar dari Barisan Nasional (BN) jika BN menerima parti lain yang mewakili masyarakat India. Kadangkala terfikir juga, bolehkah bukan Islam ini dipercayai? Atau mereka hanya mengambil kesempatan sahaja. Maaf, saya tidak kata semua.

Sebelum itu, paderi bergelar Tan Sri yang menyertai rombongan Perdana Menteri ke Rom bagi mewujudkan hubungan diplomatik dengan Pope Benedict XVI Gereja Roman Katolik, sekali lagi mendesak Putrajaya mewujudkan kementerian hal ehwal bukan Islam ekoran hubungan dua hala dengan Vatican.

Pendek kata, suara bukan Islam berlainan bangsa seolah-olah senada. Manakala, umat Islam yang bergelar satu umat, tidak pernah senada. Bergaduh tidak pernah reda. Yang peliknya, bila berhadapan dengan bukan Islam, lembut gigi daripada lidah. Sesama Islam begitu keras sekali pendekatannya.

Persoalan saya, adakah umat Islam yang menjadi minoriti di negara bukan Islam dilayan sebaik ini? Terdapatkah kementerian hal ehwal Islam seperti ini di negara China, India dan negara barat yang lain? Umat Islam tidak kurang ramainya di negara-negara tersebut. Beri betis nak peha. Apa lagi hak bukan Islam yang tidak dipenuhi di negara bertuah ini? Pergilah ke negara lain, lihatlah nasib minoriti dari segi bilangan rumah ibadat mereka, kubur mereka, dan sebagainya, cukuplah untuk membuktikan betapa beruntungnya kita di sini.

Perancangan licik ini amat jelas walaupun penganutnya kurang dari sepuluh peratus. Mereka terus mendesak kerajaan mewujudkan Majlis Antara Agama, berbanding jawatankuasa sedia ada. Jika diwujudkan, pasti mereka akan mendominasi menenggelamkan agama-agama lain yang lebih ramai penganutnya.

Permasalahan yang timbul tidak semesti diselesaikan dengan menubuhkan kementerian bukan Islam seperti yang pernah dikemukakan Mac lalu ekoran penahanan 35,000 kitab Injil versi Bahasa Malaysia oleh Kementerian Dalam Negeri - yang diimport dari Indonesia untuk penganut Kristian.

Orang kuat Kristian itu berkata lagi, mereka mahukan kerajaan membenarkan Katolik meneruskan seminar latihan paderi untuk menggalakkan penganut Kristian-Katolik mendapat pendidikan dan kursus guru selain mewujudkan hubungan dua hala antara institusi agama Islam dan Pontifical Institute for Arabic and Islamic Studies.

Hairan saya, tidak cukup lagikah kemudahan dan kelonggaran yang diberikan selama ini. Setiap hari cuti (ahad) saya lihat, pelbagai aktiviti diadakan di hotel-hotel dan dewan-dewan. Memperlihatkan seolah-olah syurga Kristian berada di sini, bukan di negara-negara barat. Itupun tidak cukup lagi.

Tidak semestinya apabila kerajaan ultra kiasu menubuhkan portfolio majlis eksekutif untuk menjaga isu-isu keagamaan bukan Islam pada Februari tahun ini, maka kita perlu mengikutinya. Sesuatu tindakan perlu berasaskan kepada perlembagaan dan sensitiviti masyarakat setempat terutama pribumi.

Masihkah kita ingat, sebelum ini mereka mendesak supaya ditubuhkan The Interfaith Commission of Malaysia (IFC), tetapi masih belum berjaya. Jika kerajaan tunduk kepada desakan mereka, maka berjayalah perancangan dan misi mereka selama ini yang telahpun tercapai walaupun, badan secara formal belum ditubuhkan.

Tujuannya tidak lain bila ada badan yang sah di sisi undang-undang, mereka mempunya kuasa undang-undang yang boleh mengubah sesetengah agama akibat didesak oleh agama lain. Mari kita saksikan tuntutan mereka yang boleh dikatakan ‘berjaya’ walaupun kononnya badan rasmi belum ditubuhkan.

Pertama, seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharus secara menjadi Islam. Kedua, orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembalikepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan undang-undang. Ketiga, sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendali oleh mahkamah syariah tetapinya dikendali tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

Keempat, tidak perlu dicatatkan dalam kad pengenalan Islam sebagai agama seseorang Muslim. Kelima, Orang bukan Islam tidak perlu memeluk Islam jika ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan murtad jika ingin berkahwin dengan bukan Islam tanpa tindakan undang-undang.

Keenam, pasangan suami isteri yang salah seorangnya memeluk Islam, tidak mempunyai hak jagaan terhadap anak. Ketujuh, kerajaan mesti menyediakan dana mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah ibadat bukan Islam seperti dana untuk masjid. Kelapan, orang bukan Islam mempunyai hak ke atas harta ahli keluargannya yang memeluk Islam (jika meninggal).

Kesembilan, orang bukan Islam boleh menggunakan dan tidak boleh dihalang menggunakan perkataan-perkataan suci dalam Islam. Kesepuluh, bible bahasa Malaysia dan Indonesia mesti dibenarkan diedarkan secara terbuka untuk bacaan umum. Kesebelas, pelajaran agama bukan Islam mesti juga diajar disekolah seperti mana pelajaran Islam. Keduabelas, Program berunsur Islam dalam bahasa ibunda hendaklah ditiadakan. Manakala, program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing

Ketigabelas, orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat hendaklah boleh digunakan untuk keperluan bukan Islam. Keempatbelas, Islam tidak sepatutnya disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah (termasuk doa pagi).

Ringkasnya, belum pun tertubuh kementerian atau badan yang dicadangkan, sebahagian besar 14 permintaan mereka telah terlaksana. Apa lagi yang mereka mahu kalau bukan untuk menjadikan negara ini sebagai medan gerakan mereka kerana kebebasan sebegini tidak lagi terdapat di negara lain.

Kerajaan Malaysia yang sedia ada sudah begitu baik dalam menjaga hak bukan Islam sehingga menenggelam agama rasmi negara. Rumah ibadat bukan Islam sudah melebihi 100,000 buah berbanding 20,000 surau dan masjid, sedangkan bilangan mereka kurang daripada 50 peratus. Apa lagi yang kita mahu?

Ibarat beri betis nak peha, golongan ini tidak pernah berhenti atau berputus asa, dari mendesak dan menuntut, memperlihatkan seolah-olah ada tangan-tangan di luar sana yang mengaturkan semuanya ini. Jika tidak, mana mungkin mereka begitu berani dan bersungguh-sungguh, sedangkan hak dan bahagian mereka telahpun diberikan, sehinggakan kita agak sukar untuk membandingkan antara hak mereka dengan hak istimewa orang Melayu (bumiputera). Apakah lagi hak dan bahagian yang masih tinggal kepada peribumi, biasiswa? UiTM? kuota pembelian rumah? lesen? dan sebagainya? Boleh dikatakan semua telah mendapat bahagiannya, sama ada secara sedar atau tidak! Kenapa kita perlu merasa tergugat apabila diasak dan didesak?

Jawapannya, adalah disebabkan oleh kepentingan kuasa politik dan sentimen kepartian mengatasi segala. Ramai yang beranggapan parti politik adalah alat untuk mendapatkan kuasa. Dengan memegang kuasa, mereka akan mendapat merasai ketenangan dan kesenangan hidup. Mereka lupa bahawa kuasa tidak dapat menguruskan lenanya tidur, kuasa tidak dapat membeli selera makan, kuasa tidak dapat membeli waktu muda dan sebagainya.

Kuasa hanya bersifat sementara kerana yang Maha Berkuasa hanyalah Allah SWT. Allah SWT sahajalah yang akan kekal. Allahlah yang berkuasa memberikan nikmat tidur, selera makan dan sebagainya. Dengan sebab itu Rasulullah SAW mengingatkan supaya kita menggunakan masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum sempit, masa kaya sebelum papa dan masa hidup sebelum mati.

Manusia hanyalah penjaga amanah di muka bumi ini. Dunia ini hanyalah pinjaman. Maka manusia dipertanggungjawabkan menjaga amanah ini. Amanah ini mesti diuruskan dengan baik mengikut petunjuk dan kejadianNya. Jika bumi ini adalah pada asalnya adalah kepunyaan Melayu, makan tonjolkanlah identiti Kemelayuannya. Jangan sampai identiti itu hilang entah ke mana.

Bandingkanlah dengan bumi-bumi yang lain. Identiti dan jatidiri mereka yang Allah SWT anugerahkan tidak pernah hilang, malah semakin kuat mencengkam. Negeri China dengan Kechinaannya, India dengan Keindiaannya, Arab dengan Kearabannya, Siam dengan Kesiamannya, Nyanmar dengan Kenyanmarannya, Amerika dan Keamerikannya dan banyak lagi. Ini bukan bermakna, kita mengenepikan kepentingan agama dan bangsa lain. Tetapi mesti ada sebab Allah mencipta atau menjadikan sesuatu bangsa di sesuatu tempat. Justeru, agama dan identiti bangsa yang tidak bertentang perlu diadunkan agar terpancar identiti mereka supaya tidak tenggelam ditelan zaman.

Sama juga dengan identiti dan jati diri Kemelayuan. Banyak budaya melalui identiti dan jati diri yang terpancar tidak bertentangan dengan Islam seperti soal bahasa, pakaian, seni budaya pergaulan, makanan dan sebagainya. Tetapi di manakah penonjolannya dapat dilihat, di televisyenkah? di radiokah? di papan-papan tandakah? atau di mana-mana yang boleh dilihat!

Nampaknya, semakin sukar untuk dijumpai. Ada Dewan Bahasa dan Pustaka, peranannya tidak dimartabatkan. Kita terlalu sibuk dengan bahasa Inggeris. Usahlah dibincangkan bahasa al-Quran. Di televisyen dan radio, seolah-olah menjadi milik setiap kaum. Begitu juga dengan kemunculan institusi pendidikan yang sedia ada. Semuanya telah dihakmilikkan oleh kaum-kaum yang ada. Setiap kaum membawa haluan masing-masing mengikut identiti dan jati dirinya.

Lebih malang lagi, institusi yang diterajui oleh orang Islam sendiri tidak berjaya mempamerkan identiti dan jati diri tersebut. Misalnya, stesen penyiaran kita? Identiti dan jati diri apakah yang ditonjolkan yang menjadi tontontan anak kita seharian? Kita lebih terpengaruh dengan cara dan gaya hidup barat. Akhirnya, sebuah negara yang asalnya beridentitikan satu bangsa, menjadi caca merba. Tidak ada arah tuju.

Justeru, sudah sampai masanya kita melihat kembali identiti dan jati diri ini, tanpa menafikan hak orang lain, sebelumnya ianya hilang dan pupus begitu sahaja. Apabila sesuatu itu telah hilang dan pupus, amat sukar untuk dikembalikan. Hari ini, kita diasak dan didesak, semua perancangan ini bertujuan untuk menghilangkan identiti dan jati diri itu. Tetapi kita masih buta. Perebutan kuasa telah membutakan kita semua. Kita seolah-olah mengikut telunjuk orang lain. Akibatnya kaduk naik junjung. Bayangkanlah jika wujudnya sebuah kementerian hal ehwal bukan Islam, dapatkah kita bayangkan apa yang akan terjadi?