Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

14 November 2011

Pembangkang haramjadah kepanasan... Semakin ramai rakyat Malaysia sokong Kedai Rakyat 1Malaysia.

 KEDAI Rakyat 1Malaysia (KR1M) dicetuskan oleh kerajaan bertujuan untuk meringankan beban rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dalam berdepan dengan kenaikan harga barangan keperluan yang merupakan fenomena sejagat.

Kaedahnya, KR1M menawarkan barangan keperluan pada harga lebih murah daripada apa yang ditawarkan oleh premis perniagaan lain. Sasarannya, sesuatu produk KR1M dijual 30 hingga 50 peratus lebih murah berbanding harga produk serupa tetapi berjenama.

Setahu MK, rakyat terbanyak amat mengalu-alukan kewujudan kedai alternatif tersebut kerana mereka boleh berjimat ketika berbelanja. Mereka kini mempunyai pilihan.

Oleh itu, ramai yang menyuarakan pandangan supaya KR1M diperbanyakkan lagi supaya ia memanfaatkan rakyat di banyak kawasan.

Dari segi persaingan, secara tidak langsung, ia akan mengimbangi harga barangan yang ditawarkan oleh premis-premis lain. Jika KR1M sudah banyak dan meluas, ia sudah tentu dapat mengawal sikap sesetengah peniaga daripada sikap menaikkan harga barangan sesuka hati, tanpa asas yang kukuh. Itu semua baik untuk rakyat selaku pengguna.

Jika KR1M dilihat sebagai satu cara untuk membantu rakyat, janganlah ada pula usaha untuk menggagalkan usaha murni kerajaan itu. Elaklah daripada mempolitikkan kewujudan kedai rakyat tersebut.

1 ulasan:

  1. pembangkang dah abis isu nak serang kerajaan..mereka terdesak nk memerintah sangat

    BalasPadam