Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

08 Ogos 2012

Undi Cina Hilang Kalau Hudud Dilaksanakan


BANYAK pihak mengakui bahawa undi cina akan menjadi faktor penentu dalam pilihanraya akan datang.  Bukti kepada kenyataan tersebut boleh dilihat dalam pilihanraya Bukit Gantang pada 2009 bila lebih 2,000 undi dari kawasan Kuala Sepetang (100% cina) memihak kepada PAS.
Seterusnya membolehkan Datuk Seri Nizar Jamaludin menang dalam pilihanraya tersebut.
Keadaan itu dijangka berterusan dalam pilihanraya umum akan datang.  Pakatan Rakyat dijangka menang di kawasan yang mempunyai pecahan pengundi seimbang antara Melayu dan bukan Melayu, lebih baik lagi  

kalau bukan Melayu itu dikuasai kaum cina.
Pendek kata undi cina penting, malah kalau tidak keterlaluan untuk disebut disini, sangat-sangat penting dalam memastikan kelancaran laluan ke Putrajaya.
Tapi sekarang ramai orang bimbang bila PAS mula bercakap soal hudud, bukan setakat bercakap malah berjanji mahu melaksanakannya kalau Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih kerajaan persekutuan.
Soal hudud ini sudah terbukti di tolak di kalangan orang cina, usah kata nak bersetuju menyokong, kelihatan menyokong saja pun sudah boleh menyebabkan masalah yang lebih besar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan