Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

16 November 2012

Beranikah PAS Laksanakan Hudud

Karpal: DAP tidak pernah setuju dengan hudud

16 November 2012
Karpal Singh
Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh
 
KUALA LUMPUR -  DAP hari ini menegaskan ia tidak pernah bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud di negara ini.
Pengerusinya Karpal Singh berkata berkata kedudukan parti itu mengenai isu hudud tidak boleh dikaitkan dengan sebarang kompromi dan ia adalah dasar kepada kewujudan parti itu.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib semalam bahawa pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju dengan pelaksanaan hudud sekiranya mereka dapat membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13.
"Kenyataan Harun adalah nakal dan jauh menyimpang dari kebenaran," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut membidas Harun yang berkata PAS telah menjelaskan pandangannya dengan DAP beberapa kali apabila kedua-dua parti duduk bertukar pendapat.
"Sudah tentu saya sentiasa tidak bersetuju dan telah memberi sebab secara terbuka dengan berkata demikian berdasarkan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan interpretasi peruntukan-peruntukan tersebut oleh mahkamah tertinggi di negara ini," katanya.- Bernama

15 November 2012

Sultan Pahang dukacita kenyataan Nurul Izzah



Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah meluahkan rasa kecewa dan dukacitanya terhadap kenyataan seorang pemimpin pembangkang mengenai isu kebebasan beragama rakyat termasuk orang Melayu baru-baru ini.
  
Menyifatkan kenyataan itu sebagai mengarut dan tidak masuk akal, baginda juga kesal dengan pihak terbabit yang terlalu lantang bercakap mengenai agama tanpa memperhalusi kesannya kepada masyarakat terutama umat Islam.
  
"Sebagai ketua agama Islam dan pemerintah negeri Pahang saya berasa sedih, dukacita (dengan kenyataan itu). Kita tidak boleh terlampau lantang sangat sebut pasal agama ini.
  
"Saya nasihatkan agar rakyat tidak mendengar cakap-cakap sebegitu dan perlu memikirkan perkara itu dengan sehalus-halusnya," titah baginda kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri, di sini hari ini.
  
Baginda bertitah sebagai seorang Islam, kenyataan berkaitan agama Islam tidak boleh dibuat sesuka hati tanpa merujuk kepada pihak yang lebih arif.
"Tidak semestinya orang yang mahir tentang Islam boleh bercakap mengenai Islam, saya juga mahir dan boleh juga bercakap mengenai Islam tapi kita ada majlis agama Islam, ulama kita semua bijak bistari, sebab itu saya tak berani bercakap," titah baginda.
  
"Saya sayang agama saya. Kita kena sanjung agama kita setinggi-tingginya dan jaga dengan sepenuh hati. Dalam Perlembagaan turut menyebut bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara ini," titahnya.
  
Pada 3 Nov lepas, portal berita Malaysiakini melaporkan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sebagai berkata rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.
  
"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," kata Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.
  
Beliau berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?', di Subang Jaya pada 3 Nov.
  
Dalam pada itu Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman menasihatkan umat Islam agar berhati-hati dengan pihak dan kenyataan sedemikian yang boleh membawa kepada penyelewengan dan merosakkkan akidah umat Islam.
  
"Jangan ikut kehendak pemikiran yang boleh merosakkan akidah...ini salah satu usaha yang dilakukan oleh musuh Islam yang suka hendak menyeleweng akidah umat Islam dengan cara meragukan orang Islam dengan pemikiran yang menyimpang (dari ajaran Islam sebenar)," katanya.
Sementara itu di KUALA LUMPUR, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata kenyataan Nurul Izzah merupakan titik hitam dalam sejarah negara kerana boleh mencetuskan kecelaruan dan memesongkan akidah umat Islam.
Beliau berkata kenyataan tersebut turut menjerat Pas sebagai rakan sekutu pakatan pembangkang yang terpaksa bersetuju dengan kenyataan Naib Presiden PKR itu meskipun sedar hujahnya terpesong daripada ajaran Islam.
"Saya percaya bahawa secara peribadi ramai pemimpin dan ahli Pas memang tidak bersetuju dengan pandangan Nurul Izzah. Tetapi mereka terjerat, oleh kerana politik mereka sanggup menggadaikan pendapat sebenar yang sepatutnya disuarakan dan mereka tidak ada keberanian untuk suarakan pendapat sendiri," katanya kepada pemberita selepas melawat kelahiran bayi Maal Hijrah, di sini hari ini.
Beliau berkata Wanita Umno juga mendesak pasangan pemimpin parti PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail agar menyatakan pendirian berhubung kenyataan anak sulung mereka itu.
Selain itu, Wanita Umno juga menyokong penuh titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris agar agama Islam tidak boleh dicapur aduk dengan politik kerana boleh mengeliru dan memecah belah masyarakat Melayu.- Bernama

04 November 2012

PANAS: @N_IZZAH SOKONG ORANG ISLAM MURTAD!!


 
DALAM MalaysiaKini versi English, Nurul Izzah menyokong kebebasan beragama dan orang Islam juga boleh pilih agama yang mereka suka selepas sampai umur yang sesuai. Apakah???
“Tiada desakan dalam beragama...mana boleh kita kata ‘maaf ini (kebebasan beragama) hanya untuk bukan Islam sahaja’, ia seharusnya dilaksanakan sama rata,” katanya ketika menjadi panel forum'Islamic State: Which version; Who’s responsibility?’ anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang hari ini.
Memang benar tak ada desakan dalam beragama seperti yang diutarakan oleh Nurul Izzah namun sebagai umat Islam, kau tak payah nak tunjuk hebatlah nak tukar perlembagaan Malaysia.

Mana ularmak PAS, PKR yang dulu lantak mengatakan BN punca ramai umat Islam murtad? Apsal kali ni korang senyap bila anak kepada si peliwat bercakap dan menyokong MURTAD??

Apa dah dibisukan dengan duit ke? Anwar dah liwat korang satu persatu ke?

Jangan bias. Ini tentang Islam dan Melayu. Jika tiada Islam maka Malaysia akan hancur dan Melayu akan merempat di bumi sendiri.

Kalau dah bapak sokong LGBT sebab dia memang si peliwat. Kali ni si anak sokong MURTAD!! Adakah Nurul Izzah ni dah murtad??

01 November 2012

Minyak Pahang: Nik Aziz Yang Bermimpi, Pahang Dapat Dulu




PicsIn_1351684245818

INILAH yang dikatakan takdir.

Dikala tua kutuk Nik Aziz dan kuncu-kuncunya sibuk memperjuangkan royalti minyak untuk Kelantan (walhal tidak layak), negeri berjiran dengannya, Pahang pula yang mendapat rahmat dari Allah swt setelah telaga minyak yang baru dijumpai di luar 3 batu nautika daripada pantai negeri tersebut.
Pengumuman yang dibuat Perdana Menteri kelmarin membuktikan bahawa rezeki ini adalah kerja Allah swt, yang beria-ia sangat berarak dan berkonvoi kononnya menuntut itu sangat buat apa, macam orang tak percaya Qada & Qadar.
Walaupun jumlah pengeluaran minyak di kawasan tersebut secara relatifnya kecil (64 juta tong sahaja), tapi ia cukup untuk menambah RM 100 juta dalam pendapatan kerajaan negeri Pahang, yang kemudiannya akan melimpah kepada rakyat yang dibawah.
Dan jangan lupa, masih ada lagi bahagian yang belum diteroka di kawasan tersebut, siapa tahu mungkin ada banyak lagi simpana minyak yang menanti untuk dibawa keluar.
Peristiwa ini sebenarnya mengingatkan penulis tentang sejarah silam perubahan kerajaan di Perak, dari Pakatan harami ini kepada Barisan Nasional semula kira-kira 4 tahun lepas.
Situasinya berbeza, tapi ironinya sama.
Waktu itu, dalam sibuk-sibuk Anwar mencanangkan ada ahli Parlimen BN yang mahu melompat parti (termasuk seorang ADUN dari Perak yang confirm masuk PKR), 3 ADUN Pakatan haram Perak mengisytiharkan diri sebagai ADUN Bebas tapi pro BN.
Inilah cantiknya takdir Allah swt, mahu memberi petunjuk kepada umatnya – mana-mana yang nak sedarlah; bahawa tempoh 11 bulan berada dibawah pentadbiran DAP (bermenteri Besarkan Nizar) tidak membawa rakyat Perak ke jalan yang betul, melainkan menjadi hamba kepada puak-puak kiasu ini.
Yang berarak, berdemo dan sebagainya Kelantan (sebut PAS), tapi yang tak semena-mena mendapat hasil dari penemuan minyak ini, ialah Pahang (sebut UMNO).  Inilah namanya rahmat yang dilimpahkan Allah swt kepada kerajaan BN sebab kita semua tahu proses penemuan telaga minyak bukan seperti menggali telaga air.
Ia memakan masa dan tenaga manusia yang banyak dan panjang, maklumlah lokasinya terletak berkilo-kilo meter di bawah dasar laut.
Harapannya, janganlah pulak Kelantan dakwa dia ada saham dalam penemuan terbaru di Pahang ini.  Atau paling tidak membantah pembinaan projek seumpama RAPID di Johor untuk mendaratkan hasil minyak itu nanti.
Tak payah bising-bisinglah, kata percaya rezeki datang dari Allah swt, berserah sajalah, nak bising-bising buat apa?