Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

16 Julai 2014

Solat dua imam .. Apa dah jadi

Pas akan sembah derhaka sekali lagi

SEGALA puji bagi Allah SWT, Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi kita Muhamad SAW.

Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, beta dapat hadir ke majlis perasmian masjid dan berjumpa serta berbuka puasa dan menunaikan solat tarawih dengan rakyat bela di daerah ini.

Beta bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana negara Malaysia dan negeri Selangor yang kita kasihi ini adalah dalam keadaan aman dan tidak ada kekacauan dan rusuhan, yang mana umat Islam dapat menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadan yang mulia ini dengan aman dan tenteram.

Allah SWT telah menyuruh umat Islam menjalankan kewajipan berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ini dan beramal serta menjalankan kerja-kerja mulia serta menghindari perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT dan agama Islam.

Beta juga bersyukur pada hari ini kita dapat bersama-sama menyambut Nuzul Quran yang mana ini adalah satu peristiwa agung yang perlu diingati iaitu turunnya al-Quran dari Loh Mahfuz ke Baitul Izah di langit dunia dan juga turunnya ayat pertama daripada surah Al-Alaq yang diturunkan dari Baitul Izah kepada Nabi Muhammad SAW, melalui malaikat Jibril dan ia mengambil masa selama 23 tahun untuk menyempurnakan al-Quran yang menjadi panduan kepada umat Islam untuk menjalankan kehidupan didunia ini dan beribadah kepada Allah.

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, beta mengingatkan supaya orang Melayu umat Islam janganlah berbalah antara satu sama lain sebaliknya orang Melayu umat Islam, haruslah bersatu padu dan bermuafakat.

Orang Melayu umat Islam jangan fitnah-memfitnah, mencaci dan menuduh antara satu sama lain serta membuat cerita-cerita yang tidak benar hingga menimbulkan perasaan syak wasangka dan seterusnya akan mencetuskan permusuhan antara sesama orang Melayu umat Islam dan akan mengakibatkan kerugian kepada generasi kita di masa depan.

Perpecahan orang Melayu akan merugikan orang Melayu sendiri, baik hari ini ataupun untuk generasi akan datang. Orang Melayu mestilah bersatu padu dan mengukuhkan bangsa Melayu serta agama Islam agar tidak diperlekehkan.

Beta percaya seandainya orang Melayu tidak mahu bersatu padu, nescaya di satu hari nanti tragedi akan menimpa orang Melayu yang mana orang Melayu akan menjadi satu bangsa yang kian pupus dan tenggelam ditelan zaman serta akhirnya akan hanya tinggal nama semata-mata.

Adakah kita mahu tragedi sebegini berlaku kepada orang Melayu yang beragama Islam di tanah air kita sendiri? Fikirkanlah siapa yang akan untung dan siapa yang akan rugi.

Selain itu, beta juga amat dukacita dengan golongan ekstremis agama, liberalisasi agama dan juga pluralisme agama yang sedang berleluasa di negara kita.

Ekstremis agama, liberalisasi agama dan pluralisme agama bukan sahaja akan merosakkan akidah umat Islam, malah akan menghancurkan umat Islam di suatu masa nanti.

Ekstremis agama yang beta maksudkan adalah golongan ekstremis yang sering mencetuskan keganasan tanpa batasan, manakala liberalisasi agama adalah golongan yang mengamalkan budaya seperti LGBT yang secara terang-terangan melanggar akidah umat Islam.

Pluralisme agama pula adalah mereka yang berpendapat semua agama termasuk agama Islam adalah sama dan tidak ada satu agama pun boleh diberikan kelebihan berbanding agama-agama lain.

Walau bagaimanapun kita perlu akur bahawa agama Islam mempunyai kedudukan yang lebih tinggi kerana ia adalah Agama Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu, semua golongan ini perlu dibendung agar akidah umat Islam terpelihara dan dilindungi. Beta mahu rakyat negeri Selangor mengamalkan agama Islam yang "moderate" mengikut fahaman Ahli Sunah Wal Jamaah.

Dalam pada itu, beta merasa dukacita kerana ada di kalangan ahli politik dan golongan cerdik pandai yang beragama Islam sendiri, tidak melindungi kesucian agama Islam daripada dipermainkan oleh pihak-pihak tertentu.

Sebaliknya mereka lebih mengutamakan agenda politik dan peribadi mereka dengan mengelirukan masyarakat.

Ada di kalangan mereka ini telah dengan berani mempersoalkan kuasa institusi agama Islam seperti Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang selama ini berperanan memastikan kesucian agama Islam dan urus tadbir hal ehwal agama Islam di Selangor.

Beta merujuk kepada petikan laporan akhbar-akhbar utama tanah air pada 18 Jun 2014, yang mana Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad telah mempersoalkan kuasa eksekutif MAIS dan mencadangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menghapuskan kuasa eksekutif MAIS.

Beta amat kesal dan kecewa dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu.

Khalid yang bukannya anak jati Selangor namun telah berpeluang menjadi Ahli Parlimen di Selangor sepatutnya mengambil segala langkah untuk melengkapkan diri untuk memahami sejarah negeri Selangor dan mendalami undang-undang yang terpakai di Selangor terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.

Kenyataan Khalid itu ternyata menunjukkan beliau jahil tentang peranan MAIS yang diwujudkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu beta dalam menjalankan kuasa beta sebagai Ketua Agama Islam di Selangor.

Tindakan Khalid mempersoalkan kuasa MAIS seolah-olah menunjukkan sikap biadab dan penentangan kepada kuasa beta sebagai Ketua Agama Islam yang mendapat nasihat dari pihak MAIS berkenaan agama Islam seperti yang sedia termaktub di bawah undang-undang.

Ini bukan kali pertama Khalid telah mempersoalkan tentang isu berkaitan tentang kuasa eksekutif MAIS dan juga Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dianggapnya sudah lapuk.

Oleh itu, beta menyeru kepada Khalid agar di masa akan datang beliau berwaspada di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan jangan menunjukkan sikap biadab dan jahil beliau apabila membicarakan isu berkaitan dengan kuasa beta dan peranan MAIS di dalam menasihati beta mengenai agama Islam.

Beta ingin mengambil kesempatan di sini untuk menegaskan bahawa MAIS sentiasa menjamin hak dan kebebasan penganut agama lain di dalam mengamalkan agama mereka.

MAIS sentiasa menghormati orang bukan Islam di dalam amalan agama mereka seperti yang telah diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Segala tindakan yang dilakukan oleh MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) adalah bagi memelihara kesucian agama Islam tanpa mengganggu penganut agama lain di dalam menganut agama

Beta sekali lagi menegaskan kepada semua pihak bahawa jangan jadikan agama Islam sebagai modal politik. Kesucian agama Islam perlu sentiasa dipelihara.

Sebagai orang politik seharusnya mereka lebih bertanggungjawab di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan bagi memastikan kesucian agama Islam dan perpaduan umat Islam di negara ini sentiasa terpelihara.

Di bulan yang mulia ini juga beta berkenan supaya semua umat Islam di Selangor ini mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT.

Beta mengingatkan sekali lagi janganlah dijadikan masjid sebagai gelanggang untuk berpolitik dan juga tempat mengadakan demonstrasi yang negatif, baik di dalam atau di kawasan perkarangan masjid.

Masjid dan surau adalah tempat umat Islam dan orang Melayu beribadat dan bertemu bagi mengeratkan silaturrahim antara sesama orang Melayu umat Islam.

Beta mengakhiri ucapan beta ini dengan mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam, semoga amal ibadah kita diterima dan diberkati Allah SWT.

Jadikanlah masjid sebagai tempat yang aman, selesa dan kondusif untuk setiap umat Islam melakukan ibadah dan mendapat keredaan Allah. 
 

11 Julai 2014

Gambar Yang Menyebabkan Anwar Ibrahim Marah Pada Khalid Ibrahim


11 JUL: Kehadiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di majlis berbuka puasa bersama rakyat anjuran Pejabat Pembangunan Persekutuan Selangor di Bukit Jelutong malam tadi mencuri tumpuan ramai.
Apatah lagi kemunculan beliau itu ketika beberapa pemimpin pakatan rakyat Selangor terus mendesaknya melepaskan jawatan Menteri Besar.

Namun, Abdul Khalid langsung tidak tertekan dengan perkara itu sebaliknya cukup mesra dengan pemimpin-pemimpin kerajaan dan UMNO negeri yang hadir di majlis itu.

najibkhalidposa
Khalid turut bergambar bersama-sama Najib

Antaranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pengerusi Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Sebaliknya , malam ini mendapat suntikan moral daripada Perdana Menteri yang mengakui boleh berkerjasama dengan beliau walaupun berbeza fahaman politik.

Menurut Najib: “Walaupun ada perbezaan, kita boleh bekerjasama dalam banyak hal.”

Beliau  turut berterima kasih kepada Abdul Khalid kerana menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat Selangor di  Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong itu.

Kira-kira 2,000 rakyat Selangor menghadiri majlis itu yang disusuli dengan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih.

“(Kehadiran Khalid) ini satu petanda baik, saya kira,” kata Najib.

khalidnoh
Khalid tetap ceria dengan Noh 

Sejak beberapa bulan lepas, Abdul Khalid menerima tekanan daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Hasrat ‘Langkah Kajang’ yang dilihat gagal menjatuhkan Abdul Khalid sebelum ini, kembali berlaku dalam PKR terutama selepas beliau gagal mempertahankan kerusinya sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Selangor pada pemilihan parti itu baru-baru ini.

Abdul Khalid dilantik sebagai Menteri Besar Selangor selepas pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 di negeri itu. –bnbbc.my

09 Julai 2014

13 Mei : Peguam Negara tido ke


KUALA LUMPUR 8 Julai - Bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy kerana mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan yang boleh mengancam keamanan dan keselamatan negara.
Beliau menyelar keras kenyataan Ramasamy itu sambil mengingatkan peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang berlaku antara Melayu dan Cina adalah akibat politik perkauman dan cauvinisme yang diamalkan DAP serta golongan pelampau kaum pada masa itu.
"Ini kerana golongan cauvinis Cina dan pelampau perkauman pada masa itu telah mempersoal serta mencabar hak istimewa orang Melayu di bawah Artikel 153 dan kedudukan Raja-raja Melayu dengan menggunakan slogan Malai-Si (Mati-Melayu) dan ucapan berbentuk hasutan seperti 'Melayu masuk hutan', 'ini negeri Cina sudah control' serta banyak lagi sehingga mengapi-apikan orang Melayu.
"Saya mendesak pihak berkuasa terutama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Peguam Negara supaya lebih agresif dan tegas dalam mengekang dan menguatkuasakan undang-undang bagi mengheret golongan ekstremis serta pelampau agama dan perkauman ke muka pengadilan untuk dikenakan hukuman keras jika sabit kesalahan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ramasamy yang seolah-olah mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membawa kembali peristiwa 13 Mei 1969 ekoran peringatan Muhyiddin bahawa peristiwa rusuhan kaum itu boleh berulang jika perpecahan dalam kalangan rakyat tidak dapat dibendung manakala Perlembagaan negara terus dipersoalkan.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan Ramasamy yang mengatakan beliau tidak takut peristiwa 13 Mei 1969 berulang hanya kenyataan pemimpin politik yang mahu meraih populariti.
"Beliau hanya cakap mahu tunjuk hebat dan berani. Jika beliau benar-benar tidak takut kenapa perlu 'bising' tentang 13 Mei sedangkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya mengingatkan rakyat negara ini mengenai peristiwa itu.
"Reaksi Ramasamy itu sekadar mencari mahu 'makan' dalam bidang politik. Jangan terlalu angkuh, beliau harus ingat di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Memang orang Melayu baik, tetapi pantang Melayu dicabar," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Ibrahim berkata, perbalahan kaum kini sudah menjadi kebiasaan apabila satu kaum mengkritik kaum lain dan perbuatan itu adalah bertentangan dengan adat, budaya dan tatasusila rakyat negara ini.
Jelas beliau, orang Melayu tidak akan memulakan perbalahan tetapi jika orang lain memulakan orang Melayu pasti menyambut.
"Pantang orang Melayu dicabar, kita tidak akan mula dahulu sebab orang Melayu patuh dan hormat undang-undang, tetapi bila orang menjual pasti kita membeli," katanya.

04 Julai 2014

Ahli DAP Hina Islam


kurang ajar !!! 1 lagi posting yang menghina Agama Islam oleh Tan Alfred didedahkan.lelaki ini juga adalah ahli DAP !!! mana saya tau ??? lihat gambar di bawah.pasal isu Azan pun nak memekak kerr ??? Habis tu yang tokong bising kami ni tak marah pun.lain kali jangan kurang ajar sangat !!! Malas nak komen panjang-panjang.jom saksikan bukti Tan Alfred ahli DAP.... KLIK

01 Julai 2014

MB Selangor: Haji Hadi Setuju Tukar MB Lepas Raya


Nampak gayanya rakyat Selangor ‘confirmed’ akan mendapat MB baru dalam
masa yang terdekat ini. Menurut sumber, antara perkara utama yang
dibincangkan Anwar dan Hj Hadi baru-baru ini adalah soal keperluan
mendesak menukar MB Selangor dalam masa yang terdekat.

Anwar mahukan ianya disegerakan. Malahan, minggu pertama Ramadhan mahu
dijadikan batu asas kepada penukaran MB yang akan dilakukan secepat
yang boleh. Anwar juga sudah menyediakan pelan cadangan sekiranya
usaha tersebut mendapat respon negatif pihak Istana. Ada unsur ugut
dan gempak. Hebat.

Haji Hadi mahukan semuanya berlaku selepas Syawal. Haji Hadi
bangkitkan soal jadual kerja MB yang padat sepanjang Ramadhan, yang
mungkin membuatkan tidak manis untuk memecat MB pada waktu yang
begini.

Soalnya, siapa yang mahu diambil alih.

Di atas kertas, apa yang dimahukan adalah Khalid turun sebagai MB. Itu
paling mutlak. Soal siapa yang ambil alih, kurang penting.

Antara cadangan awal:-
1. Wan Azizah (mengikut perancangan awal Kajang Move)
2. Azmin Ali
3. Iskandar Samad (PAS) dengan jawatan Timbalan Menteri Besar
diwujudkan dan diberikan kepada PKR.

DAP tidak ada masalah dengan mana-mana pilihan, tetapi Kak Wan dan
Iskandar mendahului Azmin jauh apabila tinjauan dilakukan di kalangan
pimpinan DAP Selangor.

Charles Santiago
Ean Yong Hian Wah
V. Ganabatirau
Gobind Singh
T. Kannan
Lau Weng San
Lee Ka Hiong
Ng Suee Lim
Ng Sze Han
Philip Tan Choon Swee
Ronnie Liu
Tiew Way Keng
Tony Pua
Hannah Yeoh
Teng Chang Khim

Daripada tinjauan umum di kalangan 15 pimpinan DAP Selangor; Kak Wan
dan Iskandar Samad mencatat keputusan seri 13 undi. Azmin hanya
mendapat 2 undi. Walaupun bukan semua adalah ADUN di Selangor, tapi
suara mereka cukup kuat di Selangor.

Kasihan Khalid. Mangsa keadaan.