PULAU PINANG 17 Dis. – Kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat semakin hampir untuk ‘menyekat’ terus perarakan Maulidur Rasul yang menjadi tradisi sejak lebih 20 tahun di negeri ini apabila menggugurkan acara itu untuk tahun kedua berturut-turut.
Keputusan itu menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim sebagai langkah 'penambahbaikan' oleh kerajaan negeri pada tahun depan.
“Sepatutnya acara perarakan sempena Maulidur Rasul dikekalkan walaupun laluannya tidak ditambah tetapi tidak perlu dipendekkan. Tindakan ini seolah-olah mencabar masyarakat Islam di negara ini dan adakah kerajaan negeri tidak sedar ini negara Islam,” katanya.
Menurutnya, keputusan berkenaan tidak adil kepada orang Islam di negeri ini dan dibuat secara tergesa-gesa dan menunjukkan kerajaan negeri yang tidak sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan membuat keputusan yang tidak matang
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/kerajaan-dap-pulau-pinang-terus-8216-sekat-8217-8232-acara-perarakan-maulidur-rasul-1.37894#sthash.D2A4y7CI.dpuf