Pengikut
wajib tolak
24 Mac 2015
19 Mac 2015
Pemimpin PAS Pecah Amanah?
Kuala Lumpur: Salah seorang pengasas lidah rasmi PAS, Harakah, Ishak Surin mendedahkan selama dua dekad Datuk Mustafa Ali memegang jawatan Pengerusi Harakah, sudah terlalu banyak pembaziran yang dilakukan Setiausaha Agong PAS itu.
“Sehinggakan perjuangan dan imej Islam yang dibawa oleh PAS sedikit sebanyak tercemar,” tambah beliau.
Secara terus terang, Ishak memberitahu, malah Mustafa juga menggunakan wang hasil jualan akhbar Harakah untuk kepentingan dirinya dan keselesaan dirinya sendiri.
“Terlalu banyak pembaziran yang dilakukan oleh Mustafa, sehingga melakukan apa yang tidak perlu dilakukan. Mustafa membazirkan wang hasil jualan akhbar Harakah untuk mengubahsuai biliknya menjadi bilik yang sangat mewah,” katanya dalam satu forum pendedahan bertajuk Harakah Dalam Bahaya, di Gombak.
Ishak yang merupakan Yang Dipertua PAS kawasan Batu turut mempersoalkan apakah kepentingan bilik yang sebegitu mewah di Ibu Pejabat Harakah kepada pengarah urusan kerana menurutnya, permulaan wang jualan akhbar Harakah adalah daripada titik peluh rakyat (ahli) khususnya.
Bukan itu sahaja, Ishak turut melahirkan kekesalannya apabila melihat pihak pengurusan Harakah gagal untuk mengurus wang tersebut dengan baik.
Menurut beliau lagi, jika wang tersebut dikendalikan dengan cara betul, sudah banyak projek-projek yang boleh dilaksanakan untuk parti PAS, malangnya perkara tersebut tidak berlaku.
“Sekiranya wang daripada hasil jualan akhbar Harakah itu digunakan dan diurus secara baik, pastinya Harakah sudah setaraf dengan media rasmi kerajaan iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM), malah PAS sendiri juga pasti mampu untuk memiliki akademi wartawannya sendiri. Tetapi kini apa yang ada?” ujar beliau.
Selain itu, veteren PAS itu juga turut kesal apabila mendapat tahukebajikan kakitangan akhbar Harakah tidak dijaga sebaiknya.
“Gaji kakitangan Harakah tidak dicarum ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Bagaimana perkara ini boleh berlaku, kerana kita sering bercakap soal Islam, tetapi adakah ini gambaran sebuah parti yang membawa perjuangan Islam?
“Atas perkara itu, saya kini dalam usaha untuk menubuhkan satu kesatuan sekerja dalam kalangan kakitangan pekerja akhbar Harakah,” ujarnya lagi.
Ishak secara lantang menyuarakan dan mendesak agar Mustafa meletakkan jawatan sebagai orang nombor satu di dalam akhbar Harakah serta mengembalikan semula pentadbiran Harakah kepada pentadbiran asal.
“Saya mendesak supaya Mustafa Ali berundur dan saya juga yakin beliau akan berundur. Malah saya turut mengharapkan pentadbiran secara korporat dihentikan dan dikembalikan semula cara pentadbiran yang lama iaitu secara berjemaah.
“Sudah terlalu lama Mustafa berada di dalam Harakah, dan dia ingat akhbar Harakah adalah bapa dia yang punya,” ujar beliau lagi. Tidak terhenti di situ, Ishak turut menggesa agar kewangan akhbar Harakah diaudit kerana menurutnya, ia akan membolehkan akar umbi mengetahui pengaliran wang hasil jualan akhbar tersebut.
“Tetapi sehingga kini, kita tidak mengetahuinya. Macam mana nak tahu,kewangan Harakah tidak pernah diaudit walaupun perkara ini sering dibangkitkan dalam muktamar PAS,” tambah beliau.
Menurutnya, walaupun persoalan itu dibangkitkan setiap kali muktamar berlangsung, ia hanya sampai di peringkat pertanyaan sahaja kerana tidak pernah terjawab.
Jelas Ishak lagi, beliau akan menegur mana-mana pemimpin PAS yang disifatkannya sudah lari daripada perjuangan asal PAS iaitu untuk memartabatkan Islam dan membentuk sebuah negara berkebajikan.
“Kalau Mustafa sanggup menjadi pemimpin, maka dia mesti sanggup kena tegur. Ini kerana, sebagai ahli PAS, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menegur pemimpin, “ tegasnya.
Beliau seterusnya mengingatkan ahli PAS mengenai dua perkara yang akan disoal dan dihitung iaitu sewaktu di dunia dan di akhirat kelak.
“Sewaktu di akhirat kelak, akan ditanya jika ahli-ahli PAS menegur pemimpinnya dan jika tidak ditegur, mengapakah tidak ditegur. Adakah takut jawatan akan diturunkan,” tegasnya.
Ishak yang pernah menjadi pengurus Harakah kira-kira dua tahun ketika akhbar itu mula diterbitkan pada tahun 1986 turut menyifatkan kemelut dalam pengurusan akhbar Harakah amat mencemaskan dan ia berpunca oleh perlakuan individu seperti Mustafa.
“Selagi Harakah tidak dibetulkan, kita akan terus menegur kerana kita sayang akhbar Harakah ini,” ujarnya.
Sebelum ini, pihak pengurusan Harakah telah meminta ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman meletakkan jawatan serta menamatkan kontrak dua pengarang kanannya iaitu Tarmizi Md Jam dan Roslan Hamid. -FMT
17 Mac 2015
Penyokong Akar Umbi PAS Sokong Husam Jadi Presiden
Selepas mendapat dua pencalonan, Datuk Husam Musa kini layak mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila PAS Kawasan Batu Sapi, Sabah turut mencalonkannya untuk bertanding jawatan presiden semalam.
Sabtu lepas, PAS kawasan Kota Tinggi, Johor mencalonkan naib presiden PAS itu untuk bertanding jawatan presiden dalam mesyuarat agung mereka.
"PAS Batu Sapi mencalonkan Datuk Husam Musa sebagai presiden," kata Yang Dipertua PAS Batu Sapi Hamzah Abdullah kepada The Malaysian Insider hari ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/husam-layak-cabar-hadi-sebagai-presiden-pas#sthash.BaTvVGP5.dpufHamizul Abdul Hamid • 11 hours ago menarik melihat kesudahannya, mungkinkah Datuk Husam penyelamat PAS?Mukhtar Ahmad • 18 hours ago Kalau nak Pas kuat dan pulihkan balik imej yg merosot teruk, Husamlah orangnya..angelcry • 20 hours ago haaahahaaa.....wa sangat sokong klu dato haji husam cabar tuan presideng dlam muktamar jun ni,dato husam salah 1 orang kepercayaan arwah tuan guru nik aziz...ug ke anwarinas ke yang penting pas kena teguh bersama PR....jangan sokong memebawa rebah......Irfan Mohd Nor • 21 hours ago TGNA dari awal dah bgtau Husam boleh jadi PM, tapi ramai ahli yg buat pekak. It's time for Husam to step up.Wan Rasdi Wan Idris • a day ago Dlm keadaan skrg makin bnyk syaitan-syaitan sdg memainkan peranan.. waspada lah wahai jamaahJomfikir Dato Faris Mohd • 19 hours ago Mereka yang meluat itu adalah mereka yang melanggar Perintah Allah Ayat 59 dalam Surah An-Nisaa'.
aziz • a day ago Pencalonan satu hal... undi grassroots ketika muktamar nanti, hal yg lain pula!?
Nampaknya macam ada satu rancangan jahat dari puak2 Anwarinas dengan mengadakan mesyuarat terlebih awal dan mencalonkan nama lain untuk mencabar TGHH.
Mereka berharap ini akan mencetuskan satu tsunami bagi kawasan2 lain berbuat hal yg sama.
Tapi saya percaya, bila makin banyak mesyuarat diadakan, makin terserlah yg grassroot masih mahukan TGHH menjadi Presiden.intelligence • a day ago Truly Husam Musa can be unifying factor in pas, high probability that pasma will remain in pas. He has shown by his words n actions that nik aziz is right, husam musa is the only prime minister material in pas, if pakatan takes over, high chance husam musa will be pm or tpm of Malaysia. : )Amir Hamzah • a day ago Bolih dikatakan pemilihan yg tepat dan mat sabu tim.nya asal bukan hadi sudah.
Langgan:
Catatan (Atom)