Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

29 Mac 2016

1MDB : Rapiji Sotun menipu lagi


KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menafikan sekeras-kerasnya ia menjadi punca bagi sebarang kelewatan pembayaran kepada anggota angkatan tentera.
Syarikat itu mengulangi pengesahannya pada 21 Mac bahawa semua bayaran kepada Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM), anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) seperti yang terkandung dalam kontrak, dibuat mengikut waktunya dan tidak terdapat tunggakan.
“1MDB merujuk kepada pendedahan Rafizi Ramli (Naib Presiden PKR) hari ini (semalam) tentang apa yang beliau tegaskan kononnya sebagai sedutan daripada Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, yang mengikut kefahaman kami, terletak di bawah Akta Rahsia Rasmi.
“Walaupun 1MDB sebelum ini mengesahkan bahawa ia mengalami ketakpadanan aliran tunai pada 2015, tetapi syarikat ini ingin mengulangi pengesahan yang dibuatnya pada 21 Mac bahawa semua bayaran kepada PPHM seperti yang terkandung dalam kontrak, dibuat mengikut masanya dan tidak berlaku kelewatan pembayaran.
“Begitu juga, 1MDB menafikan sekeras-kerasnya bahawa ia menjadi punca bagi sebarang kelewatan pembayaran kepada anggota angkatan tentera,” kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bernama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan