Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

30 Mac 2016

Miss P Buka Rahsia Sulit Guan Eng


lge-kroni

Miss P atau nama sebenarnya Phang Li Koon pemilik asal banglo di Jalan Pinhorn yang dibeli oleh Lim Guan Eng telah membuka rahsia yang selama ini cuba disembunyikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
‘Kemunculan’ Miss P melalui akuan bersumpahnya yang dibacakan oleh Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh (ADUN DAP Sungai Puyu) menyebabkan orang ramai mula tertanya-tanya siapa Miss P, apa kaitan dengan Phee dan apa kisah sebenar di sebalik insiden tersebut.
Kisah banglo di Jalan Pinhorn, Miss P seumpama satu ketulan ais (tip of the iceberg) yang membongkar satu gambaran besar pentadbiran Setiausaha Agung DAP, Guan Eng di Pulau Pinang.
Ia juga turut membongkarkan kroni-kroni Guan Eng dan aktiviti-aktiviti bawah tanah yang cuba disembunyikan selama ini.
Akarnya di Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC), di mana Tan Sri Dato’ Seri Tan Kok Ping berkuasa sebagai Presiden selama 12 tahun dan menyerahkan Datuk Seri Choot Ewe Seng pada tahun 2012, namun beliau (Kok Ping) dan Dato’ Loh Geok Beng dilantik sebagai Penasihat Eksekutif badan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan