Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

10 Januari 2012

Tersingkirnya Seorang Pejuang Islam.





Pemecatan Hasan sekali gus memenuhi agenda pemimpin-pemimpin tertentu sama ada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas yang mahu menyingkirkan beliau.
Sikap telus Hasan dalam menyatakan kebenaran dan begitu tegas dalam mempertahankan kepentingan orang Melayu, umat Islam dan institusi raja-raja dilihat ancaman kepada usaha pembangkang meraih undi semua golongan.

Selain berusaha menghalang penjualan arak di kedai serbaneka 24 jam di Selangor, Hasan juga adalah penentang kepada gejala murtad di negeri berkenaan apabila bersedia menanggung risiko dengan menghadiri Himpunan Sejuta Umat (Himpun) biar pun ia tidak mendapat restu kepimpinan Pas Pusat.
Tetapi Hasan tidak mempunyai karektor 'pak turut' sebab itulah beliau tegas untuk menentang gejala berkenaan kerana ia berkaitan dengan aliran perjuangannya iaitu Islam.
Begitu juga apabila beliau menentang perhimpunan Bebaskan Anwar 901, ia juga dilakukan atas dasar prinsip kerana kes berkenaan adalah kes peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, oleh itu rakyat termasuk ahli Pas tidak harus diseret ke jalanan.
Bagi Hasan, Pas tidak sepatutnya mengerahkan penyokong parti itu terutama golongan muda turun ke jalanan bagi menyokong Anwar.



Ternyata PKR begitu berkuasa dan Pas tidak mampu melawan, Hasan dipecat yang sekali gus membuktikan bahawa parti itu akur dengan kehendak PKR.
Dan dalam masa yang sama sudah pastilah akan ada pemimpin DAP yang menarik nafas lega kerana di Selangor sekarang tidak ada lagi pemimpin pejuang seperti Hasan.
Ini jelas apabila seorang pemimpin DAP Selangor yang mengulas pemecatan Hasan berkata, ''Diharapkan keadaan akan lebih baik tanpa Hasan Ali''.

09 Januari 2012

Habis Madu Sepah Dibuang.....



Dr. Hasan Ali bersama isterinya ketika berucap mengenai pemecatan beliau di kediamannya di Taman Tun Dr. Ismail, malam tadi.




'Saya dipecat kerana Anwar'

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mengakui terkejut dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat hari ini yang memecatnya daripada parti berkuat kuasa serta-merta.
Beliau menganggap keputusan yang diumumkan oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu sebagai tindakan yang drastik dan berasa sedih kerana perjuangan Islam beliau selama ini dibalas sedemikian rupa.
"Saya akan merujuk kepada sahabat-sahabat dan meminta pandangan daripada teman-teman ulama mengenai tindakan selanjutnya yang patut diambil.
"Saya akan memanggil sidang akhbar dalam masa terdekat untuk menjelaskan lagi kedudukan perkara ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Bagaimanapun dalam satu ucapan di kediamannya di sini malam ini, Dr. Hasan menyifatkan pemecatannya adalah disebabkan komen beliau yang tidak bersetuju dengan Kempen Bebas Anwar 901.
''Apa yang saya komen berkenaan Anwar adalah soal peribadi di mana saya tidak mahu rakyat diheret untuk menjunjung perjuangannya yang kotor itu.
''Paling tidak seronok kerana pemecatan ini disebabkan desakan daripada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali,'' katanya.
Pada Jun tahun lalu, Hasan telah digugurkan daripada jawatan Pesuruhjaya Pas Selangor yang disandangnya sejak tahun 2003 dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak itu telah digantikan ADUN Meru, Dr. Abdul Rani Osman.
Beliau merupakan antara pemimpin Pas yang menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memeriksa Gereja Methodist di Damansara Utama pada Ogos tahun lalu, selain melibatkan diri secara aktif menyokong gerakan Himpunan Sejuta Umat (Himpun) bagi mengekang masalah murtad di kalangan masyarakat Islam.
Baru-baru ini, pandangan beliau dilihat bercanggah dengan pendirian pakatan parti pembangkang apabila menolak perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901 dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.

06 Januari 2012

Hasan Ali: Jangan sertai kempen Bebas Anwar 901



Perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901 Isnin ini tidak perlu disertai dan tidak wajar diadakan kerana tujuannya hanya membabitkan isu peribadi seorang pemimpin, bukannya soal masyarakat, kata bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

“Saya menasihatkan kepada masyarakat terutamanya orang muda janganlah hadir pada perhimpunan tersebut, saya tidak reda melihat anak-anak bangsa melibatkan diri dengan perkara peribadi orang lain.

05 Januari 2012

Bodoh jika sokong 901

 

MK tertarik dengan komen yang diberikan oleh seorang warga singapura tentang perhimpunan 901 ni..

 

Bodoh jika sokong 901

JIKA rakyat Malaysia menyokong seruan pihak pembangkang untuk menyertai perhimpunan Bebaskan Anwar 901, itu adalah suatu perbuatan yang maha bodoh lagi merugikan.
Sebelum ini kita telah lihat bahawa setiap perhimpunan sedemikian hanya mendatangkan kerugian kepada pihak peniaga yang mencari rezeki halal serta menyulitkan pergerakan orang awam yang tidak berdosa.
Seperti yang pernah saya katakan dahulu, kalaulah golongan pembangkang atau si Anwar Ibrahim ini warga atau pemastautin di negara saya Singapura, sudah pasti mereka semua akan segera diberkas dan didakwa kerana mengadakan perhimpunan haram.
Apatah lagi keputusan perbicaraan kes liwatnya di mahkamah masih belum diketahui. Ini boleh dikira sebagai bersikap biadap kerana tidak menghormati mahkamah dan institusi kehakiman.
Kalau Anwar Ibrahim rasa dirinya gah dan hebat, silalah mengadakan perhimpunan tambahan di Singapura tanpa permit dan lihatlah apakah padahnya. 

 ANTI-ANWAR
Singapura

04 Januari 2012

Penduduk Kelantan Berdemo, Nik Aziz Lari Ke Kedutaan Turki


Sepertimana Anwar Ibrahim melarikan diri ke Kedutaan Turki apabila Saiful membuat laporan polis, sahabat baiknya Tuan Guru Nik Aziz juga mengambil cara yang sama lari ke Kedutaan Turki ( hehehe ) apabila rakyat Kelantan berdemo menuntut kerajaan PAS 'Negara Berkebajikan ' menunaikan janjinya.

03 Januari 2012

Keganasan Mahasiswa Robot Menyerang UPSI



Memalukan... Inilah sikap dan perangai yang diasuh oleh pemimpin-pemimpin pembangkang.. Mahasiswa yang sepatutnya belajar untuk menjamin masa depan yang cerah bagi diri dan keluarga menjadi gelap gara-gara hasutan pembangkang..
Memalukan....Mak bapak yang ada anak macam ni..
Memalukan... Kaum lain sibuk belajar,kaum melayu sibuk berdemotrasi..