Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

03 Februari 2015

MCA DAP bergabung hancurkan Melayu ?


Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kenyataannya berkaitan boikot peniaga Cina yang menjadi viral di laman sosial, sebenarnya bertujuan meminta rakyat menggunakan kuasa dan hak mereka sebagai pengguna bagi menekan peniaga yang mengaut keuntungan berlebihan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata, tindakan pemborong dan peniaga yang tidak menurunkan harga barang selepas penurunan harga minyak dilihat seolah-olah satu sabotaj untuk menaikkan kemarahan rakyat kepada kerajaan.
“Bagi saya pengguna tidak harus mengharapkan kepada kerajaan semata-mata untuk lindungi diri mereka dari kenaikan harga tapi perlu gunakan kuasa mereka sebagai pengguna untuk turunkan harga seperti boikot dan sebagainya.
“Pengguna majoriti manakala peniaga adalah minoriti…tentu kuasa majoriti mampu mengatasi suara minoriti,” katanya dalam satu kenyataan menerusi WhatsApp, hari ini.
Katanya, kenyataan berkaitan boikot itu merupakan pandangan peribadinya dan bukan ditujukan kepada semua kaum Cina tetapi kepada semua pemborong dan peniaga yang masih tidak mahu menurunkan harga barang walaupun harga minyak telah diturunkan.
“Tentang Melayu untuk boikot peniaga Cina itu saya respon kepada FB yang mana mereka marah-marah kepada peniaga-peniaga Cina yang degil tidak mahu turunkan harga.
“Jadi prinsipnya sama iaitu mereka majoriti dan gunakan kuasa majoriti dan tidak hanya merungut dan bercakap dalam FB semata-mata,” katanya.
Dalam komennya di laman sosial itu semalam, Ismail Sabri dipetik sebagai berkata: “Maaf saya beri pandangan…selain daripada KPDNKK yang patut gunakan Akta Kawalan Harga & Anti Pencatutan untuk ambil tindakan kepada peniaga yang naikkan harga tanpa sebab munasabah…kuasa yang terbesar ada pada pengguna.
“Majoriti pengguna adalah Melayu. Cina adalah minoriti. Kalau Melayu boikot perniagaan mereka, mereka tentu tiada pilihan untuk turunkan harga”.

21 Januari 2015

Dinasti Lim rompak duit rakyat ?




                                                          SUMBER

16 Januari 2015

K-POP : Anwar Ibrahim kecewa JAWI tidak siasat kes moralnya.

SHAH ALAM: Aksi remaja bertudung yang dipeluk oleh artis K-Pop di sebuah konsert baru-baru ini mendapat perhatian Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila Ketua Pembangkang itu membidas tindakan pihak berkuasa agama yang menjalankan penguatkuasaan terpilih.

Malah, Anwar turut mempertikai tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang bersungguh-sungguh untuk mendakwa anak muda sehingga mahu memohon waran tangkap jika tidak menyerah diri."Saya juga menyarankan agar penguatkuasaan terpilih tidak dilaksanakan Jawi dan badan agama lainnya.

"Jangan gejala berpelukan anak muda berpelukan dikejar, tetapi gejala yang sama kalangan penguasa atasan dan artis tidak ditegur," kata Anwar dalam entri terbaru laman sosial Facebooknya.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga berkata, tindakan mengugut bukan jalan penyelesaian sehingga menimbulkan rasa takut dan kekeliruan.

"Mengasak mereka dengan ugutan hanya mendatangkan resah dan kekeliruan di kalangan mereka.

"Justeru kebijaksanaan dituntut agar mereka didekati dengan pendekatan psikologi yang bijaksana serta berhemah," katanya.

Video anggota kumpulan B1A4 mencium gadis Melayu ketika membuat persembahan di pentas KL Live pada Sabtu lepas di Jalan Sultan Ismail menjadi "viral" di media sosial.‎

Ia mengundang kritikan hebat bukan saja daripada rakyat Malaysia bahkan pemimpin negara tidak kira Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Susulan insiden tersebut, Jawi dalam kenyataannya berkata akan mengambil tindakan dengan menyiasat kes tersebut.

Pengarah Jawi Paimuzi Yahya berkata, kes itu yang akan dibawa ke mahkamah dan sekiranya dapati bersalah, gadis Melayu itu perlu menghadiri sesi kaunseling bersama Jawi.

Beliau memberikan tempoh seminggu kepada gadis terbabit untuk menyerahkan diri atau waran tangkap dikeluarkan.

Sementara itu, penganjur program tersebut, TGM Events dalam reaksi mereka menegaskan tidak akan memberi maklumat berkaitan gadis Melayu yang terlibat dalam video tersebut.