Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

09 September 2009

Pembangkang Perak sedarlah diri sikit!

KEPUTUSAN mahkamah sudah mengesahkan siapa berkuasa di Perak. Perkenan Sultan tidak ada, tapi masih juga bertindak keras kepala. Peraturan mana yang mereka pakai. Bahasa apa lagi yang perlu digunakan supaya benar-benar faham. MK sebagai rakyat malaysia, sudah bosan dengan politik yang berunsurkan keganasan. Tidak habis-habis melanggar undang-undang. Tidak sudah-sudah menimbulkan masalah dalam negeri yang dicintai ini. Rakyat mahu hidup aman dan dapat melaksanakan ibadat puasa dengan aman tanpa keresahan tentang kestabilan negeri.
Janganlah isu sensitif di Selangor hendak dibawa dan dilepaskan dendam dan marah kepada rakyat di Perak, terutama untuk perhatian Sivakumar. Anda bukan lagi speaker DUN Perak. Kalau anda rasa anda ada penyokong, BN juga ramai penyokong. Jadi jangan kerana sikap keras kepala anda, antara penyokong juga bermusuhan atau saling benci-membenci. Rakyat Perak ingin mengekalkan suasana harmoni sedia ada dan kami sesama Islam dapat merayakan hari raya puasa ini dengan lebih meriah.
Kepada DAP cina gampang, jika terus juga berdegil dengan perlakuan ini, anda sebenarnya tidak menghormati raja / sultan Perak. Sejarah membuktikan rakyat Perak akan berbuat apa sahaja demi kedaulatan raja / sultan Perak. Patuhilah rukun negara kedua jika anda adalah benar-benar rakyat Malaysia yang cintakan tanah air ini. Selama 52 tahun, belum ada lagi kumpulan yang berani mencabul prinsip-prinsip rukun negara. Tindakan anda sebenarnya membuatkan rakyat Malaysia yang cinta pada negaranya, amat benci dan marah.
Hentikanlah, kerana perbuatan ADUN-ADUN begini sebenarnya mencabuli semua lima prinsip rukun negara dan memang layak dikenakan lucut kerakyatan.
Ingatlah, rakyat Perak mahu keamanan agar dapat beribadat sempurna di negeri tercinta, hidup dan mati rakyat Perak kerana Allah untuk agama, bangsa dan negara.

1 ulasan:

  1. Salam sahabat, terima kasih sudi melawat blog kawan. Siva sudah kemaruk dan gian nak pakai songkok, usah pedulikan dia.

    Tentang komen awak dalam blog kawan, ni kawan nak cerita sikit :

    Kawan selalu buat lawatan sambil belajar di kawasan kepulauan Riau, untuk membawa saudara-saudara dari Malaysia mengenali kaum kerabat Melayu yang ada di sana, kawan nak beritahu bahawa cara hidup yang berbeda, Malayu di Riau berdikari memajukan kehidupan mereka, bersatu, berpepaduan tanpa bertelagah, taat dan hurmat kepada pemimpin dalam kelompok mereka.

    Melayu di Malaysia, kebanyakan bergantung kepada subsidi, dibantu kerajaan dari pelbagai aspek kehidupan seperti pendidikan, ekonomi dan sebagainya, tetapi terlalu banyak yang tidak pandai berterima kasih bila berjaya, malah ada yang jadi pengkhianat bangsa untuk kuasa.....

    Sebab itu kawan bawak Ketua-Ketua JKKK dan pemimpin masyarakat lain meninjau susana kehidupan mereka yang sama dari segi bangsa, agama, bahasa pertuturan dan budaya, tetapi mereka terus berusaha memajukan diri tanpa subsidi pemerintah Indonesia, malah menghantar anak-anak ke sekolah juga dibiayai sendiri. Di Malaysia, bayaran yuran setahun sekali pun jadi kecuh macam nak perang, sedangkan mereka kena bayar yuran setiap bulan mengikut gred pelajar, bayangkanlah kalau ada 5 orang anak belajar.

    Kita di Malaysia sepatutnya bersyukur dan berterima kasih dengan kerajaan Malaysia yang prihatin dengan pendidikan anak-anak..... itu yang kawan minta pelawat-pelawat ini bawa contoh balik ke Malaysia.....

    Dari segi pembangunan Masjid, mereka berusaha mencari dana sendiri untuk mengindahkan Masjid-Masjid dengan keikhlasan sumbangan mereka, bukan macam di Malaysia, samapai wang tabung derma pun dikebas untuk perut sendiri.

    Kawan pernah berjumpa dengan Wakil Rakyat mereka yang baru terpilih dalam PRU (PEMILU), pada mulanya kawan tak sangka dia adalah seorang Wakil Rakyat, kerana dia juga seorang Imam Masjid, hanya pakai motosikal berjumpa dengan masyarakat,dia kata masih belum mampu beli mobil pak... bandingkanlah kalau Wakil Rakyat Malaysia, tak kiralah dari UMNO,PAS, dan PKR apa mereka pakai ?

    BalasPadam