Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

06 April 2010

Siapa Calon BN Hulu Selangor




Teka-teki siapa akan menjadi calon BN dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April ini kini menjadi tumpuan masyarakat akar umbi di kawasan itu.Ia menjadi topik hangat sejak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan kekosongan kerusi itu ekoran kematian penyandangnnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR akibat barah otak pada 25 Mac lepas.Pilihan raya umum Mac 2008 menyaksikan Zainal Abidin menewaskan Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanivel, yang mewakili kawasan itu sejak 1990, dengan majoriti 198 undi - satu keputusan mengejutkan kerana kesemua tiga DUN dalam kawasan parlimen Hulu Selangor iaitu Ulu Bernam, Batang Kali dan Kuala Kubu Baharu, dimenangi oleh BN, lapor Bernama.

Persoalannya kini berkisar sama ada MIC akan terus bertanding di situ, dan jika ini berlaku, siapakah tokoh MIC yang akan mewakili BN di situ?

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan pengerusi BN dilaporkan berkata kerusi parlimen itu kemungkinan dikekalkan kepada MIC.Semalam, Muhyiddin berkata calon BN akan diumumkan pada 15 April ini, dua hari sebelum penamaan calon.Bagi Palanivel sendiri, beliau optimis status quo itu akan dikekalkan."Ini kerusi MIC lagipun ini kerusi campuran, sepatutnya tiada perubahan," katanya ketika ditemui di Batang Kali Jumaat lepas.Hampir 53 peratus atau 34,020 daripada 64,500 pemilih berdaftar adalah pengundi Melayu manakala kaum Cina dan India masing-masing terdiri 16,964 pengundi (26.3 peratus) dan 12,453 pengundi (19.3 peratus).

Perdana Menteri. Datuk Seri Najib Tun Razak ketika turun ke Kuala Kubu Baharu Sabtu lepas berkata beliau perlu berunding dengan banyak termasuk Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu berhubung pemilihan calon itu."Banyak nama yang layak tetapi presiden hanya calonkan Palanivel sebab beliau lama jadi wakil rakyat di sini," kata seorang pemimpin akar umbi MIC yang enggan namanya disiarkan.

Palanivel, yang juga bekas wartawan, merupakan pengerusi MIC Selangor dan ketua MIC bahagian Hulu Selangor.Selain Palanivel, nama lain yang disebut-sebut ialah naib pengerusi MIC Hulu Selangor K Balasundram, setiausaha agung MIC S Murugesan, ketua Pemuda MIC bahagian itu V Mugilan, ahli jawatankuasa MIC Hulu Selangor, K Arunasalam, ketua penerangan MIC kebangsaan P Kamalanathan dan bekas timbalan presiden MIC Datuk S Subramaniam.Mugilan dan Subramaniam dikatakan calon popular kerana kedua-duanya merupakan anak tempatan, masing-masing berasal dari Ladang Kerling dan Ladang Lima Belas, Hulu Selangor.

Apa yang pasti, seperti kata Muhyiddin, individu yang terpilih adalah terjemahan "denyut nadi" rakyat di kawasan itu bagi memastikan kerusi itu kembali ke tangan BN.Sentimen sama disuarakan timbalan pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar di Batang Kali baru-baru ini dengan berkata: "Dalam perjuangan perlu ada satu suara, siapa dipilih adalah calon BN dan perlu disokong sebulat suara.

"Sementara itu, 54 pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan persekutuan (JKKP) yang sebahagian besarnya ketua Umno cawangan di Hulu Selangor, telah menghantar memorandum kepada perdana menteri, mendesak supaya kerusi itu dikembalikan kepada Umno.Memorandum tersebut telah diserahkan oleh naib ketua Umno bahagian tersebut, Datuk Adnan Buyong.
Penghantaran memorandum tersebut dilihat sebagai langkah serius dan bersungguh-sungguh Umno bahagian untuk mendapatkan kembali kerusi tersebut yang kini ditandingi oleh calon MIC.

Kita tunggu dan lihat walau sapa pun calon BN , kita wajib sokong..

03 Mac 2010

Satu Sudah Keluar, Sembilan bila Lagi


Ahli Parlimen PKR Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri (gambar), sebentar tadi mengumumkan keluar parti untuk menjadi MP Bebas.Beliau berkata demikian dalam sidang media.

02 Mac 2010

Panas ; 10 lagi dijangka keluar parti

Terdapat 10 MP PKR yang dikatakan akan meninggalkan PKR kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan ANuwar Aljuburi... Pembangkang kata Umno beli... Pembangkang boleh cakap yang dia suka... tetapi yang meninggalkan PKR sebelum ini bukanlah seorang dua.. tetapi dah beratus ramainya...Dari Ezam sampailah kepada Tan Tee Beng... ramai dah tu... Semua yang keluar ialah pendukung 'totok' reformasi yang berjuang bersama ANuwar.. Dakwaan UMNO membeli hanya tuduhan niat jahat pemimpin Pakatan dan kroni mereka.. hakikatnya masalah dalaman berlakau dalam PKR sangat teruk... semua pemimpin atasan sedang berebut kuasa.. ANuwar pula si tongong boneka DAP....berikut ialah 10 MP PKR yang dikatakan akan meninggalkan PKR:1. Zulkifli Noordin - Kulim-Bandar Baharu2. Azan Ismail - Indera Mahkota3. Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai4. Amran bin Ab Ghani - Tanah Merah5. Ab Aziz Ab Kadir - Ketereh6. Ahmad bin Kassim - Kuala Kedah7. Rashid bin Din - Merbok8. Zainal Abidin Ahmad - Hulu Selangor9. Kamarul Bahrin Abbas - Teluk Kemang10. Wee Choo Keong - Wangsa MajuSenarai nama ini sebenrnya diambil dari blog pembangkang anjung Mari ni, kita tunggu tengok la dulu. Cuma kita harap sesangat lah, jangan ada pimpinan Pakatan yang menggelarkan mereka mereka ni sampah semata mata nak sedapkan hati penyokong saja dan sekaligus menutup kelemahan sendiri dalam pengurusan ahli.Buktikan juga pada ahli kebanyakan serta pendokong yang tidak berparti, agar mereka percaya dan yakin bahawa lompatan mereka mereka adalah disebabkan oleh ketidakcekapan dan ketidakupayaan pemimpin mereka sendiri mendokong perjuangan parti. Perlu telus dalam kenyataan bukan sekadar melepas diri dari tanggungjawab.APa lagi... jom keluar beramai-ramai dari PKR!!!

12 Februari 2010

Penyokong Khalid Tak Puas Hati Dengan Hadi


Setelah bersemuka sendiri dengan penyokong Khalid Samad berhubung isu tindakan disiplin terhadapnya, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih gagal memuaskan hati penyokong ahli parlimen Shah Alam itu.
Pertemuan tertutup selama hanya kira-kira 20 minit itu berlangsung pada 5 Februari lalu di Hotel Intekma Shah Alam. Bagaimanapun, kelewatan Abdul Hadi - lebih dua jam - menyebabkan banyak soalan dan "isu-isu besar" tidak dapat diajukan kepadanya.
"Tidak puas hati itu bukannya apa, sebab masa dialog itu pendek. Kita tunggu lama tetapi akhirnya (peluang itu) berlalu begitu," kata pemangku yang dipertua (YDP) PAS Shah Alam, Azli Yusof. KLIK

10 Februari 2010

Dap - Duri dalam daging Pakatan pembangkang

KUALA LUMPUR 9 Feb. – Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menegaskan, DAP tidak diperlukan dalam pakatan kerana parti itu menjadi punca utama kepada semua masalah dalaman yang melanda pembangkang sekarang.
Katanya, kes pusat penyembelihan babi di Kedah dan peletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Fairus Khairuddin sebahagian contoh tindak-tanduk DAP sebagai “duri dalam daging” bagi pakatan.
“DAP tidak diperlukan, malah ‘duri dalam daging’ kepada pakatan selain menjadi punca kepada masalah-masalah yang berlaku dalam pembangkang.
“Di Kedah, DAP mengugut kerajaan apabila pusat membela babi dirobohkan pihak berkuasa, manakala Fairus Khairuddin pula ditekan sehingga berhenti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual pada program Soal Jawab disiarkan secara langsung menerusi TV3 malam tadi.
Jelas Zulkifli, pakatan pembangkang perlu berani mengambil risiko termasuk kemungkinan hilang kuasa di negeri yang mereka tadbir sekarang bagi menyingkirkan DAP demi kepentingan rakyat dan negara.
Mengulas lanjut mengenai peranan sulit DAP, beliau memberitahu, banyak aduan telah dibuat sejak pakatan pembangkang ditubuhkan termasuk tindak-tanduk parti tersebut, tetapi tiada sebarang tindakan diambil.
“Bukan tak guna saluran dalaman, sudah disuarakan dalam mesyuarat dan sebagainya, tetapi tiada tindakan diambil,” katanya.
Sehubungan itu, beliau meramalkan akan ada anggota parti itu yang bertindak keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) beramai-ramai dalam masa dua hingga tiga minggu ini kerana kecewa dengan pendirian pucuk pimpinan parti yang tunduk kepada DAP.
Mengulas kerjasama dengan UMNO, Zulkifli berkata, Pas dan PKR seharusnya mengambil peluang mengadakan perbincangan Islamiah dengan UMNO dan membuang perasaan buruk sangka atau prejudis.
“Siapa yang memartabatkan perjuangan Islam adalah sahabat kita, tidak kiralah PKR, Pas atau UMNO,” tegasnya.

Mat Kelubi kata ;

Dah lama sangat dah Dap gampang ni nak musnahkan Islam dan melayu ni. Yang tak sedar2 lagi tu napenya. nak tunggu Islam hancur dan melayu hancur baru nak berubah ke.

03 Februari 2010

Zul letak jawatan, PRK lagi la kita


Walaupun biro politik PKR belum memutuskan tindakan yang sewajarnya yang sepatutnya dikenakan ke atas Zulkifli Noordin berhubung beberapa kenyataan kontroversi berhubung isu kalimah Allah, namun ahli parlimen yang lantang itu menyatakan kesediaannya meletakkan jawatan pada bila-bila masa.
Sambil mendedahkan beliau tidak mempunyai kedudukan di PKR, kecuali memegang kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulklifi berkata kerjaya politik bermula apabila ditawarkan kerusi berkenaan pada pilihan raya umum lalu. KLIK
Mat Kelubi kata ;
jangan setakat cakap je Yb Zul. letak terus la senang boleh buat PRK. biar semua orang tumpu kat Kulim je senang pihak pembangkang nak main isu royalti dan kes liwat bos u tu . konon2nya kerajaan zalim......

29 Januari 2010

Anwar Penakut ; Kes Liwat Mohon Ditangguh


Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan permohonan bagi menangguhkan prosiding perbicaraan kes liwatnya yang dijadualkan Selasa ini.
Peguamnya SN Nair memberitahu pemberita bahawa beliau memfailkan permohonanitu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, pagi tadi.Nair berkata mahkamah telah menetapkan Selasa ini bagi mendengar permohonanan itu di hadapan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah.Sama ada perbicaraan itu diteruskan atau sebaliknya, ia bergantung kepada keputusan hakim.Katanya perbicaraan itu perlu ditangguhkan sementara menunggu rayuan Anwar berhubung penolakan Mahkamah Tinggi terhadap permohonannya bagi membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.Anwar memfailkan notis rayuan terhadap perintah itu pada 10 Dis, 2009. Mahkamah Rayuan masih belum menetapkan tarikh bagi mendengar rayuan itu. DI SINI
Mat Kelubi kata ;
Memang dasar orang penakut dan bersalah . ada hati lagi tu nak mohon tangguh. muka pun dah jadi haprak takde seri langsung. muka memang orang bersalah. Dah la bontot orang dia bantai , tentang kalimah Allah pun di bantai juga. apa punya manusia la dia ni.

28 Januari 2010

20 Juta mana cukup tambah lagi 20 juta.


Kerajaan PAS Kelantan mempertikaikan wang ihsan hanya sebanyak RM20 juta dan meminta kerajaan pusat menilai jumlah itu.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata nilai yang sewajarnya diterima negeri itu, berdasarkan dengan pihak Petronas awal bulan ini, adalah sebanyak RM40 juta bukannya RM20 juta seperti diumumkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Datuk Seri Mustapa Mohamed, semalam.
Husam yang juga Pesuruhjaya PAS II Kelantan berkata melalui perbincangannya Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Hassan Merican pada 8 Jan lalu, beliau RM40 juta itu tidak termasuk tuntutan di kawasan telaga bintang yang dengan kawasan perairan Terengganu-Kelantan.
Mat Kelubi kata ;
Ni la pemimpin pas yang tak reti nak bersyukur. dah bagi betis nak peha pulak. Aritu beriya sangat tak nak duit ihsan. bila dengar je juta2 terus nak. mata duitan betul la orang pas ni

27 Januari 2010

Wang Ehsan - Kelantan Dapat 20 Juta Mac Ini .


Kerajaan Persekutuan memutuskan sebanyak RM20 juta wang ehsan diberikan kepada Kelantan yang akan dibayar pada Mac ini,kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed. Beliau berkata hasil
perbincangan Kerajaan Persekutuan dengan Petronas baru-baru ini, wang itu merupakan hasil pengeluaran hasil minyak dan gas di Medan Bumi Selatan, Blok PM301 yang berdekatan dengan perairan Kelantan. ( KLIK ) .

Mat Kelubi kata ;

Alhamdulillah , syukur kepada Allah yang Maha Esa Kerajaan Persekutuan yakni Kerajaan Barisan Nasional menunaikan janji untuk membantu rakyat di negeri Kelantan. nak harapkan kerajaan negeri pimpinan Pas bantu rakyat ntah la . Dah perintah kelantan dekat 20 tahun tapi masalah kemiskinan tak pernah habis pun.
Sebagai orang melayu yang mempunyai adat dan adab serta sebagai umat islam wajib bagi kita untuk bersyukur di atas nikmat yang Allah Taala turunkan ini melalui kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional yang begitu prihatin , bertanggungjawab serta memahami permasalahan yang dialami oleh rakyat khasnya rakyat di negeri kelantan ini.
sejajar dengan konsep 1Malaysia ' rakyat didahulukan pencapaian diutamakan' dan UMNO/BN 'juara rakyat', maka adalah wajar bagi rakyat Malaysia amnya dan Rakyat Kelantan khasnya menyokong tindakan dan gagasan yang dibawa oleh kepimpinan Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional.
Untuk itu MK merasakan sudah tibanya rakyat Kelantan berubah dari kepimpinan Pas kepada kepimpinan BN demi masa depan generasi yang akan datang ...........

21 Januari 2010

Jom Ramai Ramai Keluar PKR



RAMAI yang meramalkan Parti Kelentong Rakyat (PKR) yang diasaskan oleh Anwar Ibrahim tidak akan kekal lama. Mereka mengumpamakan PKR akan senasib seperti parti-parti lain yang sudah berkubur.
Kebanyakan ahli PKR memasuki parti kerana keliru dengan situasi semasa. Ada yang terikut-ikut dengan sentimen marah dan ada yang mahu mencari kelainan.
Akibatnya kini timbul satu demi satu kekusutan. Orang PKR yang kebanyakannya bekas ahli UMNO dan BN melihat parti itu tiada hala tuju. Para pemimpin pembangkang telah dilihat mulai merasa selesa, tidak dengar kata, ada yang sudah mahu berebut jawatan dan hilang punca untuk mentadbir.
Atas kemarahan itulah 13 ahli jawatankuasa PKR Kuala Selangor semalam mengambil tindakan membubarkan bahagian yang diterajui oleh Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim. Apa akan jadi jika Khalid yang berada di kerusi MBnya atas dasar politik yang dinaunginya tidak lagi dipercayai?
Memburukkan lagi keadaan apabila pegawai-pegawai kerajaan Selangor ditahan SPRM semalam ekoran isu pasir.
Mungkin benar juga kata rakan mereka dari Pas Perosak Agama, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengakui sokongan rakyat terhadap pakatan pembangkang semakin luntur. Orang kampung di luar bandar mulai muak dengan mereka.

Mat Kelubi Kata ;

Jom kita ramai2 pakat keluar PKR,PAS

13 Januari 2010

Ingatan untuk rakyat Malaysia - Sumpah Raja-Raja Melayu Pertahankan Kesucian Agama Islam

Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada semua pihak umat Islam yang bernaung di bawah negeri itu supaya berpegang teguh kepada pendirian mengharamkan pengunaan kalimah Allah oleh agama selain Islam diharap turut memberi mesej kepada kerajaan negeri yang mempunyai Sultan masing-masing.
Ini kerana kesucian agama Islam bukan sahaja wajib dipelihara oleh Kerajaan Pusat tetapi juga semua kerajaan negeri.
Sebagai Ketua Agama Islam negeri, apa yang dititahkan oleh Sultan Selangor itu adalah tepat. Martabat dan kesucian agama Islam tidak patut direndah-rendahkan oleh sesiapa pun.
Apatah lagi jika ada pihak yang sengaja hendak menyelewengkan penggunaan kalimah suci 'Allah.'
Kita sudah melihat kesan tidak baik hasil tercetusnya gerakan yang cuba melakukan penghinaan kepada agama rasmi negara serta Perlembagaan Persekutuan.
Semua pihak berasa tidak selesa dan tenteram. Ancaman dan pembakaran gereja tidak patut berlaku. Golongan yang cuba mencemarkan nama baik Islam ini perlu diburu dan diambil tindakan undang-undang.
Alangkah baiknya jika sebelum kejadian Jumaat lalu, ada pihak yang memahami dan menghormati agama Islam, maka tiada apa yang hendak dibimbangkan. Semua kaum boleh menjalankan amalan agama masing- masing tanpa ragu-ragu soal keselamatan.
Kini terjemahan kepada perkataan Tuhan telah mengundang kekeliruan dan sensitiviti keagamaan serta mengundang perasaan tidak harmoni di kalangan umat Islam dan Kristian.
Kini, rakyat mengharapkan agar Sultan- sultan sebagai Ketua Agama Islam negeri turut berpendirian seperti Sultan Selangor.
Malahan, amat penting pada masa ini majlis-majlis agama negeri memaklumkan kepada rakyat sama ada wujud atau tidak undang-undang menghalang penggunaan kalimah Allah dalam agama bukan Islam.
Kita yakin, jika maklumat ini ada, ia harus diterima dan difahami oleh semua rakyat berbilang kaum dan agama. Jadi tidak timbul usaha untuk mempertikaikan penggunaan kalimah 'Allah' yang khusus untuk umat Islam dan tidak boleh digunakan atau dimasukkan dalam agama lain.
Perlembagaan menetapkan Islam agama rasmi Persekutuan dan keputusan membenarkan penerbitan Herald - The Catholic Weekly mengguna perkataan 'Allah' jika diteliti sebenarnya bertentangan dengan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 yang digubal berasaskan Perkara 11(4) Perlembagaan negara.
Semua pihak diharap sentiasa ingat bahawa penggunaan kalimah Allah bagi merujuk agama bukan Islam sepatutnya tidak dibicarakan di mahkamah kerana institusi itu bukan forum sesuai. Perkara melibatkan agama Islam adalah di bawah bidang kuasa Raja-raja Melayu.
Jadi kalau mahu dikatakan Sultan Selangor telah campur tangan dalam isu ini, tindakan itu adalah wajar kerana tanggungjawab baginda selaku Ketua Agama Islam negeri dan selaras dengan sumpah Raja-raja Melayu untuk mempertahankan Islam pada setiap masa.

Mat Kelubi kata ;

Masih ramai lagi rakyat Malaysia tidak hayati rukun negara. ni la kalau dah politik menguasai diri.

12 Januari 2010

Segera gugurkan tuntutan guna kalimah Allah



KINI bola di tangan para pemimpin gereja. Rakyat sedang menunggu reaksi mereka terhadap ketegangan agama ekoran tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh Gereja Roman Katolik.
Mereka perlu membuat keputusan bijak dengan segera. Beberapa pemimpin Kristian sudahpun meluahkan permintaan agar Gereja Roman Katolik mengugurkan tuntutan berkenaan.
Keharmonian dan keamanan negara yang dikecapi selama ini tidak boleh digadaikan. Siapa yang beroleh nikmat jika akhirnya negara ini huru-hara dan sesama penganut agama diselimuti prasangka tebal.
Tentu sekali walaupun kita mengamalkan demokrasi, yang meletakkan kebebasan di tempat istimewa, tetapi ada batas dan hadnya. Ada perkara yang tidak boleh diselesaikan melalui mahkamah, salah satunya ialah soal agama.
Lebih-lebih lagi agama Islam di negara ini sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia mempunyai kedudukan istimewa yang tidak boleh diganggu-gugat terutama sekali yang melibatkan soal akidah dan kesucian Islam.
Agama Islam pula terletak di bawah bidang kuasa Raja-raja Melayu dan perkara berkaitan dengannya tentu sekali tidak wajar dibicarakan di Mahkamah Sivil.
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pun telah memutuskan larangan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain pada Mei 2008. Sebelumnya iaitu 16 Mei 1986, Jemaah Menteri memutuskan empat perkara khusus iaitu kalimah Allah, solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan penggunaannya oleh bukan Islam.
Kebimbangan umat Islam seharusnya difahami kerana sekiranya kalimah Allah dibenarkan digunakan dalam ajaran Kristian, ia mendatangkan pelbagai implikasi membahayakan umat Islam negara ini pada masa depan.
Lebih elok, tidak perlulah ditunggu campur tangan Majlis Raja-raja seperti saranan banyak pihak. Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang disampaikan melalui Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa semalam amat jelas dan tegas.
Titah Sultan Selangor supaya semua pihak di negeri itu berpegang teguh dengan pendirian mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain kecuali Islam mudah untuk difahami.
Sebenarnya, model dialog dengan semangat saling hormat menghormati selama ini terbukti berjaya. Isu sensitif seperti soal tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain yang pernah ditimbulkan sebelum ini, boleh diselesaikan secara dialog.
Dengan dialog, konflik dapat diselesaikan tanpa menimbulkan ketegangan dan kekacauan umum. Tiada tempat ibadat yang dibakar.Tiada siapa yang marah. Tiada siapa yang cedera. Ini kerana, sudah jelas isu ini tidak boleh diselesaikan melalui mahkamah.
Inilah semangat dan pendekatan yang seharusnya diambil oleh pemimpin gereja. Semangat seperti ini setelah menyaksikan reaksi umum, tentu sekali boleh meningkatkan kerukunan dan keselamatan negara serta meredakan ketegangan yang timbul.
Fahamilah suasana di Malaysia. Jangan samakan dengan negara jiran, Indonesia umpamanya yang membenarkan agama lain menggunakan kalimah Allah.
Peringatan tokoh Kristian Sabah, Datuk Clarence Bongkos Malakun yang menyarankan agar tuntutan itu ditarik balik yang kemudian disambut positif oleh banyak pihak, wajar dipertimbangkan segera.
Ingatan beliau: ''Kalau mana-mana pihak menang isu itu di mahkamah, mesti ada satu pihak lagi yang tidak berpuas hati dan isu ini akan berpanjangan. Jalan terbaik ialah gugurkan tuntutan."

Mat Kelubi kata ;

mari kita umat Islam sama2 berdoa agar dibuka hati dilembutkan hati para penganut agama kristian. jangan ikut cara nik aziz doa untuk pecah perut.

08 Januari 2010

Kalimah Allah ; Renungan Untuk Penganut Kristian



Surat Terbuka Buat Penganut Kristian !!!Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera..

Saya terpanggil untuk menulis email ini kerana isu besar mengenai penggunaan nama Allah oleh Herald-The Catholic Weekly. Saya ingin memberi beberapa pandangan, cadangan dan informasi hasil dari pembacaan dan pengkajian saya sendiri selama hampir 10 tahun mengenai agama Nasrani yang kini dikenali sebagai agama Kristian.
Bukan niat saya untuk mencari kelemahan agama tersebut tetapi, bagi saya ianya sebagai satu pembacaan ilmiah dan sebagai seorang Islam tidak salah bagi saya membaca dan mengkaji sabagai menambah ilmu pengetahuan.
Pada pandangan saya, sebagai orang Islam kita harus bersabar dan mencari jalan secara lebih berhikmah (wisdom) untuk hadapi situasi seperti ini. Mengadakan demonstrasi dengan menunjukkan kemarahan seolah-olah memberi gambaran orang Islam itu satu umat yang tidak rasional.
Sebagai umat Islam kita telah diperintahkan oleh Allah S.W.T. supaya sentiasa berpesan dalam kebenaran dan berpesan dalam kesabaran (Surah Al-Asr). Pendekatan yang lebih berbentuk Ilmiah dan hikmah adalah yang terbaik untuk hadapi situasi seperti ini.
Saya ingin berkongsi beberapa informasi yang berguna yang mungkin dapat dijadikan panduan oleh pihak-pihak yang berkenaan terutama pihak KDN, Majlis Fatwa Kebangsaan, Jabatan Agama Islam, NGO atau Persatuan Peguam Muslim.
Sebenarnya, umat Kristian telah lama kehilangan hak untuk menggunakan perkataan Allah kerana pihak gereja sendiri telah menggugurkan perkataan tersebut dari sebarang urusan gereja dan upacara keagamaan.
Pada tahun 325 Masihi satu pengistiharan dalam Muktamar Nicea menyatakan bahawa Trinity adalah akidah utama orang Kristian yang terdiri daripada Bapa, Anak dan Roh Kudus. Ini diikuti oleh Muktamar Constantinople 1 pada tahun 381 Masihi yang mengukuhkan peristiharan terdahulu bahawa semua orang Kristian menggunakan istilah Bapa, Anak dan Roh Kudus.
Pada Muktamar Ephesus 1 pada tahun 431 Masihi, pihak gereja melarang orang2 Kristian menggunakan nama Tuhan yang terdapat dalam Kitab Injil untuk percakapan harian dan hanya menggunakan perkataan Bapa sahaja. Nama-nama Tuhan hanya boleh digunakan dalam upacara keagamaan oleh pihak gereja sahaja.
Ketika berlakunya perpecahan aliran dalam agama Kristian di Eropah, aliran Protestant telah muncul untuk keluar dari pengaruh kekuasaan Gereja Katolik yang berpusat di Rome. Akibat daripada perpecahan tersebut juga memberi kesan kepada kitab Bible.
Gereja Katolik menerbitkan Bible edisi Geneva pada tahun 1560 dan pihak Protestant menentang penerbitan Bible edisi in dan hasilnya pada tahun 1611 mereka menerbitkan Bible edisi King James. Pada tahun 1769, Bible edisi King James telah diterima pakai oleh dunia Kristian dan digunakan sehingga ke hari ini. Saya ingin menjelaskan disini sebelum tahun 1769, edisi King James mengandungi 4 perkataan kalimat ‘Alah’.
Kalimat ‘Alah’ ini telah dibuang dari edisi King James selepas tahun 1769. Edisi King James yang digunakan sekarang tidak mengandungi kalimat tersebut. Oleh itu. Saya berpendapat, agama Kristian sudah tidak mempunyai hak untuk menggunakan kalimat atau perkataan ‘Allah’ untuk apa tujuan sekalipun. Pihak penerbit Herald-The Catholic Weekly seharusnya mengkaji sejarah agama Kristian sendiri sebelum bercita-cita menggunakan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitannya.
Jika didalam kitab suci agama Kristian tidak ada perkataan ‘Allah’ bagi merujuk nama Tuhan, maka tidak wajar bagi pihak penerbit Herald-Catholic Weekly menggunakannya.
Dari segi linguistik pula, perkataan atau kalimat ‘Allah’ adalah berasal dari bahasa Arab iaitu ‘Al-Ilah’. Dalam bahasa Arab, kata dasar ‘Ilah’ bermaksud “Tuhan yang mempunyai sifat yang tunggal”. Sifat kata dasar ‘Ilah’ juga tidak mempunyai kata ganda yang menunjukkan bilangan (plural) seperti god (singular) dan gods (plural) atau tuhan (bilangan satu) dan tuhan-tuhan (bilangan lebih dari satu). Selain itu, kata dasar ‘Ilah’ juga tidak menunjukkan jantina (gender) seperti god (male) dan goddess (female) atau dewa dan dewi seperti tuhan-tuhan Mesir Purba iaitu Osiris (lelaki) dan Isis (Perempuan). Kata dasar ‘Ilah’ itu sendiri adalah bersifat satu atau tunggal yang bertentangan dengan doktrin Kristian iaitu Trinity. ‘Ilah’ bersifat Uno yakni satu manakala doktrin Trinity pula tuhan itu terdiri daripada 3 oknum iaitu Bapa, Anak dan Roh Kudus yang bertindak secara berasingan.
Jika diteliti dengan sepenuhnya terdapat pebezaan yang ketara antara sifat ‘Ilah’ dengan doktrin Trinity tersebut.
Terdapat banyak nama-nama Tuhan di dalam kitab Taurat, Zabur dan Injil. Agama Kristian yang berasal daripada Judeo-Christian, menggabungkan kitab Taurat, Zabur dan Injil dan dikenali sebagai Holy Bible.
Bagi saya secara rasionalnya Paderi Murphy Pakiam selaku penerbit Herald-Catholic Weekly sudah tentu lebih mengetahui nama-nama Tuhan yang terdapat dalam kitab Bible. Antaranya ialah Jehovah, Yahweh, Eloh, Eli atau El.
Secara rasionalnya juga penerbit Herald-Catholic Weekly boleh menggunakan nama-nama ini dalam penebitan mereka kerana orang-orang Kristian lebih terdedah kepada nama-nama Tuhan yang terdapat dalam Kitab Bible.
Persoalannya sekarang, kenapa Paderi Murphy Pakiam tidak menggunakan nama-nama Tuhan yang terdapat dalam kitab Bible tersebut? Sebagai contoh, Jesus pernah bersuara dengan nada yang kuat menyebut salah satu nama Tuhan seperti yang dirakamkan oleh Injil.
Jesus menyebut “Eli, Eli lama sabachtani” sebagai kata-kata terakhir beliau. Maksud Eli ialah Tuhanku. Bahasa ibunda Jesus ialah bahasa Aramaic iaitu salah satu dialek bahasa Ibrani (Hebrew). Saya berpendapat adalah lebih realistik bagi penerbit Herald-Catholic Weekly menggunakan nama Tuhan seperti yang keluar dari lidah Jesus sendiri. 1.3 billion orang Islam seluruh dunia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan bertutur dalam pelbagai bahasa menggunakan kalimat Allah yang berasal daripada bahasa asalnya iaitu bahasa Arab. Bahasa Arab adalah bahasa pertuturan Baginda Rasululllah kerana baginda berbangsa Arab.
Orang-orang Islam tidak menterjemahkan Allah kepada bahasa ibunda masing-masing. Ini adalah kerana kalimat Allah tidak sesuai diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa lain. Begitu juga dengan orang-orang Kristian, mereka sepatutnya mengikuti Jesus dengan menyebut nama Tuhan dalam bahasa asal iaitu bahasa Aramaic yakni bahasa ibunda Jesus.
Dari segi perundangan, sudah terang dan nyata menunjukkan bahawa perkataan Allah adalah hak eksklusif untuk orang-orang Islam. Saya menyarankan kepada KDN, Jakim dan Persatuan Peguam Islam menggunakan sumber Al-Quran di mahkamah nanti.
Secara logik dan rasional minda saya ialah, Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan bahawa agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan. Oleh kerana itu, semua orang tahu bahawa sumber agama Islam adalah Al-Quran.
Kewajaran Al-Quran sebagai dokumen yang telah didokumentasikan oleh para sahabat Rasullullah sebagai sumber yang authentik untuk dijadikan hujah di mahkamah nanti.
Surah Al-Ikhlas dengan jelas menyatakan bahawa Allah adalah hak eksklusif bagi orang-orang Islam. Maksud Surah Al-Ikhlas-“Katakanlah Allah Itu Esa(1). Allah tempat bergantung sekelian makhluk(2). Tidak beranak dan tidak pula diperanakkan(3). Dan tiada satu pun yang setara denganNya(4)”.
Perhatikan ayat pertama dengan jelas menunjukkan Allah adalah Esa. Secara eksklusifnya hanya untuk orang-orang Islam kerana orang-orang Islam beriman kepada Allah yang Esa. Ayat yang kedua pula dengan jelas bertentangan dengan doktrin Trinity. Soalnya sekarang, adakah keputusan mahkamah yang lalu boleh mengatasi Perlembagaan Persekutuan?
Sekian.

Mohamad Nabzrol bin Mat Nayan
Bukit Indah, Ampang,
Selangor Darul Ehsan.

Mat Kelubi kata ;

Sama2 kita pertahankan kesucian agama Islam.

07 Januari 2010

Barisan Nasional Juara Rakyat

Barisan Nasional (BN) dan semangat bergelar juara adalah satu jalinan yang sememangnya tidak boleh dinafikan oleh sesiapa. Sejarah membuktikan hakikat ini sejak parti yang dahulunya dikenali Parti Perikatan dipilih membentuk kerajaan apabila negara mencapai kemerdekaan pada 1957.
Dari sudut pembinaan dan kemajuan negara seperti yang dikecapi hari ini misalnya, BN menjuarainya hasil pengorbanan dan permuafakatan UMNO, MCA, MIC serta parti komponen yang lain.
Lebih-lebih lagi dalam usaha meningkatkan taraf hidup penduduk yang berbilang bangsa, BN menerusi komponen parti itu juga sejak sekian lama sudah menjuarainya. Pernyataan ini bukan untuk menonjolkan rasa megah, bongkak atau meninggi diri pada BN.
Sebaliknya, ia sekadar makluman bahawa semangat sebagai juara itu sememangnya menjadi teras kepada perjuangan BN selama ini. Pun begitu, barangkali kerana berasa selesa dengan 'gelaran' sebagai sang juara, semangat itu pudar sedikit demi sedikit ketika generasi di dalam BN silih berganti.
Perkara ini berlaku mungkin disebabkan BN merasakan bahawa rakyat akan sentiasa mengenang jasa dan pengorbanan BN selama ini tanpa perlu lagi rakyat didekati dalam erti kata sebenar.
Apa yang BN terlupa ialah rakyat sebenarnya tidak lagi mengharap kepada pembangunan materialistik semata-mata. Sementelah, sebahagian besar daripada mereka terutamanya generasi muda hari ini membesar dalam ruang kehidupan yang begitu selesa.
Sebaliknya, aspek 'juara' yang diharapkan rakyat kini memasuki dimensi baru iaitu penekanan terhadap aspek ketelusan dan integriti. Paling penting, sejauh mana kerajaan dapat menyelami permasalahan sebenar yang dihadapi dalam kehidupan seharian masyarakat bawahan.
Di kalangan rakyat juga, mereka tidak melihat sumbangan yang diterima selama ini disalurkan oleh UMNO atau parti komponen di dalam BN. Sebaliknya beranggapan ia dilaksanakan oleh pegawai-pegawai kerajaan di daerah-daerah tertentu.
Tidak dinafikan pegawai daerah itu mewakili kerajaan yang terasnya adalah BN. Tetapi pegawai kerajaan ini tidak bertanding pada pilihan raya. Yang bertanding ialah calon-calon BN. Malangnya kelibat mereka tidak kelihatan melainkan ketika menjelangnya pilihan raya sahaja.
Justeru, bagaimana BN mampu menjadi juara di mata dan hati rakyat? Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah antara pemimpin yang menyedari dimensi baru 'juara' ini apabila mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
Beliau turun padang dan bertemu dengan penduduk di Petaling Street, Pantai Dalam dan Brickfields selain meninjau sistem pengangkutan awam dengan menaiki transit aliran ringan (LRT) dan melawat stesen bas Puduraya.
Ternyata keprihatinan beliau tidak terhenti setakat itu. Perjuangan untuk menjadi juara di kalangan rakyat kembali disemarakkan dalam teras perjuangan BN. Siapa yang boleh melupakan gema laungan 'juara' yang beberapa kali diulangi oleh Najib ketika berucap pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), baru-baru ini.
Apa yang disebutkan oleh Najib itu bukanlah retorik atau kata-kata kosong yang sekadar memancing perhatian rakyat semata-mata. Ia sebaliknya menyebar mesej yang cukup jelas kepada ahli UMNO untuk segera menjadi juara di kalangan rakyat.
Mesej yang serupa juga disampaikan kepada parti komponen BN yang lain dengan matlamat tidak ada sekumpulan kecil rakyat sekali pun yang terkecuali daripada perhatian BN.
Sabtu ini, kesungguhan BN untuk meletakkan diri sebagai juara di hati rakyat akan direalisasikan apabila Program Juara Rakyat dilancarkan secara rasmi. Bertempat di Bukit Sentosa, Bukit Beruntung, Selangor, pelancarannya akan disempurnakan sendiri oleh Najib.
Menjelaskan lebih lanjut mengenai Program Juara Rakyat itu, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, ia merupakan platform kepada pemimpin BN untuk turun padang dan bertemu secara langsung dengan rakyat.
Dalam erti kata yang lain, program ini bertujuan meletakkan UMNO dan parti komponen BN yang lainnya di barisan hadapan dalam mendepani apa jua masalah rakyat.
Beliau menarik perhatian mengenai apa yang disebut sebagai KBSMM (kenduri, bersalin, sakit, malapetaka dan mati) yang mungkin diambil mudah oleh pemimpin. Sedangkan katanya, KBSMM itu adalah perkara yang perlu diberi keutamaan kerana ia sangat dekat dengan hati rakyat.
KBSMM tambah beliau, tidak seperti acara rasmi yang memerlukan protokol tertentu sehingga boleh menjarakkan rakyat dengan pemimpin. Ini secara tidak langsung dapat mengikis tanggapan bahawa UMNO atau parti komponen BN yang lain selama ini bersifat elitis.
''Dalam masa yang sama ia juga mendokong semangat gagasan 1Malaysia yang turut memberi tumpuan kepada agenda 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'," katanya.
Sebaik Program Juara Rakyat itu dilancarkan pada 9 Januari ini, kesemua 191 bahagian UMNO akan menjayakannya di peringkat bahagian masing-masing pada skala yang kecil iaitu sekurang-kurangnya selama dua hari satu malam.
Tempoh itu akan diisi dengan pelbagai program berbentuk hebahan dan aktiviti yang bersesuaian mengikut tema yang ditetapkan setiap bulan. Selain UMNO yang merupakan teras program ini, penganjurannya juga akan mendapat kerjasama daripada parti komponen lain atas semangat 1Malaysia.
"Bagi memastikan seluruh rakyat mendapat manfaat daripada program itu pula, ia akan diadakan secara bergilir mengikut zon peti undi. Ini juga bagi memastikan tiada yang tercicir dalam menyuarakan masalah mereka secara terus kepada pemimpin-pemimpin BN," kata beliau.
Jika dilihat daripada kesungguhan BN untuk menjadi juara di kalangan rakyat menerusi program ini, tidak keterlaluan jika dikatakan ia boleh merubah pandangan segelintir rakyat yang begitu prejudis dengan perjuangan BN membela nasib rakyat.

Mat Kelubi kata ;

Orang yang buta sejarah n tak pandai bersyukur je yang tak tau apa pergorbanan BN.