Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

17 November 2011

Hudud PAS : Kerajaan Kelantan Main Wayang Lagi

 Penantian banyak pihak untuk melihat hukum hudud dilaksanakan dalam masa terdekat di negeri ini mungkin tidak kesampaian kerana Kerajaan Pas Kelantan masih mengkaji beberapa aspek, terutama cara pelaksanaannya.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, biarpun Enakmen Hudud telah diluluskan pada 1993, tetapi ia tidak dapat dilaksanakan kerana ada pendapat mengatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda terlebih dahulu.
Justeru, katanya, sebuah jawatankuasa perlu ditubuhkan untuk melihat semula perkara tersebut supaya ia dapat dilaksanakan.
“Isu sekarang kita bukan hendak tengok enakmen, tetapi daripada segi pelaksanaan, sebab dahulu kita berhenti (untuk melaksana) disebabkan perlu ada pindaan Perlembagaan tetapi dalam tempoh kebelakangan ini ada pandangan bahawa hudud boleh dilaksanakan tanpa meminda Perlembagaan. Jadi kita hendak tengok benda baharu ini.( Dah pecah tembelang Pas yang selama ini tuduh Umno yang halang hudud dilaksanakan.)
“Mesyuarat pertama Jawatankuasa Teknikal Hudud akan bincang banyak perkara, termasuk persediaan kita. Mungkin selepas itu kita bentuk jawatankuasa kecil untuk buat kajian dan kumpul maklumat baru serta membuat rumusan sama ada boleh laksana atau tidak.
“Proses ini panjang, mungkin setahun atau dua tahun lagi untuk melaksanakannya,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan pelaksanaan hukum hudud di negeri ini.
Pada 24 Oktober lalu, Kerajaan Pas Kelantan bersetuju membentuk jawatankuasa teknikal pelaksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.
Mohd. Amar yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud berkata, pihaknya akan menghantar surat pelantikan ahli jawatankuasa terlibat dalam masa terdekat.
“Minit mesyuarat pelantikan ahli jawatankuasa tersebut baru disahkan dalam mesyuarat Exco hari ini dan surat pelantikan tersebut akan dihantar dalam minggu ini.
“Mesyuarat pertama jawatankuasa akan diadakan dalam masa terdekat. Bagaimanapun saya difahamkan Ahmad telah mengosongkan tarikh sesuai untuk mesyuarat tersebut,” katanya.
Dalam pada itu, beliau meminta bukan Islam yang tidak memahami hukum hudud supaya berhenti bercakap mengenainya kerana ia boleh mengelirukan dan mencetuskan ketegangan.

2 ulasan:

  1. akhirnya tembelang pas pecah juga.. sesungguhnya Allah itu Maha Adil. ditunjukNya kepada kita bahawa pas bukan la pejuang islam tulen..
    tunggu apa lagi wahai penyokong pas, anda semua sudah ditipu berubah la sebelum anda diubahNya..
    amin

    BalasPadam
  2. Teruskan perjuangan bro...

    Kasi hantam sama itu Fuckatan..yeeaahhhhaaaaaa...

    BalasPadam