Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

10 November 2011

Korban Lembu Aidiladha..Puak Celaka Babi Gampang Berbunyi lagi

Matkelubi cukup hairan mengapa setelah puluhan tahun upacara korban sempena Aidiladha dijalankan di tempat terbuka, termasuk di kawasan sekolah, atau di mana-mana sekali pun, ia kini dijadikan isu?
Telah menjadi budaya dan resam masyarakat Malaysia, hal-hal membabitkan agama dan kebudayaan, tidak disentuh secara terbuka.
Ia telah menjadi satu perjanjian sosial yang telah terjalin secara semula jadi antara tiga kaum terbesar selama ini.
Orang Melayu menghormati agama dan budaya Cina dan India, orang Cina menghormati agama dan budaya Melayu dan India dan begitu jugalah masyarakat India menghormati kepercayaan dan budaya rakan-rakan mereka yang lain.
Itu telah menjadi satu ikatan tidak rasmi sejak sebelum dan selepas merdeka lagi.

Selepas isu Seksualiti Merdeka, yang cuba mengajar rakyat negara ini mengenai hak asasi mengamalkan seks bebas dan songsang, satu lagi isu ‘hak asasi manusia’ dibangkitkan.
Apakah kita perlu dihadapkan dengan satu lagi isu dan kontroversi seumpama itu? Mengapa pihak-pihak ini cuba membangkitkan isu-isu sedemikian? Apa motif dan niat mereka ini?
MK cukup bimbang dengan perkembangan ini, lebih-lebih lagi ia membabitkan isu agama yang cukup sensitif dalam masyarakat majmuk negara ini.
Adakah mereka cuma mencabar dan menguji pihak berkuasa ekoran langkah memansuhkan beberapa undang-undang ketenteraman awam baru-baru ini?
Yang pasti, sesuatu perlu dilakukan (segera) bagi menyekat fenomena ini daripada menjadi lebih terbuka dan sulit diselesaikan.

2 ulasan: