Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

20 Ogos 2013

DAP Patut Belajar Erti Malu Dengan Cermin Muka Sendiri


BUKIT MERTAJAM, 19 Ogos – “Sudah tiba masa DAP ambil cermin dan cermin muka sendiri. DAP patut malu kerana mencemuh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengendalikan para pengundi berjumlah jutaan orang sedangkan DAP gagal sama sekali mengendalikan proses pemilihan Jawatankuasa Eksekutif (CEC) yang hanya melibatkan lebih kurang dua ribu orang,” ujar Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir.
Beliau berkata demikian apabila DAP dilihat masih berkeras tidak mahu mengakui kesilapan berhubung kontroversi pemilihan CEC.

dap-rasis-india-dinasti-kroni-tak-demokratik-demokrasi-pemilihan-kotor-ros-ahli-bantah-pejabat

Malah katanya lagi sikap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang sering menuding jadi menyalahkan pihak lain bagi memberi gambaran kononnya parti DAP ‘bersih dan mulia’ amat memalukan.
“Walaupun DAP telah bersetuju untuk mengadakan semula pemilihan CEC namun sikap Guan Eng yang terus-terusan tidak mahu mengaku salah dilihat sebagai ego dan angkuh”, katanya.
Kini, nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib pula dilibatkan dalam kontroversi mereka. “DAP tak sedar diri. Masalah CEC adalah masalah parti mereka. Ahli-ahli mereka sendiri yang tidak berpuas hati dan membuat aduan. Apa kena mengena dengan Perdana Menteri?
“Perdana Menteri banyak kerja lain lagi nak buat. Ini semua politik murahan mereka kononnya mahu rakyat tahu bahawa parti mereka bersih dan tidak bersalah. Ini semua salah orang lain. Kami di Pulau Pinang ini sudah biasa dengan sikap DAP. Apa sahaja masalah yang timbul semuanya salah orang. Mereka sentiasa betul,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Musa, DAP seharusnya memperbetulkan parti sendiri sebelum terus-terusan mengkritik pihak lain seperti apa yang mereka lakukan kepada SPR. Tuduhan demi tuduhan memburukkan SPR akhirnya terpalit ke muka mereka sendiri.
“Apa sahaja perkara buruk yang mereka tuduh SPR kini terkena batang hidung mereka sendiri. Jadi, perbetulkan parti sendiri dulu. Tidak perlu nak heret orang lain apatahlagi nak heret Perdana Menteri dalam masalah mereka. Cukup-cukuplah bermain politik murahan.
“Kita lihat sahajalah ketelusan DAP pada pilihan semula CEC nanti. Adakah mereka akan benar-benar telus atau terus bermain sandiwara,” ujarnya lagi.
Kontroversi pemilihan CEC bermula apabila DAP mengakui terdapat salah kira undi selepas beberapa hari pemilihan tersebut diadakan. Ahli-ahli DAP pula mula bersuara apabila hak mereka untuk mengundi pada pemilihan tersebut dinafikan.
Hasil aduan ahli-ahli DAP, ROS telah menjalankan siasatan dan pada 30 Julai lalu, ROS mumutuskan DAP perlu mengadakan pemilihan semula CEC selepas pihak ROS tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh DAP berhubung penyelewengan pengundian dan manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan pada pemilihan tersebut. - MediaUMNO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan