Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

27 Ogos 2013

Isu Mesir, Pendirian Fathul Bari Bedasarkan Nasihat Mufti Madinah...

Pendirian Dr Fathul Bari dalam isu Mesir :
1. Kezaliman dan pertumpahan darah adalah dilarang di dalam islam
2. Pemerintah muslim yang mendapat kuasa melalui apa jua cara sekalipun adalah sah menurut islam. Lihat ulasan panjang Ibnu Hajar Al Asqalaani (wafat 852h) yang mengulas shahih alimam albukhari: telah berijmak ulama-ulama fiqh bahawa wajib mentaati imam yang merampas kuasa imam sebelumnya.dan ketaatan itu disebabkan oleh usaha untuk mengelakkan pertumpahan darah.
3. Jadi,kita sepakat tak setuju tindakan tentera menumpahkan darah. Mana mungkin individu bernama muslim menerima kejadian kejam seperti itu. Oleh itu,para ulama ahlussunnah yang konsisten antaranya mufti madinah syeikh soleh alsuhaimi; setelah beliau mengkritik tindakan kejam kudeta,beliau menyarankan supaya rakyat mesir pulang ke rumah ikut perintah darurat demi mengurangkan pertumpahan darah.
4. Hadis Nabi S.A.W  "bila berlakunya fitnah...patahkan busur-busur panah kalian,pukullah pedang-pedang kalian di batu,lazimilah rumah-rumah kalian.." (Riwayat ahmad)
5. Maka pesan Nabi S.A.W sangatlah jelas. Baginda bencikan fitnah dan pertumpahan darah kerana itu muslim yang jiwanya bersih pasti membenci hal yang berlaku.
6. Namun, oleh kerana belum ada kekuatan, tindakan yang dilakukan hendaklah rasional. Firman Allah: "hendaklah kamu persiapkan senjata-senjata dan kenderaan perang kamu sedaya mampumu dgn itu kamu akan menakutkan musuh-musuh allah dan musuh-musuh kamu".
7. Maka,apa kekuatan rakyat mesir?batu?demo?astaghfirullah.
8. Nabi Muhammad S.A.W membina kekuatan dengan berhijrah.
9. Sebelum berhijrah,berapa ramai sahabat Nabi S.A.W dibunuh kerana memeluk islam. Sumayyah dan ahli keluarganya. Bilal diseksa. Ibnu al-art diseksa..namun apa tindakan Nabi S.A.W ????? Demo? Bakar semangat supaya semua turun dijalanan? Berperang dengan arab jahiliyyah yang kuat ketika itu???? Jawapannya tidak! Nabi S.A.W himpun kekuatan dengan berhijrah.
10. Manakala keadaan rakyat mesir pada hari ini,sudah tentu mereka tidak mampu berhijrah. Namun apa yang boleh mereka lakukan adalah pulang terlebih dahulu ke rumah dan elakkan pertumpahan darah. Jika kudeta ini datang ke rumah dan cuba mengambil hak-hak mereka,maka pertahankanlah hak-hak tersebut walaupun nyawa tergadai. Tapi,sudah tentu pertumpahan darah pasti berkurang.
11. Sabda Nabi S.A.W : "sesungguhnya darah umat islam haram ditumpahkan..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan