Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

12 November 2013

Dijangka ramai ADUN PKR Sabah keluar parti


KUALA LUMPUR 10 Nov. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah berada dalam keadaan kritikal dengan lebih banyak pemimpin dan wakil rakyat daripada negeri itu dijangka meletak jawatan dan keluar parti.
Bekas Pengasas PKR, Ng Lum Yong berkata, beliau tidak akan terkejut sekiranya tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR dari Sabah mengisytiharkan diri keluar parti berikutan tidak tahan dengan campur tangan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Maklumat yang saya peroleh daripada rakan-rakan di Sabah adalah lebih ramai akan keluar parti kerana tidak bersetuju dengan pelantikan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Ketua Pembangkang dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah.
“Masalah ini berpunca daripada gaya kepemimpinan Anwar yang sangat autokratik dan memilih Pengerusi PKR Sabah tanpa berbincang terlebih dahulu dengan ketua-ketua cabang dan akar umbi parti negeri itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Lum Yong mengulas pengumuman ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan semalam yang meletakkan jawatan sebagai Naib Pengerusi 1 MPN PKR Sabah selain mendedahkan beliau belum pernah menjadi ahli parti tersebut.
Isnin lalu, ADUN Kadamaian daripada PKR, Jeremy Malajad mengisytiharkan keluar daripada parti dan menjadi wakil rakyat Bebas mengikuti tindakan sama dilakukan ADUN Luyang daripada DAP, Hiew King Cheu pada 27 September lalu.
Dakwa Lum Yong, PKR Sabah bermasalah kerana seramai 15 Pengerusi MPN negeri itu sudah bertukar ganti dan ada yang sempat memegang jawatan tersebut selama dua bulan sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan