Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

08 November 2013

Dulu tuduh kerajaan persekutuan tolak,,sekarang apa dah jadi

PAS Kelantan bakal laksanakan hudud,keputusan muktamad tahun hadapan.

Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Abdul Aziz Bari sedang menyiapkan kertas kerja mengenai pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, tanpa meminda Perlembagaan Persekutuan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Aziz yang mencadangkan kerajaan negeri boleh melaksanakan hudud tanpa perlu melalui pindaan perlembagaan.

“Kita beri masa sebulan kepada beliau (Aziz) untuk menyediakan kertas kerja itu,” katanya dipetik oleh New Straits Times .

Menurutnya, kertas kerja itu akan bentangkan pada mesyuarat teknikal negeri mengenai hudud awal tahun depan.

Mengenai kelewatan jawatankuasa itu mengadakan mesyuarat, Amar yang juga pengerusinya berkata ia disebabkan persediaan teknikal dan pilihan raya umum yang baru lalu.

“Kami tidak tergesa-gesa mengadakannya kerana ia tidak terikat dengan pilihan raya umum atau isu-isu lain. Walaupun jawatankuasa penuh belum mengadakan mesyuarat, jawatankuasa kecil sudah beberapa kali bertemu dan menganjurkan rundingan meja bulat di Kuala Lumpur sebelum pilihan raya lalu.

Keputusan menubuhkan jawatankuasa itu untuk mengkaji kemungkinan melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan II, atau hudud, di negeri ini diputuskan pada mesyuarat Exco Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar ketika itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 11 Oktober 2011.

Jawatankuasa 19 anggota itu diketuai Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, ketika beliau Timbalan Menteri Besar.

Mengenai keengganan wakil-wakil daripada agensi pusat, seperti polis dan Jabatan Penjara, menganggotai jawatankuasa itu, Amar berharap mereka akan menyertainya.

“Kita tidak boleh memaksa mereka tetapi kami berharap mereka akan menerima pelantikan,” ujarnya.

Selain ketiadaan ketua polis negeri dan pengarah penjara, jawatankuasa itu dianggotai pegawai kanan kerajaan negeri, Ahli Exco, wakil rakyat dan beberapa peguam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan