Subsidi RON95 & Diesel:
Sedikit penjelasan.
1. Selama ini
rakyat Msia samada yg kaya, sederhana & berpendapatan rendah
mendapat subsidi RON95 & diesel tapi ramai yg kurang sedar kewujudan
subsidi itu walau ada dimaklum di pam2 minyak.
2. Jumlah subsidi
Kjaan utk RON95 & diesel thn lepas sahaja ialah rm24.8 billion
& tahun ini sekitar rm21-22 billion. Purata rm2b sebulan!! Ini
kerana ketika minyak tinggi harganya, subsidi seliter adalah juga tinggi
antara 50-80sen seliter.
3. Bila ditarik subsidi 20 sen, maka
RON95 berharga 2.30 seliter & diesel 2.20 seliter. Harga terkini
sebenar di pasaran utk RON95 ialah 2.58 seliter, tapi harga Msia 2.30.
Bermakna Kjaan masih beri 28 sen seliter subsidi. Utk diesel pula harga
terkini sebenar 2.52. Harga Msia 2.20. Bermakna 32 sen masih lagi diberi
subsidi oleh Kjaan.
4. Hampir rm2 ribu juta sebulan dibelanja
utk subsidi bahan bakar yg tentunya "hangus terbakar". Rm2 ribu juta
boleh bina 2 ribu dewan org ramai di 2 ribu kpg dgn harga rm1 juta
sebuah dewan. Boleh bina 4 universiti sebulan dgn harga rm500 juta
sebuah. (48 universiti setahun!!) Boleh bina 2ribu kilometer jalan kpg
utk Sabah & Sarawak. Tapi semuanya tak boleh dibuat sbb kita beri
subsidi utk RON95 & diesel.
5. Siapakah penerima terbesar
subsidi rm2billion sebulan itu? Data yg ada mendapati 70% diguna oleh
mereka yg berpendapatan tinggi & sederhana tinggi. Sbbnya mereka
miliki lebih banyak kenderaan & kuasa / CC kereta lebih besar.
Rakyat di kpg2 & pinggir2 bandar hanya guna motorsikal & kereta2
yg kecil.
6. Subsidi sepatutnya diberi kpd mereka yg miskin
bukan kpd yg kaya. Jadi subsidi diesel & petrol ini telah sekian
lama tersasar. Ini adalah tidak adil & tidak rasional. Dulu ketika
minyak murah & kenderaan tidak sebanyak kini, subsidi minyak cuma
rm2 billion sebulan yg kini rm2billion sebulan. Semakin kecillah
peruntukan kpd rakyat terbanyak yg boleh diberikan.
7. Maka utk
lebih adil, subsidi minyak itu perlu dikurangkan. Penjimatannya boleh
diberi kpd rakyat yg lebih layak. Pengurangan subsidi 20 sen sebelum ini
berjumlah rm4 billion & diberi dlm bentuk BR1M yg telah menafaatkan
hampir 7 juta rakyat & keluarga di negara ini.
8. Tentu
rakyat sedang menunggu berita2 baik yg akan diumum oleh YAB PM dlm Bajet
2015 pada 10/10/14 ini. Semuanya itu perlu kpd peruntukan yg banyak.
Sbhgnya tentu drpd subsidi minyak yg telah dijimatkan lagi sebanyak 20
sen seliter utk faedah kpd ramai rakyat yg lebih memerlukan.
9.
Msia mmg negara pengeluar minyak, lebih kurang 600 ribu tong sehari.
Minyak kita berkualiti tinggi maka kita eksport & dapat hasil yg
lebih kpd negara. Arab Saudi & USA lebih 1.7juta tong sehari. Kita
negara pengeluar yg ke 27 di dunia. Jadi minyak yg ada di stesyen
seluruh negara adalah diimport & harganya ikut pasaran dunia.
10.
Memang sukar utk membuat keputusan yg tidak popular. Tapi keputusan itu
adalah utk membetulkan ketidakadilan yg berlaku. Subsidi minyak yg
banyak itu boleh diagih kpd rakyat dgn lebih bersasar & tepat spt
BRIM yg lebih tinggi jumlahnya & juga utk pembangunan luar bandar yg
lebih baik.
11. Rakyat terbanyak skrng ini masih menikmati
subsidi tepong, gas memasak, beras ST15, minyak masak, diesel, RON95,
kesihatan/perubatan, pendidikan, rm100 utk anak sekolah, rm250 voucher
buku. Utk pesawah ada pelbagai subsidi padi, ada sara hidup nelayan
rm200 sebulan, bantuan2 JKM, Kedai Rakyat 1Msia dll.
12.
Kebajikan yg banyak ini akan diteruskan malahan akan sentiasa
diperbaiki. Namun, utk membetulkan ke arah yg lebih adil & rasional,
khususnya ttg subsidi minyak secara pukal yg tersasar itu, ianya
memerlukan kefahaman & kesabaran ramai & banyak pihak. Komitmen
kpd kesejahteraan rakyat tetap jadi keutamaan Kjaan. Tkasih.
(ABM/TMK1/1 Okt 14/ 10.45mlm)
--------------------------------------
Dato Hasan Malek memberi penjelasan berikut:
PENERANGAN MENGENAI ISU RASIONALISASI SUBSIDI
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,
Berikut
adalah beberapa penerangan dan pencerahan mengenai persoalan yang
timbul mengenai perlaksanaan rasionalisasi subsidi baru-baru ini.
1. Kerajaan ni tak sebut naikkan harga minyak tapi harga dekat pam naik? Apa sebenarnya ni?
Kerajaan sebenarnya melaksanakan apa yang disebut sebagai rasionalisasi
subsidi yang mana kerajaan mengurangkan hasil pemberian subsidi yang
dibayar kepada syarikat minyak untuk memastikan harga bahan bakar di pam
tetap pada harga tertentu. Apabila sebahagian subsidi ini ditarik balik
hasilnya harga minyak di pam meningkat, sebab itu kita sebut kerajaan
mengurangkan subsidi sebanyak 20 sen seliter maka impak dari keputusan
ni ialah harga di pam meningkat kepada RM 2.30 untuk RON95 dan RM2.20
seliter untuk Diesel.
2. Kenapa rasionalisasi ini dilaksanakan?
Ini sebahagian dari langkah kerajaan untuk menangani defisit belanjawan
negara serta menstabilkan kewangan negara dalam jangka masa panjang.
Defisit bermaksud perbelanjaan kita melebihi dari pendapatan, sebelum
ini kerajaan berbelanja lebih bertujuan untuk memastikan pertumbuhan
ekonomi negara.
Perbelanjaan disalurkan kepada projek pembangunan seperti pembinaan
infrastuktur dan kepada beberapa pakej rangsangan untuk memastikan
ekonomi kita kekal teguh sewaktu pasaran dunia dilanda krisis. Sebab itu
sewaktu krisis pinjaman perumahan di Amerika Syarikat yang berlaku
beberapa tahun lepas Malaysia tidaklah menerima kesan yang begitu teruk.
Kini apabila ekonomi kita stabil dan pasaran dunia juga tidak bergitu
bergolak kerajaan mengambil keputusan untuk memperbetulkan kembali
perbelanjaan negara.
Salah satu tempat yang paling banyak perbelanjaan dikeluarkan ialah
dengan pemberian subsidi bahan bakar yang diberi secara pukal dan tidak
bersasar, sebagai contoh kenderaan mewah akan lebih mendapat manfaat
subsidi berbanding kenderaan ekonomi (motorsikal dan kereta kecil) yang
biasanya digunakan oleh warga berpendapatan rendah. Kerajaan melihat
perbelanjaan ini tidaklah begitu efisyen maka sebab itulah rasionalisasi
dilakukan terhadap pemberian subsidi di sektor ini.
3. Kenapa rasionalisasi subsidi buat terhadap minyak je? Subsidi lain macam mana?
Di sini kerajaan mengambil keputusan untuk memberi fokus kepada subsidi
bahan bakar kerana dilihat pemberian subsidi ini yang dilakukan secara
pukal dan tidak bersasar mempunyai banyak pembaziran dari segi
penyeludupan dan ketirisan.
Untuk pengetahuan, antara penerima subsidi besar yang lain adalah
seperti perbelanjaan kesihatan, persekolahan, subsidi yuran pengajian
tinggi dan sebagainya. Pemberian subsidi ini juga (kesihatan, sekolah
dll) juga meningkat dari tahun ke tahun akibat dari pertumbuhan penduduk
sama seperti perbelanjaan subsidi bahan bakar.
Namun kerajaan membuat keputusan untuk melaksanakan rasionalisasi
subsidi bahan bakar (Petrol dan Diesel) supaya kita tidak perlu
menyentuh mahupun mengurangkan pemberian subsidi sektor ini yang kita
kira jauh lebih penting untuk masa hadapan.
4. Harga minyak dunia turun? Kenapa harga kita naik? Ada berita
negara lain siap turunkan harga minyak lagi baru-baru ni, apa cerita?
Berbeza dengan kebanyakkan negara lain kita tidak mengapungkan harga
bahan bakar akan tetapi kita tetapkan pada harga tertentu. Kebanyakan
negara lain sama ada mengikut harga pasaran secara terus ataupun
melaksanakan sistem subsidi terapung. Contohnya untuk setiap liter
disubsidi sebanyak 30 sen maka kalau harga minyak dunia naik, naiklah
harga di pam, kalau turun maka turunlah harga di pam. Sebab itu harga
mereka turun apabila harga minyak dunia baru-baru ini turun.
Apa yang sedang kita laksanakan ialah rasionalisasi subsidi, bermaksud
kita mengurangkan perbelanjaan terhadap subsidi minyak dan kesan apabila
melakukan rasionalisasi sewaktu harga minyak dunia rendah ialah
penjimatan terhadap kewangan negara lebih berkesan berbanding sewaktu
harga dunia tinggi.
5. Raya Haji dah nak dekat ni, harga minyak naik, kos pun akan beri kesan, macamana?
Pertamanya kementerian sedar dan tahu ianya akan memberi kesan kepada
rakyat, kami memberi komitmen bahawa kementerian akan berusaha untuk
sekurang-kurangnya memastikan harga barangan asas terutama bahan makanan
adalah dalam keadaan terkawal untuk musim perayaan ini.
YB Menteri telah mengarahkan penguatkuasa untuk memastikan para peniaga
untuk tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya. Kami telah meningkatkan
jumlah pemeriksaan dan operasi di kesemua pasar-pasar utama dan premis
perniagaan. YB Menteri juga telah mengarahkan kementerian untuk berjumpa
dengan para pembekal untuk memastikan tiada kekurangan dari segi
bekalan.
Untuk makluman walaupun harga barangan tertakluk kepada hukum pasaran,
KPDNKK masih mempunyai kuasa melalui Akta Kawalan Harga dan Anti
Pencatutan 2011. Sekiranya terdapat aduan dan penguatkuasa kita
mendapati ada kenaikan harga barangan yang melampau maka kita boleh
mengarahkan peniaga memberi penjelasan sekiranya gagal kita boleh ambil
tindakan.
6. Kenapa tak buat lepas raya haji?
Rasionalisasi Subsidi adalah satu tindakan yang tidak popular, ianya
perlu dilakukan tetapi sangat tidak popular, jadi walau apa masa
sekalipun yang dipilih kesannya tetap dirasai. Sebagai contoh kalau
dilakukan selepas Hari Raya haji ada yang akan bertanya mengapa dibuat
sebelum Deepavalli pula, kalau selepas Deepavalli mungkin akan memberi
kesan untuk perayaan Hari Natal.
Apa pun kementerian faham bahawa rakyat akan menerima sedikit beban atas
rasionalisasi subsidi ini dan seperti yang telah diterangkan sebelum
ini kami akan cuba sedaya upaya untuk memastikan barangan asas seperti
makanan terkawal harganya dan bekalan mencukupi untuk musim perayaan.
7. Bagaimana dari segi kos pengangkutan?
Penetapan harga tambang, kos pengangkutan adalah di luar bidang kuasa
KPDNKK namun boleh dirujuk pada Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD).
Akan tetapi sekiranya pengguna merasakan mereka ditipu atau diambil
kesempatan oleh pengusaha yang tidak bertanggungjawab, bolehlah membuat
laporan dan aduan kepada kami melalui hotline 1800 886 800.
8. Kesan terhadap harga barangan?
Kementerian akan memantau dari semasa ke semasa khususnya dari segi
kesan cost past through yakni kesan kenaikan harga minyak ini terhadap
barangan. Kementerian akan mengawasi harga barangan asas dari semasa ke
semasa dan kami akan memastikan kesan minima terhadap barangan asas
seperti bahan makanan.
9. Kenapa buat lepas PRK Pengkalan Kubor? Nak menang pilihanraya ke?
Pelan rasionalisasi subsidi ini telah lama dirancang tanpa menjangkakan
mana-mana pilihanraya kecil diadakan terlebih dahulu, sesungguhnya
rasionalisasi subsidi ini kalau dibuat pada masa apa sekalipun ianya
tetap tidak popular.
10. Mengapa tidak fokus kepada membasmi penyeludupan dan ketirisan berbanding mengurangkan subsidi?
Kita telah pun fokus kepada membasmi ketirisan melalui Ops Titik yang
telah menunjukkan kejayaan dalam mengurangkan penyelewengan diesel
bersubsidi. Namun untuk penyelesaian jangka masa panjang harga di pam
tidak boleh terlalu ketara perbezaanya dengan harga pasaran.
Lagipun fokus utama rasionalisasi subsidi ialah sebagai salah satu strategi untuk mengawal defisit belanjawan negarac.
Dpd :
Pejabat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
SUMBER