Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

11 Ogos 2009

Bekas ahli PKR sanggup jadi saksi - Reformis


PUTRAJAYA 10 Ogos - Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) yang dianggotai ramai bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menyatakan kesediaan untuk menjadi saksi bagi membuktikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pengkhianat bangsa.
Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar berkata, ahli-ahlinya yang terlibat dalam demonstrasi jalanan sekitar lewat 1990-an dulu mengenali watak sebenar Anwar dan motif perjuangannya yang lebih terarah kepada kepentingan politik peribadi.
"Walaupun kami yang paling dekat, paling awal kenali dia (Anwar) dulu, tapi sekarang kami tidak lagi setuju dan tidak mahu berkompromi langsung dengan perjuangannya
"Kami sanggup jadi saksi perkara-perkara berkaitan Anwar yang sememangnya merupakan pemimpin hipokrit, hanya mengejar kepentingan politik peribadi.
"Malah kami berpendapat Anwar juga pengkhianat kepada negara kerana menimbulkan ketidaktentuan politik dan ekonomi, rakyat patut difahamkan perkara sebenar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam yang mengalu-alukan tindakan beberapa pihak termasuk bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Ezam Mohd. Nor yang bersedia menjadi saksi dalam membuktikan Anwar sebagai pengkhianat Melayu.
Menurut Dr. Mahathir, sesiapa sahaja yang mempunyai bukti kukuh mengenai perkara itu sepatutnya bersedia menjadi saksi di mahkamah jika Anwar meneruskan samannya terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ramlan memberitahu, pihaknya sanggup mendedahkan penyelewengan Anwar bukan sahaja terhadap orang Melayu tetapi juga negara selama ini.
Ini kerana, jelas beliau, tindakan- tindakan negatif sedemikian menjadi punca awal kepada ketidakstabilan politik dan ekonomi negara
"Cukuplah, bukan saja kelembapan ekonomi, penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) sekarang juga dia (Anwar) tak ambil kira.
"Kita tidak mahu dia jadi seperti virus penyakit kanser yang menular dan membunuh secara senyap dalam masyarakat dan negara," katanya.


Mat Kelubi kata ;

Korang semua tak boleh pikir lagi ke bukan setakat orang Umno je tak suka Anwar ni orang rapat dia dulu pun tak suka . Ramlan Abu Bakar ni bukannya orang lain orang kesayangan / kepercayaan Anwar dulu. MK tak tau la Anwar dpt ke tak rasa belakang Ramlan tapi yang pastinya MK percaya klu Anwar minta pun Ramlan tak kasi punya .Bagi MK la pendedahan tentang Anwar ni dah menjadi satu kewajipan bagi umat melayu / Islam . Bukan untuk buka aib tapi untuk menyelamatkan umat Nabi Muhammad dari tipu daya setan yang ada dalam diri Anwar ni. Bagi mereka yang mendedahkan perkara ni bagi MK mereka adalah penjuang bangsa agama dan negara demi untuk melihat Malaysia aman dan damai .

07 Ogos 2009

' Khalid takut DAP , tidak hormat Pas '


KUALA LUMPUR 6 Ogos - Jelas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim takut kepada DAP dan tidak menghormati Pas. Itu jawapan ringkas, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika ditanya mengenai kemelut terkini pakatan pembangkang di Selangor.
"Komen saya, jelas Khalid takutkan DAP dan tidak menghormati Pas," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kelmarin Pas Selangor mendesak kerajaan negeri agar segera menyerahkan portfolio kerajaan tempatan yang dipegang Ronnie Liu kepada anggota Exco lain atau Menteri Besar berikutan beberapa masalah yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali berkata, antara masalah yang ditimbulkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri itu ialah sering campur tangan tugas pihak berkuasa tempatan (PBT) hingga menyukarkan penguatkuasaan dijalankan.
Bagaimanapun semalam, Abdul Khalid menolak mentah-mentah desakan Pas itu dengan menganggapnya sebagai bukan isu. [ kilk ]


Mat Kelubi kata ;

Dah terbukti dalam pakatan pembangkang ni Pas sekadar jadi pencukup korum je . PKR kompom dengan DAP masing2 dengan fahaman kafirnya tu . tinggal la Pas terkontangkanting sorang2 dia . Pas nak islam Umno pun wat untuk islam . baik la Pas ngan Umno ni berbaik dah la sedara semelayu seIslam lagi tu. kita sama2 lawan PKR ngan DAP tu . MK dapat rasa selagi Penasihat parti tu ada lagi jgn harap la Pas boleh membuat keputusan dlm pakatan pembangkang . mana lagi maruah berjuang bersama Umno untuk Islam atau jadi kuda babi untuk PKR n DAP .

Tujuh wasiat Raja Melayu


KUALA LUMPUR - Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya. Menurut baginda, wasiat yang disa:mpaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah: :*:Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia); :*:Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain; :*Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara; :*Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-raja Melayu memerintah negara ini; :*Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan; :*Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu; :*Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untukmelindungi Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Kepentingan Sah Kaum-kaum Lain. :Raja Nazrin Shah bertitah demikian semasa melancarkan tiga buku Allahyarham Prof Datuk Dr Syed Hussein Alatas, berjudul Mitos Peribumi Malas, Intelektual Masyarakat Membangun, dan Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi, sempena Seminar Antarabangsa Legasi Pemikiran Syed Hussein Alatas yang bermula Selasa lepas di Dewan Bahasa dan Pustaka di sini. :Menurut baginda, wasiat sembilan Raja Melayu terdiri dari empat negeri Melayu bersekutu dan lima yang tidak bersekutu itu, disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu. :“Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaultan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan ra:kyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu,” titah Raja Nazrin Shah, merujuk kepada Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12; Perkara 38 (5); Perkara 152; Perkara 153 dan Perkara 181 (1). Menurut Raja Nazrin Shah fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan. “Sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-52 pada 31 Ogos ini, sewajarlah fakta-fakta utama dalam perjalanan menuju kemerdekaan itu dipastikan tidak terpendam dari sejarah,” titah baginda. - Bernama


Mat Kelubi kata ;

MK rasa perkara ini perlu diberi perhatian oleh semua pihak rakyat Malaysia. Orang Melayu perlu tau perlu hayati sedalam2nya makna dan maksud perjanjian tersebut. Cuba korang semua bandingkan perjanjian ni dengan perlembagaan UMNO sama kan ada hubungkait. Pas n Pkr x junjung pun perjanjian ni apatah lagi kaum pendatang yang di import oleh British dulu . Korang semua pikir la kalau xde perjanjian ni apa akan jadi dengan bangsa melayu n agama Islam. Kat Malaysia ni xde parti lain yang dokong , junjung perjanjian raja Melayu ni UMNO je . MK seru orang melayu mari kita sokong UMNO/BN untuk pastikan kedudukan kita orang melayu / islam terjamin sehingga akhir hayat .

06 Ogos 2009

Mufti Selangor setuju larangan jual arak


Khamis , 6 Ogos 2009

SHAH ALAM – Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid bersetuju dengan kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang memperjuangkan larangan penjualan arak kepada majoriti penduduk Islam di sesebuah kawasan. Menurutnya, langkah ini wajar dilakukan untuk menjauhkan umat Islam daripada amalan meminum arak yang jelas haram dalam hukum Islam. “Hukum arak tidak boleh dipertikaikan, haram tetap haram, biarpun sedikit atau banyak jumlah alkohol didalamnya, minuman itu tetap haram,” katanya kepada Sinar Harian semalam. Beliau berkata demikian mengulas desakan Pas Selangor kelmarin yang mendesak Kerajaan Negeri melarang penjualan arak di kawasan majoriti Islam. Tamyes berkata, larangan penjualan arak dikawasan majoriti penduduk Islam ini telah lama dibangkitkan sejak isu pemerintahan Barisan Nasional (BN) lagi tetapi masih tidak berkesudahan sehingga kini. “Arak bukan sahaja haram, bahkan orang Islam yang berkaitan dengan penjualan arak juga hukumnya adalah haram,” katanya. Dalam perkembangan yang sama, Tamyes berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sepatutnya diberikan kuasa untuk merampas arak di premis berlesen ekoran penjualannya di kawasan majoriti Islam. “Pengharaman arak pada umat Islam sudah termaktub di dalam hukum, biarpun penjualannya boleh diadapati secara terbuka kini, pokok pangkalnya adalah diri sendiri,” katanya. Tamyes juga menyifatkan tindakan mempersoalkan tindakan PBT dan Jais seperti membuka ‘ikatan tali yang diikat erat’.


Mat Kelubi kata ;

Yang ni MK setuju dengan Mufti. Masalah ini bukan masalah politik tapi masalah umat Islam .
Kita orang Islam tak kira Pas ke Umno ke Pkr ke dalam hal ini kita perlu serius dan bersatu . tak
payah la nak cari silap sape2. Yang penting orang Islam dapat dijaga dipelihara agar keturunan Nabi Adam ini tidak terus hanyut dengan dugaan dan godaan syaitan / iblis yang menyerupai dalam bentuk manusia yang kafir .

LEBIH PRAKTIKAL UNTUK PR

ADA BERMACAM CARA YG PENYOKONG PAKATAN RAKYAT BOLEH LAKUKAN UNTUK MENUNJUKKAN BANTAHAN KEPADA KERAJAAN UNTUK MENGHAPUSKAN I.S.A TANPA MEMUSNAHKAN HARTABENDA DAN MENGANCAM NYAWA. CARA INI ADALAH LEBIH PRATIKAL. PENTOKONG PR NANTI BUAT LA CARA NI..



BOLEH DILAKUKAN SECARA AMAN. TAK PERLU MEMBAWA SEPANDUK. DUNIA AKAN BERSIMPATI DENGAN ANDA.AMACAM PENYOKONG PR, BOLEH KE BUAT CARA NI? KALAU TAK NAK BOLEH CUBA CARA KEDUA NI PLAK



TAPI CARA NI KENA LA BAWAK SEPANDUK..SENJATA? TAK PAYAH BAWAK TAPI SATU JE MAT KELUBI NAK PESAN YANG BELAKANG TU KENA LA TUTUP.BAHAYE WOO KALAU DEDAH MACAM TU JE. DEPAN DEDAH TAK PE,YANG BELAKANG TU TAKUT ADA YANG BERKENAN PULAK!


CARA NI ADALAH ADALAH DILARANG SAMASEKALI KERANA IA ADALAH CARA LAMA DAN IANYA BOLEH MEMBAHAYAKAN NYAWA DAN MEROSAKKAN HARTABENDA. NEGARA KITA KAN TERKENAL DENGAN SEBUAH NEGARA YANG AMAN.MUNGKIN SEBAB TULAH ORANG-ORANG BANGANG (TAK DER OTAK) DARI PAKATAN RAKYAT TAK SUKA I.S.A GAMOKNYE.









03 Ogos 2009

SAMPAI BILA NAK JADI BARUA ANUAR?!!!

Monday, August 3, 2009

1.Adakah kerana taksub kepadanya kita sebagai orang islam sanggup berjihad kononya demi menegakkan keadilan untuk beliau?2.Anuar gembira kerana telah berjaya memesongkan fikiran rakyat,3.10,000 orang sanggup mengadai nyawa demi anuar yang mereka sanjung..untuk anak isteri mahukah sanggup berjuang sehingga ke tahap ini?(mana ada penyokong pembangkang yang senang dan rajin bekerja,mereka ni pemalas dan harap duit dicurahkan kepada mereka sahaja)4.Yang beriya sangat nak mansuhkan ISA buat pe? kalu kita tak buat salah jangan takut,takan merengkok dalam ISA punya.Orang yang salah sahaja yang beriya sangat nak ianya dimansuhkan.

Matkelubi kata ;

rakyat akan berenti jadi barua bila Anwar dalam liang lahad .

SIAPA SEBENARNYA KUDA KAYU?!!!


Monday, August 3, 2009

KEHADIRAN hanya 5,000 penyokong (20 ribu mengikut laporan oleh portal Malaysiakini) Gerakan Mansuh ISA (GMI) menyertai demonstrasi pada 1 Ogos yang lalu menjelaskan hanya sebilangan kecil sahaja rakyat Malaysia yang tidak mahu mengaku akan kesan positif dan keberkesanan ISA dalam memelihara keamanan negara. Sasaran 100,000 pendemonstrasi seperti yang diuar-uarkan oleh penganjur GMI ternyata jauh menyimpang!Seperti yang diduga majoriti yang terlibat dengan demonstrasi haram ini adalah orang Melayu. Gambaran awal GMI seolah-olah semua kaum dari gabungan lebih 80 NGO akan turun berdemonstrasi, namun terbukti kaum-kaum lain tersebut hanya berehat di rumah bersama keluarga sambil menikmati hidangan tengah hari, sedangkan pada masa yang sama terdapat segelintir Melayu sedang melakukan ‘kerja-kerja bodoh’!Golongan Melayu ini juga tidak ubah seperti golongan Melayu “Mat Rempit” yang bodoh, sanggup mempertaruhkan nyawa demi menguji prestasi “mesin bodoh” ciptaan orang lain!Saya ingin berpesan kepada Haji Hadi Awang, sekiranya beliau bercadang mengerahkan ahli-ahli Pas untuk menyertai apa-apa demonstrasi seterusnya, eloklah beliau berpesan kepada Lim Kit Siang agar sama-sama mengerah ahli-ahli DAP agar turun beramai-ramai.Ia bagi memastikan tidak hanya ahli-ahli Pas merasai ‘nikmat’ meriam air dan gas pemedih mata pasukan FRU, sebaliknya ahli-ahli DAP juga patut menikmati kemeriahan ‘pesta air dan gas’ tersebut.Namun mungkin apa yang berlaku itulah “keadilan” mengikut tafsiran PR. Askar-askar Melayu berkorban nyawa mempertahankan tanah air sedangkan sesetengah kaum pula hidup senang lenang, itulah keadilan.Anggota polis berkorban nyawa menjaga keselamatan rakyat, malah kadang-kadang dituduh pembunuh oleh PR, sebaliknya ada pemimpin yang membela kongsi gelap, menghentak meja membentak penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam yang merampas minuman keras! Tetapi itulah konsep “keadilan” mereka! Trend terkini, wakil-wakil PR bukan Melayu akan mencetuskan idea penentangan dan orang-orang Melayu pula akan melakukan demonstrasi jalanan! Ini lagilah adil!Bagaimanapun, alhamdulillah sokongan rakyat terhadap “kerja-kerja bodoh” ciptaan pembangkang ini semakin menurun dan apa yang boleh dikatakan kepada Anwar Ibrahim... Sudah sudahlah tu Anwar Ibrahim ooii!

Matkelubi kata :

Yang bodoh ni orang melayu ciptaan PAS dan PKR. tak pandai guna akal pikiran kurniaan Allah S.W.T