Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

07 Ogos 2009

Tujuh wasiat Raja Melayu


KUALA LUMPUR - Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya. Menurut baginda, wasiat yang disa:mpaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah: :*:Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia); :*:Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain; :*Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara; :*Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-raja Melayu memerintah negara ini; :*Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan; :*Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu; :*Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untukmelindungi Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Kepentingan Sah Kaum-kaum Lain. :Raja Nazrin Shah bertitah demikian semasa melancarkan tiga buku Allahyarham Prof Datuk Dr Syed Hussein Alatas, berjudul Mitos Peribumi Malas, Intelektual Masyarakat Membangun, dan Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi, sempena Seminar Antarabangsa Legasi Pemikiran Syed Hussein Alatas yang bermula Selasa lepas di Dewan Bahasa dan Pustaka di sini. :Menurut baginda, wasiat sembilan Raja Melayu terdiri dari empat negeri Melayu bersekutu dan lima yang tidak bersekutu itu, disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu. :“Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaultan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan ra:kyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu,” titah Raja Nazrin Shah, merujuk kepada Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12; Perkara 38 (5); Perkara 152; Perkara 153 dan Perkara 181 (1). Menurut Raja Nazrin Shah fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan. “Sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-52 pada 31 Ogos ini, sewajarlah fakta-fakta utama dalam perjalanan menuju kemerdekaan itu dipastikan tidak terpendam dari sejarah,” titah baginda. - Bernama


Mat Kelubi kata ;

MK rasa perkara ini perlu diberi perhatian oleh semua pihak rakyat Malaysia. Orang Melayu perlu tau perlu hayati sedalam2nya makna dan maksud perjanjian tersebut. Cuba korang semua bandingkan perjanjian ni dengan perlembagaan UMNO sama kan ada hubungkait. Pas n Pkr x junjung pun perjanjian ni apatah lagi kaum pendatang yang di import oleh British dulu . Korang semua pikir la kalau xde perjanjian ni apa akan jadi dengan bangsa melayu n agama Islam. Kat Malaysia ni xde parti lain yang dokong , junjung perjanjian raja Melayu ni UMNO je . MK seru orang melayu mari kita sokong UMNO/BN untuk pastikan kedudukan kita orang melayu / islam terjamin sehingga akhir hayat .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan