Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

19 Julai 2011

Sistem Biometrik lagi berkesan dari dakwat kekal


Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) menyambut baik pelaksanaan sistem biometrik atau teknik imbasan ibu jari yang akan diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihan raya umum akan datang.

Presidennya, Datuk Zaid Ibrahim berkata, teknik berkenaan merupakan satu inovasi yang begitu efisien bagi mengelakkan berlakunya undi lebih daripada sekali dalam mana-mana pilihan raya.

"Bagaimanapun, ia perlu diperjelaskan kepada rakyat bagi mengelakkan kesangsian. Saya rasa biometrik itu cadangan yang bagus kerana ia ke arah penyelesaian undi dua kali atau lebih.

"Tetapi jika isu ini tidak dijelaskan secara objektif, maka akan timbul politik. Adakah rakyat faham apa yang dikatakan biometrik? Di sinilah maksudnya akan timbul kesangsian.

"Pelaksanaan teknik berkenaan sewajarnya dipuji tetapi ramai yang tidak mengetahuinya, justeru, ia perlu diberi penerangan kepada rakyat supaya mereka lebih memahami konsep pelaksanaannya,"

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang membidas pendirian Pas dan PKR yang dikatakan menolak pelaksanaan sistem baru itu tanpa memberi peluang pihaknya menilai keberkesanan teknik berkenaan terlebih dahulu.

Melalui sistem perkongsian SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu, identiti setiap pemegang Mykad yang mahu mengundi akan diperiksa menggunakan maklumat bersama yang diperoleh dari JPN bagi menentukan pengundi tidak mengundi lebih daripada sekali.

Bagaimanapun, Pas dan PKR menolak penggunaan sistem tersebut walaupun SPR memberi jaminan proses pengundian akan menjadi lebih telus menerusi kaedah itu.


Matkelubi : Pembangkang takut pecah tembelang sebab tu tak sokong...... bimbang tembelang pengundi hantu terbongkar...

18 Julai 2011

PAS tunduk pada DAP... Cam mana nak laksana hukum hudud kat Malaysia..



Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba ‘menegakkan benang basah’ apabila menafikan parti itu sekali lagi terpaksa tunduk kepada DAP, berhubung isu larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang Ramadan nanti.

Meskipun fakta menunjukkan Pas terpaksa menarik balik larangan penuh, kurang 24 jam selepas menerima kata dua daripada DAP, Abdul Hadi mendakwa, perubahan kepada larangan sedia ada itu kononnya demi membetul peraturan salah yang dibuat oleh UMNO.

Pada masa sama, beliau turut menyalahkan UMNO dan media arus perdana, termasuk akhbar berbahasa Cina, kerana dituduh sengaja memutar-belitkan berita bagi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat bukan Islam dan orang Islam itu sendiri.

Kelmarin, Karpal yang juga Pengerusi DAP memberi kata dua kepada Kerajaan Pas Kedah supaya menarik balik larangan operasi pusat hiburan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri itu, mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Serentak dengan amaran tersebut, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan negeri setuju menimbangkan semula larangan berkenaan bagi menggembirakan semua pihak yang menentang keputusan itu.

15 Julai 2011

DAP - Satu lagi perhinaan kepada Islam..


PEMIMPIN DAP dapat satu lagi pengiktirafan apabila Pas menyokong ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim yang mahu membacakan sebuah hadis pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Selasa lalu.

Mat Kelubi lihat ini juga satu lagi taktik DAP untuk menunjukkan kononnya parti anti Negara Islam itu sedang berusaha merapatkan diri mereka dengan umat Islam.

Entah sama ada hadis yang mahu dibacakan oleh wakil rakyat DAP itu sahih atau tidak, dia pun tak tahu. Jadi betullah tindakan Datuk Mohamad Satim Diman menegur perbuatan itu.

Pada Mat Kelubi kita tidak boleh biarkan sesiapa sahaja sesuka hati menggunakan hadis untuk menguatkan hujahnya apatah lagi oleh orang kafir.

Budaya salah guna ayat-ayat daripada kitab suci al-Quran dan hadis tidak boleh dibiarkan. Sudah banyak tempat dan majlis, ayat al-Quran dan hadis dipermainkan oleh DAP.

Sudah tentu, penggunaan hadis itu bukan untuk diamalkan oleh pemimpin DAP, tetapi lebih ke arah kepentingan politik.

Mat Kelubi berasa sedih melihat pemimpin Islam dalam Pas dan PKR menyokong DAP untuk ‘memutar-belitkan’ ayat al-Quran dan hadis.

Hari ini DAP boleh baca hadis, esok atau lusa mereka pula akan ajar kita hadis mana yang patut kita baca dan ikuti.

Mat Kelubi - Dap dah semakin melampau

24 Jun 2011

Siapa ambiga





Ambiga adalah seorang peguam keturun india yang pernah menguris perasaan umat Islam ketika dahulu apabila terlibat dengan Suruhanjaya Antara Agama ataupun bahasa ornag putihnya Inter Faith Commission ( IFC )...


Perkara yang dituntut oleh IFC salah satu nya adalah tentang seseorang anak yang lahir oleh ibu bapa yang beragama Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam..


Cuba anda semua fikirkan jika kerajaan tunduk pada desakan ambiga ketika itu.. apa akan jadi pada umat Islam di Malaysia ini..


Sekarang dia mahukan orang melayu dan umat Islam khasnya berpecah belah dengan mengadakan perhimpunan haram pulak..konon nya untuk menuntut satu pilihanraya yang bersih dan adil...sedangkan segala tuntutan yang dituntut sudah di persetujui oleh SPR untuk dibincangkan... kenapa perlu nak berhimpun lagi..


Justeru itu Mat Kelubi sarankan agar semua orang melayu umat Islam khasnya jauhi diri dari menghadiri perhimpunan yang dianjurkan oleh si ambiga ini....


Jangan gadaikan keamanan yang dikecapi selama ini hanya untuk memenuhi cita2 seseorang yang rosak moralnya..........









22 Jun 2011

Perhimpunan Haram






Dari Ibnu Umar RA, Dari Nabi Muhammad SAW, Sabdanya: Perumpamaan orang munafik, seperti seekor kambing betina yang binggung mengikuti dua ekor kambing jantan. Sekali dia hendak mengikut yang ini, kali yang lain hendak mengikuti yang satu lagi. - SAHIH MUSLIM

Apa hebatnya si kambing betina ini?.... sehinggakan banyak kambing jantan begitu taksub kepada betina ini. Adakah kambing betina ini juga anugerah tuhan untuk di tenggek oleh kambing jantan. Secara hukumnya memanglah kambing betina ini dilahirkan untuk kambing jantan, tetapi keinginan mereka seakan dalam situasi rela paksa, kambing jantan berjanggut putih pun cuba menghidu dimana letaknya keistimewaan kambing betina dan ada juga kambing jantan sasa yang nafsunya sentiasa bergelora tak mengira masa

Mat Kelubi menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia supaya menjauhkan diri dan tidak mengambil bahagian dalam aktiviti mereka. Perhimpunan haram ini akan mencetuskan huru hara dan keganasan yang sengaja di cipta oleh mereka. Akan berlaku bertembungan diantara sesama sendiri. Yang akan menjadi kenyataan kegiatan perniagaan pasti akan lumpuh, kesesakkan akan membawa kesusahan kepada rakyat.




06 Januari 2011

Rais Yatim Sedia Disiasat , Pembangkang Cam Mana Pulak.




Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim bersedia untuk disiasat dakwaan yang dibuat oleh blogger yang mengatakan ada bukti Rais memperkosa Amah pada 2007 dahulu.

Mat Kelubi bersetuju dan menyokong penuh agar siasatan segera dilakukan agar rakyat dapat mengetahui adakah dakwaan ini benar ataupun sekadar mainan politik murahan dan keji parti pembangkang.

Rais berkata ;

“Saya menafikan sebarang alegasi tersebut sama ada yang berkaitan alegasi memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik,” katanya dalam kenyataan di sini.
“Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara.”
Rais berkata, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siasatan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi
. ( KLIK )

Mat Kelubi juga mengalu-alukan siasatan dilakukan terhadap pemimpin pembangkang seperti dakwaan yang dilakukan oleh beberapa blogger yang lain mengenai dakwaan terdapat Adun yang ditangkap berkhalwat dalam keretapi.

Berani kerana benar takut kerana salah. Syabas Dato Rais Yatim …..