Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

19 Julai 2011

Sistem Biometrik lagi berkesan dari dakwat kekal


Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) menyambut baik pelaksanaan sistem biometrik atau teknik imbasan ibu jari yang akan diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihan raya umum akan datang.

Presidennya, Datuk Zaid Ibrahim berkata, teknik berkenaan merupakan satu inovasi yang begitu efisien bagi mengelakkan berlakunya undi lebih daripada sekali dalam mana-mana pilihan raya.

"Bagaimanapun, ia perlu diperjelaskan kepada rakyat bagi mengelakkan kesangsian. Saya rasa biometrik itu cadangan yang bagus kerana ia ke arah penyelesaian undi dua kali atau lebih.

"Tetapi jika isu ini tidak dijelaskan secara objektif, maka akan timbul politik. Adakah rakyat faham apa yang dikatakan biometrik? Di sinilah maksudnya akan timbul kesangsian.

"Pelaksanaan teknik berkenaan sewajarnya dipuji tetapi ramai yang tidak mengetahuinya, justeru, ia perlu diberi penerangan kepada rakyat supaya mereka lebih memahami konsep pelaksanaannya,"

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang membidas pendirian Pas dan PKR yang dikatakan menolak pelaksanaan sistem baru itu tanpa memberi peluang pihaknya menilai keberkesanan teknik berkenaan terlebih dahulu.

Melalui sistem perkongsian SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu, identiti setiap pemegang Mykad yang mahu mengundi akan diperiksa menggunakan maklumat bersama yang diperoleh dari JPN bagi menentukan pengundi tidak mengundi lebih daripada sekali.

Bagaimanapun, Pas dan PKR menolak penggunaan sistem tersebut walaupun SPR memberi jaminan proses pengundian akan menjadi lebih telus menerusi kaedah itu.


Matkelubi : Pembangkang takut pecah tembelang sebab tu tak sokong...... bimbang tembelang pengundi hantu terbongkar...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan