Pengikut
wajib tolak
08 Disember 2016
06 Disember 2016
09 Jun 2016
01 Jun 2016
16 Mei 2016
12 Mei 2016
LIM GUEN ENG BAKAL LETAK JAWATAN KM P.PINANG!!!!!!!!!
Dari Pulau Pinang, manusia yang sikit-sikit nak berdebat, sikit-sikit nak berbahas di hadapan orang ramai, langsung tidak berani panggung muka dan menjawab persoalan-persoalan tentang skandal dan penyelewengan kuasa di Pulau Pinang yang sedang dibangkitkan oleh Abdul Rahman Dahlan.
Lim Guan Eng buat pertama kalinya merasai sendiri serangan walaupun selama ini dia yang lebih banyak menyerang. Dia terus ditanya dan ditanya. Dan akhirnya jawapan-jawapan yang diberikan semuanya adalah putar belit.
Banglonya di Jalan Pinhorn, adalah pemangkin kepada siri pemecahan yang lain. Dari banglo tersebut yang mempunyai kaitan rapat dengan tanah Taman Manggis yang sepatutnya digunakan untuk membina perumahan rakyat termiskin, tetapi dijual kepada syarikat KLIDC yang kemudian merancang untuk menjual pula tanah tersebut yang langsung tidak dibangunkan pada kadar harga yang jauh lebih tinggi berbanding harga yang mereka bayar kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Satu persatu Lim Guan Eng dipersoalkan. Kini, Abdul Rahman Dahlan bertanyakan tentang mengapa Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan Lim Guan Eng, telah membazirkan wang rakyat sebanyak lebih RM300 juta semata-mata untuk membayar kertas kerja dan kajian bolehlaksanaan sahaja.
18 April 2016
08 April 2016
05 April 2016
BangloNoSwimmingPool: Adun DAP bakal dipecat
AIDCNews – 04/4/16 – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Tanjong Bungah, Teh Yee Cheu didesak letak jawatan kerana lantang bersuara mengkritik kepimpinan Lim Guan Eng dan percubaan untuk mengehadkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada dua penggal
Perkara tersebut didedahkan oleh pembantu Teh, Carolyn Khor dalam surat terbuka yang ditulis untuk mempertahankan bosnya itu.
Desakan terhadap Teh itu dilakukan oleh veteran DAP Pulau Pinang yang menghantar mesej supaya ADUN Tanjong Bungah itu meletak jawatan dan keluar daripada parti, dedah Khor.
Khor mengkritik desakan peletakan jawatan itu dengan berkata ia bertentangan dengan prinsip keadilan, kesaksamaan dan kebebasan bersuara memandangkan Teh telah dipilih oleh rakyat.
“Kita perlu menyelamatkan Pulau Pinang daripada genggaman pemimpin autokratik yang tidak lagi dapat membezakan antara yang betul dan salah,” kata Khor yang juga Ketua Komunikasi Wanita PKR dalam satu kenyataan.
Khor berkata Guan Eng sepatutnya memanfaatkan cadangan untuk memulihkan semula popularitinya di kalangan rakyat Pulau Pinang yang semakin merosot susulan publisiti buruk dikaitkan dengan dirinya baru-baru ini.
Katanya, Guan Eng juga sepatutnya tidak berasa tergugat dengan cadangan itu.
30 Mac 2016
Miss P Buka Rahsia Sulit Guan Eng
Miss P atau nama sebenarnya Phang Li Koon pemilik asal banglo di Jalan Pinhorn yang dibeli oleh Lim Guan Eng telah membuka rahsia yang selama ini cuba disembunyikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
‘Kemunculan’ Miss P melalui akuan bersumpahnya yang dibacakan oleh Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh (ADUN DAP Sungai Puyu) menyebabkan orang ramai mula tertanya-tanya siapa Miss P, apa kaitan dengan Phee dan apa kisah sebenar di sebalik insiden tersebut.
Kisah banglo di Jalan Pinhorn, Miss P seumpama satu ketulan ais (tip of the iceberg) yang membongkar satu gambaran besar pentadbiran Setiausaha Agung DAP, Guan Eng di Pulau Pinang.
Ia juga turut membongkarkan kroni-kroni Guan Eng dan aktiviti-aktiviti bawah tanah yang cuba disembunyikan selama ini.
Akarnya di Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC), di mana Tan Sri Dato’ Seri Tan Kok Ping berkuasa sebagai Presiden selama 12 tahun dan menyerahkan Datuk Seri Choot Ewe Seng pada tahun 2012, namun beliau (Kok Ping) dan Dato’ Loh Geok Beng dilantik sebagai Penasihat Eksekutif badan tersebut.
29 Mac 2016
1MDB : Rapiji Sotun menipu lagi
KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menafikan sekeras-kerasnya ia menjadi punca bagi sebarang kelewatan pembayaran kepada anggota angkatan tentera.
Syarikat itu mengulangi pengesahannya pada 21 Mac bahawa semua bayaran kepada Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM), anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) seperti yang terkandung dalam kontrak, dibuat mengikut waktunya dan tidak terdapat tunggakan.
“1MDB merujuk kepada pendedahan Rafizi Ramli (Naib Presiden PKR) hari ini (semalam) tentang apa yang beliau tegaskan kononnya sebagai sedutan daripada Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, yang mengikut kefahaman kami, terletak di bawah Akta Rahsia Rasmi.
“Walaupun 1MDB sebelum ini mengesahkan bahawa ia mengalami ketakpadanan aliran tunai pada 2015, tetapi syarikat ini ingin mengulangi pengesahan yang dibuatnya pada 21 Mac bahawa semua bayaran kepada PPHM seperti yang terkandung dalam kontrak, dibuat mengikut masanya dan tidak berlaku kelewatan pembayaran.
“Begitu juga, 1MDB menafikan sekeras-kerasnya bahawa ia menjadi punca bagi sebarang kelewatan pembayaran kepada anggota angkatan tentera,” kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bernama.
28 Mac 2016
25 Mac 2016
24 Mac 2016
23 Mac 2016
22 Mac 2016
21 Mac 2016
16 Mac 2016
15 Mac 2016
JANGAN BENARKAN CASSANDRA HOOI PULANG KE MALAYSIA... TARIK KERAKYATAN WARGA MALAYSIA...
Pelajar Malaysia berbangsa CINA di Universiti Nottingham United Kingdom dikatakan telah menghantar petisyen ke pihak Universiti berkenaan untuk menurunkan potret Perdana Menteri yang berada di Universiti tersebut.
Ini adalah satu tindakan biadab yang dilakukan oleh pelajar Malaysia berbangsa CINA ini. Ini pasti agen DAP laknat?
Cassandra mengatakan bahawa persatuan pelajar universiti berkenaan kecewa dengan Perdana Menteri yang kononnya gagal menjawab isu berhubung dengan 2.6 billion.
Persoalannya kini, adakah pelajar pelajar ini begitu bodoh hingga tidak mampu untuk mencari maklumat sama ada persoalan tersebut sudah terjawab ataupun belum.
Takkan pelajar yang begitu hebat tidak mampu untuk membuat penilaian dan jika tak mampu rasanya sia sia duduk belajar di universiti ternama berkenaan.
Kepada YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri, rakyat Malaysia amat mengharapkan agar kerakyatan mereka yang terlibat dalam perkara tersebut ditarik balik memandangkan mereka ini sudah tiada keyakinan dengan negara sendiri dan adalah lebih baik jika mereka mereka ini Bingaman negara ini. SUMBER
14 Mac 2016
KISAH BENAR APRIL 1987 : JIKA NAJIB TIDAK BANTU, MAHATHIR HANYA ENAM TAHUN MENJADI PERDANA MENTERI
PADA malam 23 April 1987, kira-kira 29 tahun lalu. Satu perhimpunan telah diadakan di Hotel Hilton Kuala Lumpur. Hotel di Jalan Sultan Ismail ini antara hotel antarabangsa terawal di ibu kota, sekarang sudah hilang dari pandangan setelah ‘direbankan’ (flattened) untuk dibuat bangunan baharu, yang kini dikatakan terbengkalai.
Cukup genting pada masa itu perebutan kuasa antara dua tokoh – Dr. Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).
Hilton menjadi markas jentera Mahathir, manakala Hotel Regent di Jalan Imbi menjadi markas Ku Li.
Perhimpunan Agung UMNO dan pemilihan akan diadakan di PWTC keesokan harinya pada 24 April.
Perhimpunan Agung UMNO dan pemilihan akan diadakan di PWTC keesokan harinya pada 24 April.
Perhimpunan di Hilton itu diadakan oleh Dr. Mahathir bagi mengumpul sokongan. Suasana amat terdesak. Dr. Mahathir selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri terasa amat terancam. Dia cukup tertekan.
Dia menghadapi tentangan maha hebat untuk mempertahankan jawatan Presiden. Ku Li bukan calang-calang orang dan Dr. Mahathir merasakan dia boleh dikalahkan.
Berlaku perpecahan yang amat dahsyat dalam sejarah politik Melayu ketika itu. Satu peperangan politik umpama kisah Clash of the Titans dan David and Goliath.
Akibatnya terbentuk dua team. Team A dan Team B. Team A Mahathir bersama Tun Ghafar dan Anwar Ibrahim serta Team B Ku Li bersama Musa Hitam, Pak Lah, Datuk Manan Osman, Rais Yatim, Datuk Zainal Abidin Zain. Najib selaku Ketua Pemuda UMNO juga dikatakan menyatakan sokongan kepada Team B.
Dr. Mahathir yang terdesak membuat perancangan. Dipanggil semua penasihatnya, termasuk ADC atau Ketua Pengawal Peribadinya, Mohamad Ali (Pak Ali). Beliau perlu memikirkan dengan cepat. Masa tidak lama sebelum pengundian pagi keesokan harinya.
Hanya 11 jam sahaja yang tinggal.
“Ali pergi cari Najib cepat!” kata Dr. Mahathir kepada Pak Ali.
Pada waktu itu, di Bukit Tunku; Najib dan isterinya Rosmah sedang mengemas kediaman yang baru mereka sewa serta menyambut tetamu.
“Ali pergi cari Najib cepat!” kata Dr. Mahathir kepada Pak Ali.
Pada waktu itu, di Bukit Tunku; Najib dan isterinya Rosmah sedang mengemas kediaman yang baru mereka sewa serta menyambut tetamu.
Najib tidak mahu memikirkan soal UMNO atau apa yang berlaku di Hotel Hilton pada malam itu.
Sebaliknya, Dr. Mahathir amat memerlukan sokongan Najib. Masa ketika itu cukup genting.
Sebaliknya, Dr. Mahathir amat memerlukan sokongan Najib. Masa ketika itu cukup genting.
Di kediaman ibu Najib, Tun Rahah di Jalan Eaton pada malam yang sama, kelihatan masuk deretan radio car (kereta peronda polis) dan sebuah kereta besar semacam kereta Perdana Menteri.
“Saya yang tinggal depan rumah Tun Rahah nampak kereta itu masuk. Saya pun keluar menemui Tun Rahah.
“Kelihatan body guard Dr. Mahathir tiba bersama radio car itu.”
Dr. Mahathir mengarahkan pengawal peribadinya itu mencari Najib. Najib perlu dibawa dengan kereta besar Perdana Menteri ke Hotel Hilton pada malam itu juga. Najib perlu ditunjukkan kepada perwakilan. Sokongan Najib kepada Dr. Mahathir adalah penentu.
“Kelihatan body guard Dr. Mahathir tiba bersama radio car itu.”
Dr. Mahathir mengarahkan pengawal peribadinya itu mencari Najib. Najib perlu dibawa dengan kereta besar Perdana Menteri ke Hotel Hilton pada malam itu juga. Najib perlu ditunjukkan kepada perwakilan. Sokongan Najib kepada Dr. Mahathir adalah penentu.
“Saya bertanya kepada Tun Rahah apa yang perlu dilakukan. Beliau berkata, mintalah Najib pergi sebagaimana Tun Razak taat kepada Tunku dahulu.”
Itu kata-kata Datuk Idris Shaari Mat Aris yang saya andaikan sebagai bapa angkat atau guidance angel kepada anak-anak Tun Abdul Razak.
Itu kata-kata Datuk Idris Shaari Mat Aris yang saya andaikan sebagai bapa angkat atau guidance angel kepada anak-anak Tun Abdul Razak.
Idrislah yang mula mengasuh Najib bermula beliau pulang dari England sehingga menjadi Menteri Besar Pahang pada usia yang muda dan pengalaman yang cetek. Idris ialah Pengawal Peribadi kepada Tun Razak dan apabila Tun Razak meninggal beliau menjadi Setiausaha Sulit kepada Tun Rahah.
Saya menemui Idris kelmarin dalam satu mesyuarat di Kuala Lumpur. Sebagai seorang yang sudah berusia 70an fikiran Tok Deris, panggilan kami kepadanya, masih tajam. Cuma fizikalnya agak lemah dan memerlukan tongkat dan pembantu untuk berjalan.
Mendengarkan kata-kata Tun Rahah itu maka Idris meminta body guard Dr. Mahathir mengikutinya ke kediaman baharu Najib di Bukit Tunku.
Semasa kami tiba dengan petrol car dan kereta besar Perdana Menteri itu, Najib sedang menemui tiga orang perwakilan dari Pahang.
Semasa kami tiba dengan petrol car dan kereta besar Perdana Menteri itu, Najib sedang menemui tiga orang perwakilan dari Pahang.
“Saya masuk ke dalam bilik dan berjumpa Najib. Saya kata Dr. Mahathir minta Datuk (Najib) pergi juga malam ini ke Hilton.
“Mummy (Tun Rahah) pun cakap pergilah Tok.”
Najib menjawab: Takpalah, Deris pergilah dulu.
Saya masih merasa was-was dan bertanya sekali lagi dengan Najib, adakah beliau akan pergi?
“Setelah mendapat jaminannya maka saya pun pergi. Saya bagi tahu Ali bahawa Najib akan pergi ke Hilton.
Saya juga pergi ke Hilton dan saya diminta Ali berada di tepi pentas.
“Semasa saya tiba Tok Mat (Datuk Mohamed Rahmat) sedang berucap menghentam Najib,” kata Idris sambil ketawa.
“Semasa saya tiba Tok Mat (Datuk Mohamed Rahmat) sedang berucap menghentam Najib,” kata Idris sambil ketawa.
Dr. Mahathir mengarahkan supaya satu kerusi di meja utama dikosongkan bagi memberi tempat kepada Najib.
“Kemudian Ali memberitahu saya Najib sudah sampai.” Kata Idris, beliau nampak Najib tiba dengan kawan lama sekolahnya di St. John’s Institution, bernama Dr. Tiagi.
Apabila Najib masuk semua hadirin bangun bertepuk tangan. Nada ucapan tiba-tiba bertukar. Dr. Mahathir amat gembira dengan kemunculan Najib itu.
Akhir sekali keesokan harinya Dr. Mahathir menang mengalahkan Ku Li dengan margin yang tipis. Dr Mahathir menang sebanyak 43 undi ke atas Ku Li, iaitu 761 berbanding 718 undi untuk jawatan Presiden UMNO.
Akhir sekali keesokan harinya Dr. Mahathir menang mengalahkan Ku Li dengan margin yang tipis. Dr Mahathir menang sebanyak 43 undi ke atas Ku Li, iaitu 761 berbanding 718 undi untuk jawatan Presiden UMNO.
Dr. Mahathir hampir tersungkur. Tak perlulah saya bagi details apa yang berlaku semasa pengundian itu sedang dijalankan. Mengapa tiba-tiba bunyi bising dengan lagu-lagu dan lampu tiba-tiba padam.
Akibat kemenangan Dr. Mahathir itu Team B dianggotai oleh 11 ahli UMNO (dikenali sebagai UMNO 11) membawa ke mahkamah kerana dikatakan pemilihan itu tidak sah.
Kes itu telah dibicarakan di hadapan Hakim Harun Hashim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988.
Setelah beberapa siri perbicaraan yang mengambil masa selama tujuh bulan, Harun telah memutuskan bahawa di bawah undang-undang, beliau tiada pilihan melainkan mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah kerana wujudnya beberapa cawangan yang tidak didaftarkan dan dianggap tidak sah di bawah Akta Pertubuhan.
Cuma moral kisah daripada cerita Datuk Idris tadi ialah: Najib ketika itu telah memberi pengorbanan yang paling besar atas nama kesetiaan kepada Dr. Mahathir sehingga dapat beliau mentadbir negara selama 22 tahun seterusnya.
“Apakah Dr. Mahathir mengetahui mengenai kisah itu? Mahathir tidak tahu…” kata Idris.
Sumber: http://m.utusan.com.my/rencana/1987-najib-dan-nyawa-politik-mahathir-1.198723
10 Mac 2016
29 Januari 2016
Langgan:
Catatan (Atom)