Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

27 Oktober 2009

Penceramah Pas Kena ' Sound '



Jangan sibuk!

PUTRAJAYA: Bengang dengan kritikan Akhil Hayy, penyanyi rock, Ahmad Azhar Othman atau Awie, 42, mahu penceramah itu tutup mulut dan mencermin diri sendiri sebelum cuba mentarbiah artis yang kononnya terpengaruh dengan ajaran sesat. cerita penuh

Mat Kelubi kata ;

MK setuju juga kata ahmad azhar othman @ Awie ni . ye la diri pun tak berapa betul nak tarbiah orang lain pulak. Dia ni cam tok guru politik nyanyuk dan sesat juga la perangainya .



26 Oktober 2009

Sandiwara atau Realiti

Melaka dakwa isu EGM mainan UMNO
MELAKA 25 Okt. - Pas Melaka mengambil pendekatan tunggu dan lihat cadangan Muktamar Agung Khas (EGM) bagi menentukan sama ada pemimpin Pas yang prokerajaan perpaduan diterima atau ditolak daripada parti itu.

Saya akan jumpa Nik Aziz – Harun
KUALA TERENGGANU 25 Okt. – Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib mahu menemui Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam tempoh terdekat ini bagi mendapatkan penjelasan berhubung cadangan Mursyidul Am Pas itu supaya parti mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM).

Krisis Pas: Aziz Bari pertahan tulisannya
KUALA LUMPUR 25 Okt. - Pemerhati politik, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tidak takut mempertahankan penulisannya mengenai krisis kepimpinan Pas dalam sebuah akhbar tempatan Isnin lalu.

Nasrudin terkejut alasan Mursyidul Am
KUALA LUMPUR 25 Okt. - Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan hairan dan terkejut dengan alasan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan diadakan Muktamar Agung Khas (EGM) iaitu bagi membersihkan parti daripada golongan prokerajaan perpaduan.

Kumpulan liberal gunakan Nik Aziz?
KUALA LUMPUR 25 Okt. - Golongan liberal dalam Pas dipercayai mempergunakan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya diadakan Muktamar Agung Khas (EGM) bertujuan menyingkirkan kepimpinan sedia ada. ( semua cerita penuh )


Mat Kelubi kata ;

Yang menjadi pertanyaan nya sampai bila sindrom menyalahkan orang lain dan sindrom menafikan segala permasalahan dalam puak Pas ni akan berakhir.

24 Oktober 2009

Suara Nyanyuk Nik Aziz - Adakan EGM Pas

Mat Kelubi kata ;

KEGELISAHAN Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai kumpulan pemimpin Pas Perosak Agama yang pemikiran mereka tidak sealiran dengannya tidak lagi dapat disembunyikan.

Beliau secara terbuka jelas tidak senang dengan kumpulan pemimpin terbabit.

Akhirnya, Mursyidul Am Pas Perosak Agama itu mahukan muktamar khas dipanggil bagi menentukan kedudukan kumpulan yang dirujuknya sebagai “dua tiga kerat pemimpin bermasalah”.

MK berpendapat elok mesyuarat itu diadakan supaya perwakilan secara pasti dapat membuat keputusan tentang pemikiran bagaimanakah yang mereka mahukan.

Semua tahu beberapa pemimpin kanan Pas Perosak Agama Pusat antara yang dilihat sebagai pro-UMNO ekoran munculnya idea pembentukan kerajaan perpaduan menerusi kerjasama dengan parti pemerintah. Dan semua tahu, Nik Abdul Aziz tidak senang dengan idea itu.

Apa yang pasti, pergolakan dalaman Pas Perosak Agama sudah tidak boleh dibendung lagi. Ia sudah mencapai tahap yang memerlukan perwakilan memberi mandat baru mengenai hala tuju parti tersebut.

Selamat bersidang Nik Aziz nyanyuk.

22 Oktober 2009

Pemuda Pas Serah Memorandum Pada Suhakam


Mat Kelubi kata ;

SEMUA orang tahu Pas Perosak Agama bukan sahaja gagal menawan Bagan Pinang 11 Oktober malah majoriti yang diraih Barisan Nasional bertambah dengan ketara sekali.

Dan, antara tamparan kepada Pas Perosak Agama pada pilihan raya kecil itu ialah kemerosotan jelas undi pos yang diperolehnya.

Maka timbullah pada Pas Perosak Agama rasa tidak senang hati terhadap undi pos padahal parti itu tidak pula bersuara semasa ia meraih banyak undi pos di kawasan itu pada pilihan raya umum lalu.

Justeru, Mat Kelubi tidak terperanjat apabila Pemuda Pas Perosak Agama menyerahkan memorandum kepada Suhakam supaya menyiasat sistem pengundian pos yang didakwa terdapat kelemahan.

MK pasti tiada pihak yang akan membantah apa-apa usaha untuk memperkasakan apa juga sistem termasuklah sistem undi pos kerana ia akhirnya akan memanfaatkan kita yang menggunakannya.

Namun, adalah sesuatu yang janggal apabila ada pihak mula menyalahkan sesuatu sistem hanya apabila hasil penggunaan kaedah itu tidak banyak membantu atau tidak memihak kepadanya.

Dalam konteks hasil pilihan raya kecil Bagan Pinang, MK berharap Pas Perosak Agama menyuluh diri sendiri sebelum mahu menyalahkan pihak lain termasuklah sistem pilihan raya.

Rakyat dan sesetengah ahli Pas Perosak Agama sudah muak dan jelek terhadap kepimpinan Pas Perosak Agama kerana membiarkan agama Islam dipersenda dan dipermainkan oleh puak2 ini.

Bagi mereka Pas Perosak Agama sudah tidak seperti dulu. Pas Perosak Agama sekarang ini sudah jadi parti yang merosakkan agama Islam dan akidah umat Islam .

21 Oktober 2009

Pas Gagal Didik Rakyat Kelantan



Ketibaan Tengku Muhammad Faris Petra disambut oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis pembukaan rasmi Persidangan Dewan Undangan Negeri di Kota Bharu, semalam.


Gejala sosial, jenayah di Kelantan membimbangkan
KOTA BHARU 20 Okt. - Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra bimbang dengan peningkatan gejala sosial dan jenayah di negeri ini dan mahu ditangani secara serius.
Bertitah di majlis pembukaan rasmi Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, baginda menganggap isu berkenaan sebagai 'virus'.
Titah baginda, yang paling membimbangkan ialah apabila masalah gejala sosial itu turut melibatkan remaja bawah umur dan telah merebak hingga ke kawasan pedalaman.
''Beta ingin menarik perhatian mengenai peningkatan gejala sosial dan jenayah yang semakin membimbangkan di negeri ini. Isu yang sering didengar seperti ragut, rompak, penyalahgunaan dadah, rogol, lepak dan sebagainya sering terpapar di dada akhbar tempatan. ( KLIK )
Mat Kelubi kata ;
Apa dah jadi ni . katanya negeri Serambi Mekah. tak kan la banyak sangat kes jenayah dan gejala sosial. Apa yang pemimpin negeri ni buat. katanya mengamalkan dasar islam tapi tak islamik pun rakyat negeri ni .
MK tengok la pemimpin pas perosak agama ni memang nak rosak kan rakyat negeri kelantan , ye la klu dah tiap2 minggu wat ceramah je klu ceramah agama takpe juga ni asyik ceramah wat fitnah orang mengutuk orang tu je yang puak2 pemimpin pas perosak agama ni buatnya. mana taknya rakyat jadi semakin teruk.
ni bukan dah membangun bersama islam tapi dah jadi jahanam bersama islam pas. malangnya sungguh rakyat negeri kelantan dapat pemimpin yang macam ni. dah la pembangunan takde rakyat pulak dah jadi samseng dan kurang akhlak .kesian, kesian .
Tak kan nak biar je jadi camtu sampai bila2, moh la pakat ramai2 tukar kerajaan negeri tu.

20 Oktober 2009

Mengiktiraf tanggal 16 September sebagai Hari Malaysia


SETELAH 46 tahun Sabah dan Sarawak mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Persekutuan Malaysia, semalam adalah hari penuh sejarah bagi seluruh rakyat negara ini. Pengumuman yang dinanti-nantikan muncul jua.

Berkat sabar, akhirnya tanggal 16 September diiktiraf sepenuhnya sebagai Hari Malaysia. Sejajar dengan itu ia diumumkan hari cuti umum yang bermula tahun 2010.

Rakyat Malaysia berbilang kaum harus mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kita amat bersetuju tarikh itu dipilih sebagai cuti umum. Selepas ini tiada alasan lagi untuk kita lupa daripada mengingati sejarah dan tarikh pembentukan Malaysia apabila Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada 16 September 1963.

Tarikh terbentuknya Malaysia perlu lebih dihayati, dikenang dan dihargai bukan sahaja oleh rakyat Sabah dan Sarawak tetapi juga seluruh rakyat Malaysia.

Perdana Menteri ketika mengumumkannya di Dewan Rakyat semalam berkata, Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar iaitu Hari Merdeka pada 31 Ogos bagi mengingatkan rakyat akan perjuangan mencapai kemerdekaan dan Hari Malaysia yang akan dirayakan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan dan persefahaman antara kaum sejajar dengan semangat 1Malaysia.

Kita percaya apabila Hari Malaysia diraikan pada tahun hadapan, banyak acara mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum menerusi aktiviti sukan, sosio-budaya dan kesenian diadakan bagi menyemarakkan lagi semangat 1Malaysia.

Dengan perisytiharan cuti umum Hari Malaysia maka diharapkan kecenderungan untuk melihat Semenanjung, Sabah dan Sarawak sebagai entiti yang berada dalam wilayah yang berasingan akan terhakis.

Jika tahun 1981 pemisahan itu dirapatkan melalui penyeragaman waktu dan kini dimantapkan dengan sambutan Hari Malaysia.

Pengertian Hari Malaysia perlu disebar luaskan kepada rakyat supaya pemahaman mengenainya lebih mendalam. Kita perlu fahami, emosi menyambut Hari Malaysia adalah berlainan dengan perasaan menyambut Hari Kemerdekaan.

Pengumuman Hari Malaysia sebagai cuti umum adalah dialu-alukan, pun begitu sambutan hari tersebut perlu ada pengisian yang bermakna dan berkesan.

Tanggal 16 September diraikan sebagai memperingati hari bersejarah bagi rakyat Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak kerana pelbagai kaum dan etnik bersatu untuk mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia.

Pada hari tersebut seharusnya rakyat di seluruh negara dapat merapatkan lagi hubungan antara kaum dalam suasana muhibah. Gagasan 1Malaysia akan bertambah mudah jika semua kaum dapat bersatu menjadi sebuah masyarakat yang kukuh jati dirinya.

Di samping itu kita ingin menasihatkan kepada majikan di sektor swasta supaya menghormati hari cuti umum tersebut. Mereka mesti mematuhi keputusan terbaru kerajaan menjadikan 16 September sebagai Hari Malaysia mulai 2010.

Nampak gayanya anwar berahim mati akal la nak pujuk orang sabah n sarawak.

19 Oktober 2009

Exco Tumbuk Tamu Raya


Exco Tumbuk Tamu Raya 2 - Nik Aziz Kenal Exco dan Tamu Berkenaan!SEPERTI mana diduga selepas diposting cerita sensasi dan memalukan itu kira-kira ham 11:30 malam tadi, beberapa orang penjenguk telah menelefon bertanyakan kejadian itu. Termasuk juga beberapa orang pemimpin Pas dari Selangor, Kelantan, Kedah. Termasuk juga Naib Presiden Pas, Sallahudin Ayub. Ada juga yang bertanya menerusi facebook dan email.Masing-masing bertanya dan ingin mengetahui Exco manakah yang baidap dan sesat fikiran itu. Hanya Selangor, Kedah dan Kelantan sahaja Pas ada anggota Exconya. Di Perak Exconya sudah tidak valid lagi, bila kerajaan Pas di Perak dirampas oleh UBN.Sallehuddin dengan nafas agak cemas dan ghairah menelefon saya kira-kira ham 12:22 pagi. Menjadi amalan Sallahudin bila dia merasa kurang selesa dengan catatan saya dia akan telefon saya minta penjelasan atau memberi penjelasan. Amalan Sallahuddin itu menyebabkan tidak mudah untuk saya menerima fitnah atau cakap-cakap Sallahuddin kurang senang atau marahkan dengan apa-apa penulisan saya.
( cerita penuh )

Mat Kelubi kata ;

Klu perkara ni melibatkan orang umno cepat2 je puak2 pembangkang hentam macam2. sekarang apa cite. pemimpin cam ni ke katanya pemimpin islam. pinjam kata nabil jap, Lu Pikir La Sendiri .