Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

27 Julai 2011

BERSHIT : Ambiga akui Derhaka Titah Agong

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga pada Selasa mengaku bahawa Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan agar pihaknya tidak meneruskan perhimpunan jalanan seperti yang berlaku pada 9 Julai lalu.

Beliau turut mengaku bahawa baginda bertitah demikian empat hari sebelum perhimpunan haram berkenaan diteruskan ketika majlis menghadap di Istana Negara pada 5 Julai lalu.

"Perhimpunan jalanan? Ya, Agong bertitah demikian (tidak adakan perhimpunan jalanan).

"Malah ia turut terkandung dalam titah khas Tuanku sebelum itu... semua orang pun tahu mengenainya," katanya pada majlis Wacana Sinar Harian di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Exco Pergerakan Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail berhubung sama ada Yang di-Pertuan Agong pernah memberi peringatan kepadanya secara peribadi agar tidak meneruskan perhimpunan jalanan Bersih 2.0.

Bagaimanapun Ambiga berdegil dengan tetap menganjurkan demonstrasi jalanan berkenaan sehingga menimbulkan huhu-hara di ibu kota.

Selain itu berhubung persoalan mengapa pihaknya bertegas mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka dan menolak tawaran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menganjurkannya di Stadium Melawati Shah Alam, Ambiga memberi alasan bahawa pihaknya mengambil kira soal kedudukan yang strategik.

"Di Stadium Merdeka senang untuk orang ramai keluar masuk ke kawasan berkenaan, ia kawasan yang strategik.

"Lagipun ada banyak kemudahan pengangkutan awam untuk orang pergi ke sana," katanya.

"Kita bukan tak mahu elakkan keadaan huru-hara dengan menerima tawaran guna stadium di Shah Alam, tapi pengumuman awal telah dibuat dan kita hanya ada masa yang suntuk menguruskannya.

Matkelubi: Terima kasih diucapkan kepada PDRM kerana berjaya mengawal dan memastikan demontrasi haram itu gagal…Tindakan dan cara PDRM menjalankan tugas dengan berhemah amat matkelubi puji….Tahniah & Syabas PDRM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan