Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

27 Julai 2011

TBH : Pembunuh Sebenar Disebalik Bunuh Diri






Hampir 100 penduduk di Seri Kembangan berhimpun secara aman menuntut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Ean Yong Hian Wah supaya bertanggungjawab terhadap kematian mendiang Teoh Beng Hock.

Perhimpunan yang disertai rata-rata penduduk berketurunan Tionghua bermula pukul 11.30 pagi di pekarangan Dewan Serbaguna Seri Kembangan. Perhimpunan itu bagaimanapun hanya berlangsung selama 10 minit selepas polis meminta kumpulan penduduk tersebut bersurai kerana tidak mendapat permit untuk berhimpun.

Antara wakil penduduk yang hadir pada perhimpunan itu ialah bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong serta dua aktivis yang juga rakan mendiang Beng Hock iaitu Allan Liew Sin Kim dan Wong Jung Lik.


Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Lum Yong semasa perhimpunan tersebut;

“Perhimpunan pada hari ini menuntut Yang Berhormat Ean Yong Hian Wah, bekas majikan mendiang Beng Hock supaya bertanggungjawab di atas kematian beliau.

Ean Yong telah berlaku kejam terhadap mangsa iaitu mendiang Beng Hock dengan membiarkan kematian beliau tidak mendapat pembelaan yang adil malah sanggup mendiamkan diri membiarkan pihak lain dipersalahkan. Ean Yong bersikap zalim apabila cuba menutup kesalahan beliau sendiri terlibat dengan mencari pihak lain untuk dipersalahkan.

Mendiang Beng Hock adalah seorang pekerja yang baik dan sentiasa mematuhi arahan majikannya. Sebagai pekerja mendiang telah bertindak mengikut apa yang sering diarahkan oleh majikan beliau.

Perhimpunan ini menuntut keadilan bagi keluarga mendiang Beng Hock yang telah kehilangan seorang anak yang baik dan pekerja yang sentiasa menurut perintah. Ean Yong ialah ‘pembunuh mendiang dan mesti bertanggungjawab membayar sejumlah pampasan kepada keluarga mendiang. Ean Yonglah sebenarnya memberikan tekanan berterusan kepada mendiang sehingga beliau hilang punca dengan tindakan majikannya yang tidak mahu bertanggungjawab di atas salah laku serta penyelewengan yang beliau lakukan sendiri. Mendiang terasa dirinya telah dikhianati oleh majikannya yang dipercayainya sendiri iaitu Ean Yong.

Ean Yong seharusnya berasa malu dengan perbuatan kejam, zalim dan berniat jahat membiarkan pekerjanya sendiri menerima tekanan akibat perbuatan beliau umpama ‘Ean Yong makan nangka, Beng Hock dapat getah’. Malah Ean Yong tanpa segan silu mengheret rakyat Malaysia dengan berdiri di belakang nama parti ke dalam permasalahan kes rasuah dan salah guna kuasa beliau.

Tindakan kejam ‘membaling batu dan sembunyikan tangan’ Ean Yong sebenarnya adalah lebih teruk daripada ‘binatang’ kerana langsung tidak bertanggungjawab terhadap mendiang yang selama ini merupakan seorang pekerja yang selalu mentaati dan menurut arahan majikannya.

Perhimpunan ini juga menuntut Ean Yong memohon maaf secara terbuka kepada semua kontraktor bumiputera apabila beliau secara terang-terangnya melakukan salahguna kuasa menyekat tender-tender kontraktor bumiputera dengan memberikan kepada pihak yang berkepentingan serta untuk kepentingan peribadi beliau semata-mata.

Keluarga mendiang Beng Hock wajib dibayar pampasan oleh DAP!”

Matkelubi: satu je matkelubi nak kata tak kan la SPRM nak bunuh saksi sendiri..... Fakta yang jelas mendiang adalah saksi utama SPRM untuk pendakwaan salah guna kuasa dan rasuah YB Ean Yong ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan