Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

26 Julai 2011

PAS DAP setuju, PKR takut pecah tembelang


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong sebarang perubahan yang diperkenalkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk sistem biometrik dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya pelaksanaannya dilakukan secara bersih dan telus.

Malah, Menteri Besar Kelantan itu berkata, Pas bersedia untuk mendengar taklimat dan penjelasan daripada SPR berhubung sistem biometrik selain mengadakan perbincangan susulan dari cadangan perubahan yang ingin dilakukan suruhanjaya itu.

“Apa saja sistem sekalipun mesti membawa kepada kebersihan... saya tak sebut satu cara tadi (merujuk kepada sistem biometrik)..apa saja sistem yang tidak membawa kepada kebersihan mesti ditentang, yang boleh meragukan mesti ditentang,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Perasmian Pelancaran Pelan Halatuju Teknologi Maklu­mat dan Komunikasi (ICT) Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini, semalam.

Sistem biometrik yang digunakan SPR dalam pengundian itu adalah melalui maklumat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen iaitu pemadaman cap ibu jari sebelum pemilihan dibenarkan mengundi.
Sebelum ini, pemimpin Pakatan Rayat (PR) menolak cadangan penggunaan sistem biometrik dengan alasan ia tidak memberi perubahan dan keadilan kepada sistem pilihan raya.

Dalam pada itu, Nik Aziz turut berterima kasih dengan SPR kerana mengambil tindakan untuk mengadakan penerangan dan pihaknya sedia mendengar cadangan serta mengadakan perbincangan lanjut.

“Taklimat mesti dengarlah. Dalam taklimat itu kita ada perbincangan, ada soal jawab. Saya ucap terima kasihlah SPR nak buat tu, (taklimat mengenai sistem biometrik). Jadi selepas daripada taklimat, kita boleh dengar dan bincang,” katanya.


Matkelubi: Dengar dulu apa yang SPR nak bagi taklimat kemudian boleh bincang.

Yang wan azizah awal-awal lagi menolak kenapa..takut pecah tembelang ke

Tiada ulasan:

Catat Ulasan