Pengikut

wajib tolak

wajib tolak

12 Oktober 2009

Tahniah Tan Sri Isa Samad & Barisan Nasional


Mat Kelubi kata ;

KEJAYAAN Barisan Nasional mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang dengan majoriti besar adalah isyarat jelas daripada rakyat iaitu mereka mahukan wakil daripada parti yang stabil dan berwibawa.

Ia lambang penilaian baru para pemilih terhadap pakatan pembangkang setelah pelbagai kemelut dan masalah dalam setiap parti yang terlibat ataupun kerapuhan hubungan sesama mereka kebelakangan ini.

MK percaya itulah trend pengundian akan datang, setelah lebih setahun rakyat menilai sendiri keupayaan wakil-wakil rakyat pembangkang serta perjalanan kepimpinan beberapa kerajaan negeri pakatan pembangkang.

Pelbagai masalah yang timbul sesama parti-parti pembangkang serta kekalutan kerajaan negeri tertentu yang dipimpin pakatan pembangkang tentunya sudah memadai untuk membolehkan rakyat membuat penilaian semula dalam menyalurkan undi kepada parti yang akan bertanding.

Justeru MK berharap parti-parti pembangkang tidak lagi terlalu angkuh! Rekod perkhidmatan BN selama ini sudah tentu menjadi perbandingan kepada rekod perkhidmatan yang ditawarkan oleh pakatan pembangkang selepas pilihan raya umum yang lepas.

MK - Tahniah Tan Sri Isa Samad , Barisan Nasional dan semua pengundi2 Bagan Pinang.

1 ulasan:

  1. Tahniah.......tahniah.......Tahniah........

    Rakyat sudah mula mahu yakin sama UMNO-BN, jangan lupa itu......... kerja kuat-kuat YB-YB semua unutk jaga rakyat, jangan banyak main golf dan cari projek......

    BalasPadam